27 March 2007

ANOTHER SAD EPISODE

Jenazah diusung ke Tanah Perkuburan
Orang kampung ramai yang hadir untuk menguruskan jenazah... Kebanyakan yang datang adalah golongan tua.. kat Kampung Awah dah macam tak ramai golongan muda..maybe sebab ramai dah berhijrah ke bandar

Pukul 2.30 pagi akak dikejutkan dengan bunyi telephone dari Chu yang mengatakan bahawa nenek (Wan) telah meninggal dunia..Kenapa tah akak tak rasa apa-apa?..mungkin sebab dia dah ada banyak penyakit dan rasa dia tak akan menanggung kesakitan lagi….tapi dalam hati terasa sedih…

So memandangkan PakChu ada kursus di Kuala Kubu Bharu akak dan abang akak pun menjemput dia di sana …akak bertolak dari rumah pukul 3.45 pagi dan sampai di Kuala Kubu pada 5.30 pagi sebab sesat kat sana…lebih-lebih lagi tak ada orang di kawasan itu untuk bertanya dan tak biasa dengan kawasan tersebut…

Dari Kuala Kubu akak terus menuju ke Kampung dan sampai di kampung Awah dalam pukul 8.00 pagi… Akak tengok jenazah belum di mandikan lagi kerana hendak menunggu orang kampung atau badan Khairat Kematian untuk menguruskan jenazah tersebut..Kesemua adik beradik emak terlah berasa di kampung….

Selepas selesai segala urusan dan jenazah telah dikebumikan lepas waktu zohor…Akak pun tak tau nak citer apa lagi..Al-Fatihah buat Wan…

No comments: