18 March 2007

PUNCAK, BANDUNG JAKARTA- day 2

Yes sekarang dah masuk hari kedua di bandung…selepas check out dari hotel Suria indah yang gedebas best dan nyaman dan semua dah siap breakfast bagai kami bertolak kira-kira pukul 8.30 pagi menuju ke destinasi seterusnya… dlam perjalanan turun bukit (yes sebab puncak kan terletak di atas bukit) kami singgah di sebuah kedai Local product yang menjual berbagai-bagai jenis makanan tempatan dan jeruk… di sini pun ramai peniaga yg cuba nak menjual hasil mereka seperti T-shit…kopiah sulam..beg sulam .. rantai manik…

Nama kedai ini adalah sumber wangi..terkejut jugak sebab kat sini ada keropok kulit lembu atau kerbau tak pasti.. tapi setakat tengok sajalah.. i tak beli apa-apa pun sebab tgk tak ada yg berkenan.. ramai yang beli dodol.. cantik juga pakagingnya…tapi Fadhil dan Lina iaitu anak sedara PakChu beli asam boi… mahalnya.. adalah sikit kuantitinya kalau kat Malaysia cuma dalam singgit je tapi kat sana dia jual 5 ringgit…maybe sebab kita pelancung kot…tapi i cuma beli t shirt saja..buat kenangan kt Puncak

Iklan jap....both of them are Dior's....mana satu cantik..kalau nak pegi la Herritage Factory Outlet

Kedai namanya Sumber wangi..kat sini lah jual berbagai-bagai local product


Berbagai-bagai jenis jeruk..kat Malaysia pun banyak kan kedai cam ni....

Me and our tour guide Hendry Effendy.. Kacak ngak?...bujang lagi tau...


Setelah berhenti lebih kurang 30 minutes kami bertolak ke salah satu factory Outlet..nama factory outlet ni factory Stock Centre..kat sini bahagian kanak-kanak kat bangunan lain…macam-macam pakaian lelaki yang menarik seperti jacket dan jeans..tapi pakaian vanita tak banyak pilihan atau tak de saiz untuk yang berbadan agak besar…Kat sini Ady beli 1 jeans CK dan 1 Jacket Hugo Boss..memang cantik jacket tu…jacket berharga 58 ringgit dan jeans berharga 54 ringgit….memang worth it sebab mereka pasarkan baju dan seluar tersebut untuk pasaran export…setelah berhenti lebih kurang satu jam dan solat zohor kami meneruskan perjalanan lagi…kat sini gologan warga emas (mak, mak teh dan etc….) masih terkial-kial dengan conversation rate…duit pun masih tak kenal lagi mana yang 1,000 dan 10,000 dan 100,000.. maklumlah dengar macam banyak tapi kalau setakat 100,000 rp tu cuma dalam 39.00 ringgit duit Malaysia…Fuh lain kali they all kena bawak personal accountant kot…

Suasana di dalam factory Outlet Stock Centre....tak le besar sangat kan...

Watu dah tengah hari tapi cuaca kat Bandung memang sejuk dan berangin maybe sebab dia brada di kawasan tanah tingi.. kami berhenti makan di restoran masakan nasi padang… Nasi padang kali ini style buffet… I lebih suka kalau jenis buffet ni .. kita pilih lauk dan bayar.. kalau nasi padang lain dia akan letak semua jenis lauk yang they all ada di atas meja dan kita akan makan apa yang kita hendak saja.. kalau ada 20 jenis lauk semua dia akan letak atas meja walaupun yang makan cuma dua org… i tak berapa gemar cara ini.. mungkin tak biasa kot… tapi kalau kita tak sentuh lauk tu tak kena bayar… bagi i selera memang kurang dengan nasi padang ni…dia tak ada kuah Cuma goreng, bakar dn seangkatan dengan nya.. kalau nak ada kuah kena order sup bontot (ekor)… kat sini i merasa minum jus durian memang enak bangat…


Jenis-jenis lauk yang ada di restoran nasi padang..ni baru sebahagian tau...ada banyak lagi...

ketika menikmati juadah tengah hari...seperti biasa i cuma makan lauk ayam jek...rindu masakan Malaysia dah ni......


Lepas dah kenyang semua kami menuju ke Cibaduyut Shopping Area… katanya terkenal dengan barangan kulit tapi sampai sana alamak sedeh…tak ada pun barang yang branded..memang bayak barangan kulit tapi seperti jacket kulit..kasut kulit tapi tak berjenama…i round satu kedai je pastu tunggu dalam bas…org lain gigih round kat sana sampai hujung jalan tapi hasil nya ngak ada…. Nasib baik i simpan tenaga ke tempat shopping area seterusnya…anak sedara pakchu beli T-Shirt untuk kengkawan opis sampai 30 helai.. katanya nak bagi souvenir pada kawan opis.. okey gak dia bargain..satu T shirt yg tulis Bandung tu Cuma 3.80 saja…berbaloi…disebab kan we all tak tahan di ikut oleh golongan penjual, Ady beli beli lah keychain untuk bagi kengkawan…

Pemandangan area di Cibaduyut Area...mostly of the store are like this..so tk ada yang menarik..



Salah satu kedai macam supermarket yang besar kat area tu...kedai ni je yang i masuk tapi kualiti barang tak memuaskan so i cuma tengok saje....

Kemudia kami pergi ke Heritage Factory Outlet…haaa kat sini memang I suka sebab banyak baju yang menarik dan murah… rasa cam tak nak keluar dari kedai ni…banyak jugak I beli.. kalau skirt tu tak sampai 10.00 ringgit tau…fuh memang berbaloi..tengah dok asyik shopping dapat massage dari pakchu tanya kat mana kerana bas nak jalan dah.. apalagi kelam kabut bayar dan berlari ke bas… tu lah terlampau khusuk sangat kat sini..tapi memang best….

Selepas tu kami semua bertolak ke area Diaz kerana di sini ada menjual imitation beg dan kasut..memula ingat macam kat area Cibaduyut tu tapi wahhhhh memang meletop…barang nya memang di tiru sebijik dengan kulit atau PVC..harga boleh di tawar…selepas memilih macam orang gila i berkenan dengan satu beg Chanel..memang cantik dengan buatan kulitnya…selepas tawar menawar i dapat dari 850,000 rp i dapat beli ngan harga 660,000. rp i memang tk pandai menawar.. bag i harga tu memang worth it sebab 100 percent buat dari kulit dah tak nampak macam tiruan… Akak sukaaaaa….Cuaca kat luar dah gelap dan masa untuk bertolak…Oh lupa i beli dua beg satu buat dari kulit dan satu buat dari PVC… design sama tapi of corse laaaa yang PVC tu tuk buk Yanty…hhahahaah


Di dalam Herritage Factory Outlet...kat sini bahagian kasut dan handbag... gambar yg first tadi kat sini lah...

Kat bahagian baju...cantik tau macam2 style ada tau...geram bangat...

Makan malam kami singgah di dapur sangkuriang..menu spesel kat sini adalah sup ikan gurami (siakap) best gak tapi bukan my taste.. i makan chicken sajork….harganya memang mahal..makan untuk 4 orang saja dah kena dalam 225,000 rp lebih kurang 100.00 ringgit..memang mencekik darah…Sankuriang ni ada ceritanya tau..nanti kalau ada masa i citer tau…tahlah dia macam citer dongeng yang kat Malaysia gak….keluar dari restoran ni ada paparazzi yang tunggu depan restoran ni sibuk nak snap gambar..pasni dia orang nak jual lah.. kalau dia bagi tau boleh posing tapi hampehhh…gambar yang jadi dah le blur jek tak tengok camera pun….

After that check in di hotel cemerlang…masa tu dah kul 8.30 malam..hotel nih best gak….cuma 3 star tapi dekat ngan tempat shopping… after mandi we all keluar kejap kat area tu ngan emy, and fadhil tapi banyak kedai dah tutup kul 9.00…patah balik ke hotel dan terus tidur…zzzzzzzzzzz…tamatlah hari yang kedua…


Dalam Hotel Cemerlang...selesa jugak...bukak je pintu bilik terus nampak tempat breakfast..kelasss tau..terus boleh makan gitue....

Sebahagian hasil belian hari ini....banyak lagi...tak tau leh muat beg masa balik nanti ke tidak...skirt yg kaler hitam putih tu harganya cuma RM6.00 saja tau..brand old navy...



P/S: Terlalu asyik shopping so Diaz factory outlet tak ada gambar dan tempat makan kat dapur sangkuriang tak sempat nak snap gambar sebab terlalu lapar...dah makan baru teringat nak snap gambar tapi tak kan nak amik gambar pinggan yang dah kosong tu...hahahaha.. kebulur ye nok....

4 comments:

shahmas said...

kak ita, nak dior tuh gak!!

Kak Ita said...

Esyah. tu baru dior..kak ita beli chanel tau lagi mampan....

http://hisy4m.blogspot.com said...

Wuz ere.. did some research about Bandung Trip..thanks 4 d info
Rgds..

Amsyahril Syahril said...


Assalamualaikum Tuan/Puan.

Saya mohon maaf pada Tuan/Puan untuk boleh iklan sedikit disini, semoga kebaikan hati Tuan/Puan untuk memberi izin iklan ini, menjadi amal ibadah disisi Allah SWT hendaknya amiin….

Salam dari Kita Holidays Travel & Tour Indonesia.
Kalau Tuan/Puan nak melawat ke Indonesia, jangan risau hati sila hubungi :

KITA HOLIDAYS TRAVEL & TOUR INDONESIA
Tour operator & Travel Agency

Sebuah serikat yang punya legalitas di Indonesia, memberikan pengkhidmatan tour ground handling di beberapa daerah yang favorit untuk di lawati. Kami arrange secara profesional dan dengan penuh rasa kekeluargaan, juga dengan harga tour yang sangat berpatutan sekali seperti ke : Padang dan Bukittinggi Tour, Aceh Tour, Medan Tour, Jakarta dan Bandung Tour, Jogjakarta Tour, Bali Muslim Tour dan sewa kenderaan.

Contact person : Amsyahril
Mobile : +6285263007445 ( WhatsApp )
E-Mail : am_holidays@yahoo.com / kita_holidays@yahoo.com / kitaholidays@yahoo.com.