MY SUPPORTERS

17 February 2012

SPECIAL CHEESE POWDER



wahhh fast delivery... akak dah cari cheese powder nih hok orang buat cecah ngan wedges kfc tu dan makan ngan burger pun sedap.. gulppp terliur dh nih.. ada sekali hari tu jimah beli kat bangi.. kat kl akak cari kat kedai buat cake tak de pun jual macam kat bangi tu..

akak browse forum kat carigold.com akak jumpa orang jual nih.. syarikat ERA MUKMIN.. akak order tak sampai dua hari dah sampai pakai pos laju dari kuantan... bagus lah seller nih cepat je... harga dia RM10 tuk 200gm akak beli dua packet kos pos laju RM6.. akak rasa worth it sebab kalau nak guna just add hot water..rasa pun sedap.. badan pun montel huhuhuhu

akak bagi full recommendation beli ngan ERI nih supaya korang pun besar macam akak nih... mana aci body akak je chantik nokkk...

Published with Blogger-droid v2.0.4

ALAHAI DAH DEMAM



dah beberapa hari dah laki akak nih tak sihat.. memula cuma selsema pastu batuk.. sama lah ngab anak lelaki akak yu.. dema memang sehati sejiwa..

lepas kena paksa baru dia nak pegi clinic amik ubat.. tu pun sebab dah start nak kena athma pulak..

so hari nih akak kena jadi nurse... masing2 kena quarantine tak boleh touch each other sampai pulih.

alli kena stay bilik lain.. papa bilik lain... mama tgk tv yahoooo...



Published with Blogger-droid v2.0.4

16 February 2012

2012-FIRST NEBULIZER


hari nih kali pertama dalam tahun 2012 alli kena amik gas.. dia memang ada athma.. sebelum makan malam dia dah macam bernafas pendek2.. dia ada batuk jugak.. banyak sangat kahak.. tapi alli kalau pasal amik gas nih memang dia happy sangat.. siap nyanyi lagi ...

Dah lah dia macam penat tapi still aktif berlari walaupun tercungap cungap...tapi kalau bab kasi makan ubat meeeeeemang payah..sebab dia pandai muntahkan balik.. ubat rasa oren pun muntah gak... kalaulah ada ubat batuk pakai injection dah lama akak suruh doktor bagi..

esok dia cuti sekolah lah.. sebelum tidur tadi akak kata esok tak payah pergi sekolah..dia boleh kata apa salah alli.. suka sangat pergi sekolah..

Note: sekarang kat rumah dengan akak sekali dia panggil TEACHER....

15 February 2012

KALAU GADUH JANGAN KUAT KUAT

Heheheh..pagi nih akak ada sesi breakfast ngan kawan ex opis mate akak tu.. katanya dia nak test naik LRT ke opis baru so lepas dah okey ngan sessi perjalanan sendu dia tu so akak amik dia kat LRT terminal putra.. 5 km jer dari rumah akak..so sebelum akak keluar akak dengar jiran kat tingkat bawah gaduh laki bini.. wah besttt ada drama swasta.. akak tak biasa dengar orang gaduh kuat2 nih..kalau akak ngan laki akak more tu tarik muka jer..

hokey dah ada citer live nih Jimah can wait kat LRT dulu.. akak pasang telinga apa benda lah yang di gaduhkan tu.. akak asyik dengar suara bini dia jer.. huhu wah bini2 sekarang memang power yek.. dengar dengan jelas lah butir bijik perkataan tu.. dengar bini dia mengomel ngan laki dia..baru kawen tak sampai setahun tak de dengar laki dia Say I LOVE U dah.. akak agak nih mesti kes tak bagi munger, cekelat hari valentines semalam lah kot.. wah wah kita orang islam tak sambut yek akak weh.. dedulu masa zaman jahiliah memang terikut dengan orang.. tapi sekarang semua ulama' kata haram dan berdosa besar..

Tapi tak tahu lah apa punca nyer..asyik sebut.. "saya sangat cintakan awak tapi abg tak cintakan saya macam baru kawen dulu.. dah tak de I LOVE U.."perghhhh ayat drama swasta betul.. ater tu lah banyak sangat tgk drama melayu yang drama ikut skrip..lepas nih boleh casting drama sendu kat TV yek... mana nak cari weh laki yang yang romantik macam dalam movie.. dah bagi makan pakai dan tempat tinggal dah cukup baik kan...kalau tak yah kerja dah satu bonus.. opss terlupa lak akak yang jimah tunggu kat LRT.. tak leh nak kaypochi lama2..

note: duduk kat bandar ginilah.. dinding kanan kiri atas bawah nih semua orang punya.. so kalau nak gaduh jer sila pakai sms, whatapp jer yek.. tak yah lah pakai twitter or fb lak...

13 February 2012

MUYAN SENGSORANG AKU

adoiii... bagi salah tak bagi serba salah. ini kes bebudak lah nih.. apa kes gaduh ngan budak budak kan.. tapi akak nak moyan jugak.. kisahnya akak memang tak bagi anak akak keluar main merata2 kalau waktu tengah hari lepas balik sekolah. ater macam budak tak ada mak pulak dok melilau main kat corridor umah.. kalau kul 5 petang tu okeylah..nak terjun pool pun akak leh teman.. tapi anak2 jiran nih maklumlah semua bibik yang jaga. mak pak sibuk kerja.. nak bagi senang bibik nih dia dok lepas lah kat luar rumah senang dema nak tgk sinetron kot..


nak tak nak akak bagi lah bebudak tu main dalam rumah akak nih.. bukan akak nak berkira.. (wah dah jadi tak ikhlas lah pulak kan) tapi maklumlah anak jiran akak nih agak nakal (kemain ngata anak orang nakal) dah bagi main dalam rumah abih dalam bilik tidor kita nih dia buat lawatan rasmi.. akak mana sedar kan.. dah sibuk masak tegah hari kat dapur.. ingat tengah syok sepahkan toys kat hall or tengok kartun (matilah dema tengok mickey  mouse dalam bahasa malaysia.. alli jakun sekejap)

sesedor akak nak hidang lauk atas meja tengok dema syooook sakan dok berlari keliling katil macam anak red indian... adoiiii.... ater mak dema tak ajar ke jangan masuk bilik tidor orang.. anak akak nih nak masuk rumah orang pun akak tak bagi kalau akak tak de.. sebab tu akak tengok anak akak dok luar pintu rumah orang jer kalau nak main.. tinggal sengsorang kat luar orang lain main dalam rumah orang tu.. jangan biasakan anak buat sepah kat rumah orang...

lagi satu semua sofa dan carpet atau perabot akak kaler putih.. dengan kaki hitam sebab main kat luar tak pakai kasut dok melompat2 atas sofa tu.. terduduk akak nak basuh semua sarung sofa tu taw.. nak marah anak orang pulak tu.. sabar jer lah..

lepas dema balik semua akak cakap ngan alli.. lain kali tak payah lah ajak kawan main dalam rumah.. kesian mama penat taw.. nak mop rumah.. nak basuh sofa.. tak termasuk lagi kemas barang mainan yang dorang dok sepah.. check punya check 4 bijik kereta hot wheel alli dah kena kebas daaaa.. dah lah tu collection Papa alli dan Alli sekali..

nota tak best: vocabulary anak akak yang baru "p*k*m*k  dan Babi hasil didikan anak jiran.. mahal tau alli mama bagi belajar kat sekolah agama...next time sebut lagi memang cili lah jawabnyer... fyi anak akak 5 tahun.. dema semua tua dari alli...