21 March 2007

PUNCAK, BANDUNG, JAKARTA - day 4

click sini untuk day 1 entry
click sini untuk day 2 entry
click sini untuk day 3 entry

Aiyoo nasib baik dah entry for hari ke empat.. matilah kalau vacation sampai satu bulan mati la ko nak update….. Seperti biasa breakfast we all antara yang terawal.. kat café dia I tgk dah ramai ahli rombongan dan family start makan.. start breakfast kul 6.30 pagi tapi we all makan kul 7.00.. gigih kan bangun awal nak breakfast…hari ini we all check out dari hotel nih..i pulak tak ada selera nak makan sebab hari ni nasi goreng dia tak sedap dan ada macam bihun ke atau macam mee kaca… tak ada lah selera nak makan… so I minum lebih kurang dan makan puding jek terus ke bilik kemas apa-apa barang yang patut..last check takut kalau ada apa-apa yang tertinggal nanti

Kira-kira pukul 9.00 semua dah sedia di dalam bas dan kami pun bertolak ke destinasi terakhir shopping di bandung.. Nama tempat tu Pasar Baru Bandung.. I ingat tempat tu macam kat chow kit gat tapi silaap .. di macam Semua House cuma lebih besar dan ada kedai kecil-kecil yang menjual telekong, tudung, kain ela. Pakaian wanita, kain batik dan macam-macam lagi..


Entrance ke Pasar Baru Bandung.. suasana memang ramai orang kat sini


Kat sini I beli banyak kain telekong.semua orang kirim.. dan ada jugak beli cenderamata untuk mak mertua. tak tau nak pilih kedai mana sebab semua cantik-cantik belaka..so I decide dengan kedai kat atas sekali.. tingkat 4 kot…I tengok makcik I dan Mak I sibuk tawar menawar kat kedai sebelah…I nekad tak mo tengok kedai lain..coz kalau tengok kedai lain sure nampak yang lain pulak bekenan.. so stick ngan satu kedai jek… puas jugalah tawar menawar.. tapi I tak pandai tawar menawar ni.. kalau orang lain sure dapat murah lagi..tak pe lah bagi I harga dia dah patut pun…

I beli kain ela nak buat dress…kain 4 ela dan lining 4 ela cuma dalam RM40.00 saja berangan nih.. tak tau le bila nak anto tempah coz kain kat umah pun dua helai tak tempah lagi.. so alang-alang kat sini beli lah sebab cantik2 kain dia.. kalau nak buat baju pengantin pun bayak tau.. kalau kat KL mahal kain nih.. kualiti pun bagus…Kat sini diberi masa 2 jam saja tapi seperti biasa masa tak cukup.. kat sini I dapat foundation SUPRA kryolan.. yang lain tak jumpa lagi..maybe kat Jakarta kot…kat sini DVD pun murah satu DVD cuma RM2.30 saja.. so I amik citer HERO sampai episod 18…puas hati tau…

Which one is nice... pening kepala nak pikir mana satu intan nak yek....

Salah satu kedai jual Telekong kat sini.. See banyak yang cantik2 kan.. jenuh nak pilih mana satu..

Bergelung-gelung kain ela yang ada beads..labuci bagai nih. sesuwai untuk orang yang nak khawin.. harganya pun murah tau...rasa nak borng semua

Dan lagi kedai Telekong.. siap ada buat dalambekas untuk buat hantaran lagi..

Close up kain yang ada banyak beads.. buak kain net yek tapi kain organza..memang cantik.


Lagi contoh kain yang menarik perhatian.. banyak corak tau...


Haaa.. ni lah kain yang i beli untik nak buat dress.. yang bunga tu ialah tali yang dijahit i atas kain tu tau.. so bunga dia timbul..

So masa untuk bertolak pun tiba.. yang susah kalau jalan ramai-ramai nih ada yang dah cukup pastu jap lagi dah hilang pulak. ..maklumlah sambil tunggu group lain mata nih asyik melilau tengok kedai.. pastu tengok baju cam menarik jek.. selepas beberapa minit menunggu semua dah cukup so masing2 naik bas dan pilih tempat yang paling selesa kerana hendak bertolak ke Jakarta yang memakan masa 2 jam… tapi sebelum tu singgah makan tengah hari di sebuah rostoran nasi padang (Lagi???).. nama restoran tu Rumah Makan Sabar Jaya… punyalah bayak makanan yang di letak di atas meja.. I ngan ady cuma sentuh dua lauk je.. Tah lah.. I memang tak minat dan tak selera nak makan tapi since Ady nampak cam berselera jek.. Bila I tanya dia kata takut lapar nanti…Eii tak kuasa I nak makan nasi Padang dah…selepas solat Zohor kami pun bertolak ke Jakarta..

Lauk utk my hubby and I... banyak kannn

dan lagi lauk nya.. tak sanggup nak makan semua


Rumah Palembang...

Ini lah my brother.kalau time makan sure nampak muka dia..

I amik seat paling belakang sebab ada lima kerusi so I boleh baring all the way to Jakarta.. Puas jugaklah I tidur sebingga sampai di Mini Jakarta dalam kul 3.00 ptg…I tengok cuaca mendung dah.. so rumah pertama yang kami singgah adalah rumah Palembang.. dan siap bergambar bagai naik semula bas dan I tak mo turun dah.. kawasan tu luas.. kalau nak jalan kaki memang letih.. so I bagi handy cam pada my brother suruh dia amik gambar jek.. malas nak turun dah… I cuma turun masa kat rumah bali dan rumah disneyland jek… yang lelain malas…. Hujan dan start turun rintik-rintik.. Oh ya.. hari ni dua dari ahli rombongan kami akan balik ke KL kerana esok dia terpaksa bertugas di Chiang Mai selama 1 minggu pulak.. sementara menunggu satu coach amik dan hantar ke airport kami cuma duduk dalam bas saja.. hujan turun amat lebat…after kul 7.00 baru bertolak mencari dinner…

Di dalam bilik hotel Ibis Mangga 2..



Kami berhenti di Gajah Mada Mall.. kat sini macam shopping complex yang banyak terdapat di Kuala Lumpur dengan harga barang yang standard agak tinggi.. kami makan di Solaria Café.. menunya nasi Ayam masak Kicap.. dah rasanya boleh tahan tapi still I tak de selera..maybe teringin makan yang pedas.. sebelum balik tapau nasi goreng lak.. takut malam nanti lapar kan….kat Jakarta ni banyak pengemis kanak2..kesian jugak tengok keadaan mereka.. ketika kami turun dari bas masing2 menghulurkan payung dengan bayaran 1000 rupiah iaitu 40 sen.. mereka dengan basah lenjun tak berkasut… kesian sungguh.. sepatutnya kanak2 ni berada di rumah…

Selapas satu jam kami bertolak ke Hotel Ibis Mangga Dua berhampiran dengan ITC dan shopping compleks Mangga Dua.. After Chack in kami tak pikir apa-apa dah.. badan dan penat terus tidur.. siapa kata kalau pergi vacation tak penat… sibuk nak kejar waktu juga tau…

3 comments:

Anonymous said...

hi,
bestnyer bace ur entry, buat x sbr nk g sana...nk tanya sket buleh? kalo kain2 yg ada beads (lace) tu semeter kt sana bape RM yer? i dgr RM 10 semeter pun leh dpt, ye ker? mcm x cayer je...also price utk sepasang telekung yg cantik? hehehe...end of dec. ni nk ke bandung, tgh nk bajet ni...TQ.

plez reply me @ my email can?
zita_1118@yahoo.com.my @ leh visit & komen @ my frenster : zita jones.

thanks again.

Anonymous said...

besnye...17-20 april ni i ke sn..xsabar rsnye..lagi2 bile bace u nye blog...i nk tye u beli SUPRA krayolan tu kt mn ye..n bape harganye...

reply me @ kinki_orangevampy@yahoo.com

tq

Amsyahril Syahril said...


Assalamualaikum Tuan/Puan.


Salam dari Kita Holidays Travel & Tour Indonesia.
Kalau Tuan/Puan nak melawat ke Indonesia, jangan risau hati sila hubungi :

KITA HOLIDAYS TRAVEL & TOUR INDONESIA
Tour operator & Travel Agency

Sebuah serikat yang punya legalitas di Indonesia, memberikan pengkhidmatan tour ground handling di beberapa daerah yang favorit untuk di lawati. Kami arrange secara profesional dan dengan penuh rasa kekeluargaan, juga dengan harga tour yang sangat berpatutan sekali seperti ke : Padang dan Bukittinggi Tour, Aceh Tour, Medan Tour, Jakarta dan Bandung Tour, Jogjakarta Tour, Bali Muslim Tour dan sewa kenderaan.

Contact person : Amsyahril
Mobile : +6285263007445 ( WhatsApp )
E-Mail : am_holidays@yahoo.com / kita_holidays@yahoo.com / kitaholidays@yahoo.com.