09 March 2007

KISAH SEDIH

23 February 2007 (Friday)

Hari ini memang i rasa tak larat nak pergi kerja.. Sebenarnya dah dekat dua minggu i demam tapi gagahkan diri nak datang kerja semata2 sayang kan cuti atau MC.. bukan apa untuk kegunaan bercuti hujung tahun dan akan datang nih...


Malam tu pun i dah tidur kat ruang tamu sebab rasa panas tidur dalam bilik.. lepas husband gi kerja i terus massage kat opis kata i EL hari nih dan continue tidur selepas makan segala macam ubat..tiba tiba hand phone i berdering...oh ada sms masuk rupanya.. masa tu sekitar pukul 12.00 tgh..kat screen hand phone tertulis... Tam masuk ICU jatuh kuda...Tam ialah panggilan i kepada bapa saudara yang paling bongsu belah father i...terkejut ngan berita tu terus i call my husband..my husband pun rapat ngan my uncle.. boleh di katakan dia adalah our favourite uncle sebelah arwah father i...and after a few minutes my mom sms me and said Tam dah meninggal.. masih tidak percaya dengan beritu tu.. i termenung sejenak dan tanpa i sedar i menangis sambil menalipon husband i yang ketika itu tgh bersiap nak pegi solat Jumaat... Husband i terus meninggalkan segala peralatan di opis dan apply of half day dan terus balik kerumah menjemput i nak bawa ke General Hospital yang terkenal sibuknya..Dia pun terdiam tak tau nak kata apa....

Jalan nak ke GH tu memang sesak dan ditambah pula orang ramai yang bersolat Jumaat.. kami parking kete kat hospital bersalin dan menapak ke unit forensik...


DISCLAIMER : Cerita ini mengadungi gambar-gambar yang mungkin menggangu emosi sesetengan pembaca.



bilik mayat/bilik post mortem

Menunggu post mortem di bilik forensik


I tiba di situ dah mencari kelibat my aunt... tapi i diberitahu oleh kembar my aunt. Mak Dik bahawa Mak Kak balik kerumah untuk salin pakaian.. dan jenazah berada di bilik post mortem kerana menunggu kehadiran polis sebelum di bedah oleh doktor... i melihat jenazah my uncle dan hanya terdapat luka kecil di kepala... kahbarnya terkena batu sewaktu jatuh dari kuda tersebut...rasa sebak dan air mata mengalir lagi.....selepas satu jam baru i nampak my aunt, Mak kak sampai dan menangis.. i pun terasa amat sedih.. i menunggu jenazah di bilik post mortem kerana i tak mahu mebiarkan jenazah berseorangan sehingga pihak doktor mengambil jenazah tersebut untuk di bedah siasat...

Jenazah dikebumikan pada malam ini juga selepas solah jenazah di adakan pada pukul 8.00 hingga dibawa ke tanah perkuburan yang jauhnya lebih kurang 200 meter..

Ketika memasang papan liang lahat

Ketika menambus tanah ke liang lahat...


Al Fatihah buat my uncle..


No comments: