28 May 2007

MY NEPHEW'S BIRTHDAY

Actually entry nih dah lama nak publish..tapi dok sibuk tak ada masa… mrasa citer pasal entry past tense kan… bukan nyer ada orang baca blog akak kan..opsss akak ni syok sendiri ker? Heheheh.. Pada hari sabtu baru2 nih (baru ker?)..3 weeks ago kot…. Adik akak yang lelaki tu nak adakan birthday party kat Desa Waterpark kat Taman Desa untuk anak dia yang kedua tahun.... mula2nya macam tak dapat cari masa nak pergi..tapi since Chu akak dah beria2 suruh gi jugak so terpaksalah squeeze masa yang ada tuk pergi kat situ… birthday party tu buat hari Sabtu…merasa kena berpidato ngan Chu dulu… Chu ni memang pakar kalau bab nak menghasut orang..bak kata orang boleh jadi saleswoman yang berjaya tau…

Chu tengah nak terjun kat dalam air tu..eleh bukan nyer dalam..beria nak pakai pelampung...Tak per la..sajer nak lepak kat atas pelampung cam budak kecik..Opsss

Yang datang cuma keluarga belah adik ipar akak dan keluarga belah akak jer..tak buat besar-besaran pun… datang bawak badan dan gift saja uols… semangat tau..kul 11.00 pagi Chu dan akak dah sampai kat sana…sempat singgah kat toy ‘R’ us kat Ampang Park lagi… mrasa, adik pompuan akak dan sorang lagi adik lelaki akak buat macam kedai sendiri..feeling2 macam orang bukak kedai tu khas tuk we all saja…awal pagi lagi kan..siapa lah nak shopping toys pepagi kannn…. Mak akak pun beli lah mainan tuk Asraf..yes uols nama dia Asraf tapi we all panggil dia budak bucuk je..tatau kenapa…

Haa..ni lah birthday boy nama dia Ashraff...a.k.a dak bucuk.. tak yah cuba nak culik dia coz dia meraung macam kena dera tau..so far dia boleh panggil ayah dengan betul tapi ibu jadi antu... camnor?


Nak masuk kat Desa Waterpark nih memang strick tau..abih sumer beg diselongkar…spender orang pun nak tengok…kekwat betul lah security guide dia… akak bawak beg kecil pun nak kena selongkar… takut bawak makanan katanyer… kalau ikutkan kan akak, nak mintak waran dulu..matilah feeling macam cerita polis lak… senang2 boleh selongkar beg orang ker… so yang boleh bawak cuma air jer…kalau korang bawak cekodok pun tak leh tau….i don’t recommend kalau nak buat apa2 event kat sini..tempat pun bukannyer gempak sangat..air cuma paras pinggang jer..bayar tiket mahal pulak…mana ada banyak games air yang boleh main…. Kalau kat sunway lagoon lagi berbaloi… Err pelampung pun kena sewa tau.. RM7.00…fuh cekik darah tul lahh….

Sampai kat sana tuan punya party tak sampai lagi..so Chu dah cari port baik dan since tak ada apa nak buat lagi…Well u know Chu… She always dapat bawak masuk kek lapis..dia kata puas dia bertikam lidah ngan pak guard tu…pak guard tu tak leh nak cakap aper2 sebab tak sempat nak cakap chu dah bercakap tanpa henti…

Tu akak tengah cari Idea nak buat terjun tiruk...kalau tak tau tak tau apa terjun tiruk tu cuba tanya dengan swimming instructor...kot diorang pun tak tau..hahahahah

So around 12.00 baru Ijan dan Iffah serta family belah Iffah sampai… so dia pun tak leh bawak makanan …apa nak buat kan… tempat cam celaka tu…BOIKOT DESA WATERPARK…tak best pun bukan ada menda… kalau ada plan nak buat apa2 kat situ cancel jek..so naik kembung perut minum air…my brother asyik berulang alik nak seludup makanan still tak berjaya..Cuma dah pujuk baru boleh bawak besday kek… kembung perut minum air laaa…



Akak , Yanty adik pompuan akak yang tak cun tu... dan Chu akak yang bertudung tu...

So we all terus ngan aktiviti main air..mula2 Asraf tu macam takut kat semua orang..dia memang penakut ngan orang…tak mesra pelanggan tul lah dia tu…tapi at the end dia yang takmau keluar dari air tu..sampai merah2 bijik mata main air… seronok dia main dalam pelampung yang dia bawak sendiri….dekat2 kul 4.00 hari dah nak hujan..so we all cepat2 packing barang…memang hujan turun mencurah2…Stop by kat kete my brother sebab dia kata banyak makanan yang dia bawak….nak agih2 bawak balik…memang banyak tau…tak larat nak makan sumer kat umah…




Konon adik lelaki akak yang bongsu tu nak menyelamat kan akak naik pelampung..hey air tu bukan paras pinggang pun..motiff ko naik pelampung...tebiat ker?..

Dalam perjalan balik akak tidur jek..sian Ady drive sorang..mak , ati dan emy pun tidor… sampai kat umah Khairil datang ajak jalan ke KLCC…so family akak tidor kat umah akak dan akak ngan Ady gi KLCC..Yana nak pegi kaunter Clinique..abih lah gak dekat RM300 beri alatan make-up…what to say..orang pompuan kannn..kalau cantik bini korang jugak kan..tul tak Yana?

Dan lagi sekali sebelum akak abih tulis entry nih….JANGAN KORANG PANDAI PANDAI NAK BUAT EVENT KAT DESA WATERPARK…memang tak mesra pelanggan… makanan pun bukan ada jual sangat..dah lah mahal…RM10.00 akak boleh beli 2 botol kecik mineral water dan satu tin air bikarbonat… Akak kat LONDON ker?...Isk..Isk..Isk.. akak marah ni..Grrrrr


No comments: