22 March 2007

JAKARTA, PUNCAK, BANDUNG - day 5

click sini untuk day 1 entry
click sini untuk day 2 entry
click sini untuk day 3 entry
click sini untuk day 4 entry

Adehhhh. Capek.. sampai lah entry hari kelima..yuhuuuu.. pada hari ini lebih kepada hari aktiviti bebas.. maksudnya suka hati la nak pi memana pun tapi jangan sampai tak ingat nak balik hotel… So pagi lagi dah bangun nih… siap packing bagai.. Pukul 6.30 pagi dah start turun breakfast.. tu dia semangat nih kalau pasal makan.. tapi food dia tak banyak pilihan or I memang tak berselera nak makan.. so banyak amik buah-buahan jer…. So after that naik sat ke bilik dan susun barang sikit-sikit takut nanti buat house keeping hilang pulak barang…

Inilah fruit selection masa breakfast di Ibis Mangga Dua Hotel....Banyak salad kan.. sapalah nak makan salad pepagi buto....

Kul 8.30 I turun kat lobby hotel…dah banyak dari group kami dah berkumpul.. rasa sesak lah pulak.. I dengan Ady dan decide tak mo ikut they all gi Mangga Dua and ITC… dah tak larat nak shopping dah.. duit pun tinggal berapa jek… so barang yang tak dapat lagi ialah set make up I.. Member I kata kat sini Kryolan murah saja… so we all amik teksi Blue Bird (kalau pegi Jakarta naik Teksi ni saja tau.. sebab teksi ni pakai meter…) so menuju lah we all ke Pasar Baru Jakarta.. sampai kat sini kebanyakan kedai tak bukak la lagi.. gigih kan ..kedai banyak bukak kul 10.00 kul 9.00 I dah ada kat sana.. fuh duduk lah melepak kat tepi longkang ..tunggu kedai bukak kaedahnya….

Selepas kira-kira 45 minute we all pegi la menuju mencari kedai kosmetik tersebut.. wah hebat.. I jadi first customer… setelah pegi ke dua kedai barulah complete set yang I nak beli… dapat beli bulu mata palsu lagiii.. kat sini dia jual satu dozen 8 ringgit ..murah kan… Selepas tu kami bergegas balik ke hotel… mulanya nak pergi ke Mangga Dua Shopping compleks tapi last minute suruh drebar teksi tu terus ke hotel saja.. dah tak larat nak jalan lagi…


Kedai yang menjual Kryolan di Pasar Baru Jakarta.. kat sini banyak selection tau.. so kalau nak beli terus pegi sini saja tau...


Kat almari display barang kat kedai tu.. rasa cam nak beli semua

Sampai kat hotel nampak Hendry duduk kat Lobby.. masa tu baru kul 11.00.. dia kata semua keluar gi Mangga Dua dan ITC.. so dia kata check out pukul 1.00 tgh hari…So selapas Chek out semua we all menuju ke tempat Lunch iaitu di Restoran Sari Minang.. masakan Padang lagi.. Pleaseeeee.. dah larat dah nih.. tapi dah lapar I amik jugak nasi dan lauk ayam jek.. tu pun mahal…biasalah kat sini kalau namanya pelancung memang lah kena sembelih..samalah jugak kat Malaysia kan…

Sementara menunggu flight kami yang berlepas kul 8.30 malam so kami semua lepak di masjid Istiqlal.. dan bergambar lebih kurang di sini dan terdapat jugak gereja berhadapan masjid tersebut.. masjid tu adalah yang terbesar di Indonesia kot.. ntah dah lupa…Pakchu ngan Hendry pergi Glodok.. iaitu satu tempat yang menjual barang-barang elektronik…so we all lepak di dalam bas… rasa penat sangat…


Makteh bergambar ngan Masjid Istiqlal.. besarkan masjid ni.. macam opis lak bertingkat-tingkat......


Ady & Me kat Masjid Istiqlal.. nampak i macam dah letih kan.. tak sabar nak balik KL sebenarnya...



Pakchu and Me berlatar belakangkan sebuah gereja di Jakarta


Sempat posing kat kedai Free Duty Chanel.. mahal jugak tau...dalam US dollar

Tepat kul 5.00 kami bertolak ke airport..check in barang-barang semua..kami bergambar ngan Hendry dan salam-salam bagai nih.. dapat lihat Hendry mengalirkan air mata sebab dia kata dah macam keluarga.. maklumlah siang malam dengan kami semua kan.. sure sedih…

Flight kami delay dalam setengah jam.. tapi kat airport Sukarno Hatta memang tak teratur ngan departure tempat bercampur-campur.. sekejap kat area D4 sekejap lagi kata kat area D3.. dan masa tunggu flight pun passenger bercampur-campur sampai ground staff pun pening kepala.. ada flight tak cukup passenger lah…so berterabur…

Sampai kat LCCT dalam kul 11.30 malam.. tapi yang paling rasa cam B.*B* sangat ialah my luggage.. disebab kan luggage I dah pasang pad lock so ada pencuri di kalangan ground service atau yg tukang angkat beg tu telah koyak kan bahagian depan pocket beg tu.. masa on the way datang ke jakarta pun perkara yang sama berlaku tapi sebab we all tak pad lock beg tu so dia boleh bukak dan amik barang-barang dalam tu… nasib baik beg tu cuma simpan makanan jek… kalau simpan barang berharga habis lah….so adalah makanan yag hilang.. sial tul lah.. kali nih masa balik sebab tak leh bukak so dia main rentap jek sampai terkoyak… nasib baik poket bahagian depan kalau dia bukak the main pocket memang hilang lah barang yang ada dalam tu….LCCT should do something about this…

Chu family bergambar di Aiport Sukarno Hatta.. sebelum balik KL.. Nyatok kiri sekali dan berdiri di tengah Hendry.. our tour guide

Gembira mahu naik flight ke KL.....yuhuuuuu.. nasi lemak here i come...


So tamatlah percutian kami selama 5 hari 4 malam di Jakarta, Puncak, Bandung...so next time memang nak pergi lagi ..Insya-Allah akan pergi ke bandung saja kerana kat sana ada bermacam-macam factory outlet dan pasar baru bandung.... cuacanya pun sejuk dan nyaman dari jakarta....

No comments: