17 March 2007

PUNCAK, BANDUNG JAKARTA- day 1

Hey uols… lama tak update kan… kisahnya I bercuti sekeluarga seramai 31 org berkunjung ke negara jiran kita iaitu ke Indonesia…sebenarnya tak plan pun nak pergi seramai itu cuma keluarga terdekat saja tapi last minutes ramai my aunt collegue nak ikut so jadilah seramai 31 orang saja.. we all bertolak ke Jakarta pada 11hb march 2007.. bersamaan our 7th anniversary… flight pada pukul 9.30 pagi tapi pukul 6.15 dah bertolak ke LCCT.. maklumlah gigih nak berjalan kan… lagipun kalau cepat bertolak tak ada lah kelm kabut nanti..maklumlah rombongan cik kiah kan… dengan bebudak lagi… so boleh lah breakfast dulu kat airport…

Waktu pagi-pagi buta dah mengangkat barang ke dalam van... gigihkan kalau nak berjalan

Sampai di airport dalam kul 7.30 pagi…isi form imigresen dulu pastu berkumpul di satu tempat.. after dah cukup orang baru check in.. sementara nak tunggu ahli rombongan cukup we all breakfast dulu kat asian kitchen.. lapar sangat so I order nasi lemak… malangnya nasi lemak tu mentah.. apa punya restaurant laa.. dah beli sepinggan dekat 10 ringgit.. mantah lah pulak.. so tak lalu makan..hopefully kat dlam flight nanti makanan tak abis..




Penerbangan mengambil masa 2 jam tanpa delay.. thanks god.. cuaca pun bagus… so sampai di airport sukarno hatta dalam kul 10.30 waktu Indonesia.. waktu Indonesia lambat sejam dari waktu Malaysia, dan ketiban kami disambut oleh tourist guide kami iaitu Hendry Effendy.. orangnya muda lagi so agak hensem…baru satu tahun beragama islam .. alhamdullilah… ada yang jatuh hati tau… so tanpa membuang masa we all di bawa ke bas rombongan yang di panggil bas periwisata yg bermaksud bas persiaran.. bas tu agak selesa kerana tempat duduk banyak kosong… so boleh lah we all duduk dua seat satu orang.. yang agak ngantuk lagi boleh terus tidur…


Jangan betulkan screen computer anda...memang semula jadi permukaan muka my sister tak rata macam jalan tak siap...opssss larikkkkk


Atia disamping flight QZ 7601...feeling nak bawak kapal terbang nih ker?


Sempat posing dalam flight nih....

Perjalanan diteruskan ke Puncak kerana kami akan bermalam di situ.. perjalanan ke Puncak mengambil masa lebih kurang dua jam.. sebelum itu kami singgah makan di restoran di Jakarta kerana sudah time makan tengah hari… I ngan hubby tak makan coz we all dah makan dalam flight tadi.. kebetulan flight kami dari Indonesia so menu yang ada adalah menu masakan Indonesia.. kami makan nasi kuning.. macam pulut kuning kat malaysia tapi dia buat dari beras biasa… yang pasti bukan selera kami tapi dah lapar, bedal saja lah…

After that terus menuju ke Puncak menggunakan jalan hiway…Puncak ialah satu kawasan yang sejuk macam di Cameron Highland… sungguh nyaman suasana.. disamping dapat melihat aktiviti penduduk di situ mostly bercucuk tanam dengan hasil tanaman di pasarkan ke seluruh bandung dan jakarta…. Kami singgah di safari jakarta atau di sini di sebut kebun binatang…syok juga sebab haiwan dilepaskan berkeliaran.. tapi malangnya kami tak boleh memberi makanan sebab kami menaiki bas dan tingkap tak boleh dibuka.. kalau menaiki kenderan seperti kereta memang boleh memberi makanan seperti carrot yang banyak dijual….


Nama kedai makan tu kedai makan Jumbo..matilah i yang jumbo ni rasa feeling2 nak diet kat kedai nih

Me and Boy di atas badak tiruan.. jangan carut aku yekkkkk... cuma badak je ada kat situ...

Apa singa ni tengah buat yek?...


Me and Addy...


Ada rupa satwa species buaya ngak?...

Selepas selesai menjelajah di kawasan tersebut kami menunggu waktu maghrib untuk solat maghrib di taman safari tersebut.. di sini acara bebas di mana kami boleh berjalan di sekitar dengan mengambil gambar dengan haiwan.. we all mengambil kesempatan ni untuk memakan SFC iaitu safari fried chicken…setelah hari gelap kami bertolak ke hotel… sebelum itu singgah di tempat makan tapi i ngan hubby tak turun makan sebab dah makan kat SFC dan ada beli take away 3 set burger… masa diaorang turun makan we all jalan-jalan kat sekitar puncak…udara sungguh sejuk .. tapi sekejap saja i turun kerana tak tahan dengan peniaga yang asyik mengekori kami hendk menjual baju sejuk, mafla dan batu-batu manik rantai… lepak dalam bas lagi baik..

Disamping rumah penginapan.. nama rumah ni ialah Gunung Geluggung 1

Pukul 8.30 malam kami check in di hotel suria indah…wau tempatnya memang luas dan suasana seperti chalet dengan dua bilik di satu bumbung…dan malam ni kami berdua pergi massage dengan harga 100,000 rupiah untuk satu badan.. sungguh menyegarkan.. selepas itu kami terus kebilik dan terus tidur kerana kepenatan dan badan yang sungguh segar selepas di massage….

Batu Tanda Hotel Suria Indah

Beginilah keadaan rumah penginapan di sini.. nyaman kan dengan cuaca sejuk...

Warga emas yang sedang menikmatan sarapan pagi...lapar sangat kot...

1 comment:

Anonymous said...

konpius sket, ita.. mana satu badak, mana satu kau? kuang kuang kuang!!!!