20 March 2007

PUNCAK, BANDUNG, JAKARTA -Day 3

click sini untuk day 1 entry
click sini untuk day 2 entry

Kita sambung dengan entry untuk hari ketiga.. sebenarnya maleh nak wat entry dah.. tapi banyak lagi storey tak citer.nanti lupa lak kenangan kat indon nih…maklumlah dah tua kan…kang nak pergi lagi sekali boleh review kat sini je kan… Okeylah seawal pukul 6.00 pagi dah bangun tidur… maklumlah kalau kat Malaysia dah pukul 7.00 pagi..cuaca pun dah terang….lagi pun bilik I terletak kat dengan cafĂ© org breakfast tu.. so dengar macam dah ramai turun makan. Mandi dan kemas sikit barang-barang terus pegi breakfast…

Breakfast camno?… boleh la tahan.. ada nasi goreng, bihun goreng, puding coklat, puding buah, conflake, segala macam roti dan buah-buahan… I ni kalau pagi-pagi memang biasa makan nasi lemak.. so kat sini tak de nasi lemak ye…Oh yaa bubur nasi pun ada kat sini tapi I tak ada selera lah pulak.. so tengok lah apa yang I makan yek….

Setelah semua sudah bersarapan berkumpul di bas kami dan dalam pukul 8.30 semua sudah berasa di bas dan tak sabar-sabar nak naik ke Gunung Tangkuban Perahu.. mula-mula I pakai skirt yang terbelah kiri dan kanan tapi our second Tour Guard kami cakap tak kan nak panjat gunung pakai skirt.. lagi pun lepas tu terus nak pegi ke Sari Ater Hot Spring…so tak kan nak pakai cam gitu.. so I pun bergegas ke bilik dan tukarlah seluar panjang.. apa ingat feeling2 nak jadi miss univers nak catwalk kat atas gunung.. hahahaha


Di depan ni lah semua berkumpul... Ni lah penginapan kami selama dua hari..Hotel Cemerlang



Sarapan pagi kami..Puding Koko tu sedap tau..banyak I amik..Lupa nak snap bahagian roti dan nasi...


Sebelum sampai di Gunung Tangkuban Perahu kami telah tukar dengan kenderaan yang lebih kecil memandangkan bas tidak boleh naik ke Puncak tersebut… suasananya amat sejuk.. so kalau nak pergi sini kena lah bersedia membawa jacket atau baju tebal.. tapi kalau tak bawak baju tebal boleh beli kat sini kerana banyak penjual yg sudi untuk menjual barangan mereka.. kalau baju sejuk tu boleh tawar dalam RM12 jek… tak lah mahal tapi lebih baik bawak sendiri kan… masa kami sampai dah hari dah ala-ala mendung hendak hujan so bertambah sejuk lah cuaca…suasana kat sini dipenuhi bau belerang tapi yang membuatkan lebih tidak selesa kerana terlalu ramai penjual yang berebut-rebut menawarkan barangan mereka.. Kalau tak beli tak apa tapi buat kita rimas kerana tidak selesa berjalan di “escort” oleh penjual tersebut.. pernah satu masa I berjalan sorang tapi di kelilingi oleh 5 orang penjual… rasa macam percutian kita terganggu.. hati-hati dengan penjual di sini kerana suka menipu dengan harga.. I terbeli buah 1 bekas berry dan 1 bekas strawberry dengan harga 50,000 rupiah … masa tu mereka asyik mendesak dan I tak tahan dan tanpa berfikir panjang menghulukan jumlah yang di minta.. setelah di convert baru tahu nilai untuk dua benda tu dekat 20 ringgit…nasib baik buah tersebut rasa manis..

Setelah bergambar lebih kurang hari dah mula nak hujan.. I dan Ady melihat sekitar kedai-kedai yang terdapat Gunung Tangkuban Perahu.. tiba-tiba hujan lebat… so berlari semula ke kereta yang kami naiki tadi.. pada ketika ini ada seorang menghulurkan payung.. I ingat payung tu free saja untuk pelancung hendak berteduh..sebab dia cuma kata ‘BUAT KE MOBIL BUK” kira 15 meter lagi dari kenderaan yang menunggu kami saja.. so apa bila naik kenderaan itu pemuda yang pinjamkan payung tadi datang meminta duit.. I ingat dalam 2000 rp saja tapi dia nak 10,000 rp bersamaan 4 ringgit …fuh mahalnya… so lain kali pengajaran jangan sebarang ambil di sini.. semua kat sini tak ikhlas.. asyik nak mengena orang saja.. dah lah menyebok di sekeliling kita,, Eiii RIMAS

Antara wajah-wajah penjual baju sejuk yang gigih menjual... ni kalau masuk direct selling kat malaysia sure kaya....Pujuk orang tak serik-serik tau...



Berposing berlatar belakangkan kawah gunung berapi.. kalau nak turun ke bawah tu sejauh 1.2 km... tak larat lah..kat sini pun best gak...


Selepas tu kami menuju ke Sari Ater Hot Spring.. eloklah tu sebab cuaca sejuk.. dapat rendam kaki di kawasan air panas alangkah leganya… kami sampai hujan masih turun dengan lebat .. so Hendry our tourist Guide kata kita tunggu lagi 30 minit sehingga hujan berhenti .. kalau tak berhenti juga terpaksalah batalkan untuk berendam kaki.. tapi dia ada sediakan bilik private tapi kena bayar extra lah.. Setelah berfikir panjang kami tunggu hujan berhenti.. Apa yang lebih menarik selain pemandangan yang semula jadi kann?….

Alhamdulillah hujan dah beransur rintik.. dah masih lagi I tengok budak budak berlari-lari meghulurkan payung.. sekali dah terkena I tak kan terkena lagi.. lagi pun buat apa nak pakai payung sebab sekejap lagi kami nak terjun dalam kolam air panas tu kan.. tak perlu rasanya…kat sini habislah jugak masa dalam satu jam… Puas dapat bermain dengan air panas.. yang best nya Air Terjun dia pun panas.. bukan cam kat Malaysia yang cuma ada kolam saja… after that perut dah rasa lapar dan masa untuk makan tengah hari…

Kat pintu masuk Sari Ater Hot Spring... Lepas hujan sejuk gak...


Kalau kat Malaysia air terjun nih mesti sejuk kan.. tapi kat sini jangan main-main..panas tau... kalau rebus telur boleh jadi separuh masak... tapi memang nyaman berendam dengan air panas


Kali ni kami makan di Dapur Sangkuriang di atas bukit.. Restorant nya nampak unik dengan atap nipah.. kat sini kami memilih makanan Sunda iaitu nasi Timbal kerana I tak pernah rasa lagi.. satu set adalah 20,000.. kat sini I berselera nak makan berbanding dengan nasi Padang… Nasi Timbal ni mengandungi satu slice tempe yang manis rasanya, ada begedil, ayam goreng, tauhu, pastu macam ikan sumbat punya inti, sambal, salad, timun, dan satu gelung nasi dalam daun pisang… I rasa ini lah food of the day for me.. puas hati dengan makanan ni…

Empat set Nasi Timbal..so nampak kan dia punya presentation.. satu gelung nasi, ayam goreng, keropok, sambal, tauhu goreng, tempe, bergedil


Bukak je gelung tu ada nasi.. masih panas dan wangi... Pergh sedap tau


Setelah semua selesai makan kami bertolak ke kawasan Factory Outlet di Bandung… Bas berhenti di Rumah Mode Factory Outlet (Sebutanya adalah rumah MOD THE) dan kami di beri masa 2 jam saja untuk shopping.. bagi I memang tak cukup sebab banyak baju yang menarik dan berpatutan..lagi pun di kawasan itu terdapat banyak terdapat factory outlet yang lain.. mula2 kami masuk di rumah mode FO selepas tu tanpa membeli barang kami servey FO yang lain seperti natural FO, Donatella FO dan ada 2 lagi FO tapi dah lupa namanya.. tapi yang paling menarik adalah Rumah Mode.. so kami pun bergegas semula ke rumah mode dan cuba cari saiz secepat mungkin…I dapat dua helai T-Shirt.. dan Ady dapat 1 helai T.Shirt dan Remy my brother dapat satu helai T.Shirt…all of us wearing Burberry yuhuuuu….so jam tepat2 menunjukkan pukul 5.30 seperti yang di janjikan kena berada di dalam bas…memang tak cukup masa di sini dan pakaianya sungguh menarik.. I terpikat dengan 1 seluar Christian Dior tapi malangnya tak ada saiz.. hisss nape lah aku tak kurus-kurus yek….


Yang in papan tanda ke rumah Mode Plus (Sebutan Mo The Plus)


I ngan Ady kat depan Rumah Mode Factory Outlet.. Factory Outlet ni memang luas dan berbagai-bagai pilihan..dari kanak2 hingga dewasa


I minat seluar Dior nih tapi tak ada saiz....

Antara skirt yang terdapat di Rumah Mode


Yang ini bahagian pakaian sejuk.. yang selalu pergi oversea boleh lah beli pakaian di sini .. ada burberry, Dior, dan macam-macam lagi

Dan lagi jacket/kemeja yang terdapat di rumah Mode

Blouse wanita..semua branded tau..harganya memang perpatutan


Kita ke Natural Factory Outlet pulak



Di dalam Natural Factory Outlet... Tempatnya sebelah dengan rumah Mode.. kira-kira 10 meter


Berbagai-bagai handbag yang terdapat di sini .. tak beli pun sebab dah beli di Diaz.. geram jugak..kalau i beli nanti mesti kena jeling ngan Ady...

Pukul 7.00 makan di dapur sangkuriang .. tapi kali ini bukan dapur sangkuriang yang kat bandar tu.. rupa-rupanya tempat makan ni berhampiran dengan deretan factory Outlet tadi… so ada diantara kami yang tak puas bershopping terus menuju ke FO selepas order makanan.. Gigih kan….kali ini kami memilih duduk di dalam pondok secara bersila.. dah penat duduk atas kerusi … ketika ini hujan turun dengan lebat.. sungguh nyaman makan di sini dapat meluruskan kaki.. sekali lagi I ngan Ady order nasi Timbal tapi kat sini tak berapa best.. I lebih suka masa kat atas bukit tadi.. Selepas makan dan kenyang semua kami bertolak ke Hotel

Balik hotel I pun try baju yang telah di beli.. memang cantik.. dan baju Ady memag cantik gabungan antara T-Shirt dan kemeja.. I seperti biasa request Body Massage.. kat sini murah harganya 60,000 untuk satu jam.. dalam 24 ringgit saja.. dia datang ke bilik tau so I tidur ngan lena sekali….Dengan penat bershopping dan memanjat Gunung heheheh actually tak panjat pun more to walking around dan berlari mengelakkan penjual…so malam nih tidur ngan senyum …heheheh dalam kepala tgh kira duit lagi nih berapa yang tinggal…..


Atas sebab keselamatan dan penyebaran gambar di internet aktiviti massage tidak dapat di siarkan ...sementara i sedang massage ni korang tengok lah resit massage ni yek...hahahahah

3 comments:

http://hisy4m.blogspot.com said...

Wuz ere.. did some research about Bandung Trip..thanks 4 d info
Rgds..

Welcome2Bandung.Com said...

We Offer Budget Bandung Hotels, Bandung Holidays, Bandung Vacation, Bandung Packages, Bandung Tour, Bandung Transportation at www.welcome2bandung.com

Anonymous said...

good info!

http://bestofbandung.blogspot.com