05 April 2007

HADYAI LAGI...

Holaaa…heheh jalan lagi…yes uols.. hari Jumaat baru-baru ni akak PONTENG keje..kaedahnya nak sambut Maulidur Rasul kan..hiks…seperti biasa akak kalau cuti ni suka lah menempekan diri di Hadyai..kalau nak gi singapore tak de menda leh dapat sebab kat sana kita jadi miskin..matilah duit nak convert darab 2.5… kat Hadyai ni mrasa lah jadi ala2 ribuan ..bukan jutaan tau.. tapi tukaran kali ni at par katanya …maksudnya RM10.00 sama ngan 100 bhat…tapi still hotel and food kat sana murah-murah tau…

Kali ni kami berombongan seramai 6 dewasa dan sorang kanak-kanak dan sorang lagi kat dalam perut mak buyung tu…naik Serena..so kali nih mamang selesa..siap boleh tidur berdengkur bagai..matilah kalau yang jadi driver tu kalau berdengkur sekali kan…

Ada sorang member tu feeling macam nak ber vacation kat Haiwaii ke aper..cuba tengok seluar berbunga-bunga nih..isk..isk..kawan sapa le tu..opsss..


Tuan Punya kereta ngan Puan Punya kereta siap berdengkur..Eh sapa yang bawak kereta yek?

Tak makan hati ke ko tengok mamat nih pakai seluar oren berbunga-bunga...hiks


Ady lak dah penat duduk kat dalam kete..sebelum cross border singgah kat Jitra... dah la dia nak beli motosikal kecik tu...benda tu dia beli kat kedai cina sembahyang...apa nak jadi ngan mamat nih agaknya...


Masa orang lain sibuk gi stamp passport i lak ngan Hasni sibuk posing kat border...abaikan kebentatan akak yek...

Seperti biasa first stop kat Danok…apa ko ingat kete je kena tuang minyak ..akak pun feeling-feeling nak isi full tank katanya…kami semua order untuk tiga orang … tapi mak ai besar-besar dia punya bekas..macam nak makan 10 orang….heheheh tu yang buat akak suka.. cancel nak diet… Seperti biasa kami order lauk daging masak merah, udang pedas petai, kerabu mangga, tom yam campur, dan sup ayam buat lisa…tapi ada satu perkara yang luar biasa..kalau uols perati betul-betul uols dapat tengok berapa rakusnya mak buyung nih….

Ko tengoklah mak Buyung nih makan..sampai senduk dalam belanga tom yam tu dia buat sudu...


Kat sana bermalam kat Rama Hotel…murah uols…cuma RM55.00 semalam..and ada wifi free dalam bilik..nasib baik akak tak buat live telecast dari blog nih ke Malaysia bertemu dengan peminat akak…Opss ada peminat ke akak nih…matilah blog sunyi bersawang bagai…

Malam jenjalan buat manicure and pedicure… payah nak communicate dengan orang kat Hadyai ni sebab tak ramai boleh bercakap dalam bahasa Inggeris..matilah akak kutuk depa dalam bahasa Melayu depa dok carut akak dalam bahasa Thai…Naik tut –tut lak macam disco bergerak..siap ada TV lagi…pasang lak CD tarian erotic pulak..akak pejam mata tau…betull akak tak intai..hehehehe..

Trip ni akak tak beli apa-apa pun cuma..wallet, kasut, make-up (lagi?), buah2, baju, walkie talkie, errrr..ada lagi tapi tak leh bagi tau….heheheh


Dalam Tut-tut nak balik ke hotel..tengok tu Hasni gembira sangat duduk dalam disco bergerak...

No comments: