21 May 2007

VISIT TERENGGANU - day 1


28 April 2007

Yes uols…akak dan husben akak serta Lisa’s Family bertolak ke Marang… Actually akak dah sibut buat reservation since dua minggu yang lalu..but sebab tak sangka hari cuti terlalu ramai orang nak pergi ke Pulau Kapas..so akak tak dapat reserve chalet/hotel kat Pulau Kapas tu..so akak decide tido kat Marang Guest House sebab dia ada service boat ke Pulau kapas.. tak pe lah balik hari pun okey…

Bertolak dari Kuantan pukul 10.00 pagi…at least boleh sampai kat Marang around noon.. tapi sampai ke idok?...heheheh kaedahnya akak sampai kat guest house tu pukul 8.00 malam..patah pinggang dalam kereta… nak tahu sebab apa?..

Kisahnya macam nie…kami sampai kat area Paka/Kerteh (tak berapa ingat) dalam kul 1.30 tgh hari kot… so sampailah masa untuk mengisi diesel kat salah satu stesen Petronas kat situ..husben akak siap beli wiper kat pam station tu lagi..abih dah 50.00 ringgit…tak sampai 30 minit selepas itu…sorento yang akak naik tu dah terhenjut-henjut mati enjin… selepas berenti kejap and start balik boleh jalan tapi kalau bawak kete lebih dari 30 km/hrs dia mati lak enjin…. Abih tu cam no nak gerak kan… so Khairil, papanya si Lisa tu drive le kereta dengan begitu slow sekali…lori yang lebih muatan pun dengan gembira memotong kami….


Dalam perjalanan ke Terengganu....Aik baru bertolak dah tidoq....

So cari lah address KIA service centre kat area pantai timur..nak tau kat mana? Nun kat Kuala Terengganu jek ada..tu pun bukak sampai kul 6.00 petang… kat Dungun pun tak de… alahai…tengok nak sampai ke Kuala Terengganu around 100 km lagi..matilah dekat 4.30 jam baru leh sampai area Kuala Terengganu tu…sapa-sapa orang minyak kat paka dan kerteh tu yang beli kereta KIA..kalau nak service kereta kena drive 100 km baru leh service kereta yek..mrasaaaa..

Nasib baik masa service kereta tu kat bilik menunggu ada aircond, pastu instant milo dan berbagai-bagai instant food untuk di makan… maklumlah perut tengah kebuloq… After check apa penyakit kereta tu dan sure di sebab kan wap air yang terdapat di dalam minyak menyebabkan diesel fuel filter tersumbat dan nak kena tukar lah..abih 400++ yek Yana?

Stop kat Kemaman makan roti bakar...nama kedai ni ialah Kedai kopi Hai Peng... Mrasa roti bakar dan minum kopi dulu naaa....

Sorento masuk spital..huhuhu...kat Kuala Terengganu tu..jauhnya bengkel yek...

So sampai kat guest house dah gelap…guest house style chalet with aircond but no heater…RM50.00 jer uols…matilah sejuk pagi-pagi nak mandi…selepas mandi bagi we all keluar cari makan..kali ni we all nak try makan ikan bakar style Terengganu..kami pergi ke satu medan selera kat Kelulut…. Besar gak..we all pilih ikan siakap ngan ikan kerapu….buat bakar…sotong goreng tepung…sate untuk lisa….service dia agak slow tapi ikan baker dia agak sedap and fresh… total makan dan minum untuk 4 dewasa dan 1 kanak-kanak 75.00… agak mahal jugak kan….okeylah tu nak merasa tempat orang punya ikan bakar…

Balik bilik tak ingat apa lagi sebab penat duduk dalam kereta satu hari suntuk….esok lah plan aktiviti lain….ZZZZZZZ


Ala-ala filem hindustan kan bergambar kat pokok...kat batu buruk...sebelum check in bilik..checking pantai dulu dok?...

No comments: