04 June 2007

RUMAH UTK SEWA

Akak ada sebuah rumah or lebih tepat service apartment kat Gombak..area Taman Seri Gombak...rumah ni dah dekat dua tahun akak tak duduk sebab akak sekarang dah bermastautin kat Ampang... dulu setahun ada orang sewa but dah 4 bulan rumah tu kosong..akak tak iklan kan lagi...

Rumah ni ada tiga bilik tidur dan dua bilik mandi keluasan 830 kaki persegi sesuai untuk yang baru khawin atau yang tak ramai anak.. laluan pengangkutan awam..nak ke Putra LRT pun senag sebab ada bas direct ke sana..

Apartment ni 24hr security dan ada swimming pool untuk dewasa dan kanak2..surau..dan sebuah parking dikhaskan utk setiap unit..kalau nak buat barbie que pun ada tempat di sediakan... suasana unit unit ni sejuk dan berangin ..Lot tepi so ada extra tingkap kat bilik no 2..kalau unit lain bilik no 2 ni gelap lah...

First entrance dari pintu utama..kat sebelah toilet no 2 tu adalah bilik no 3.. boleh muat single bed..kalau nak letak queen bed sempit sikit lah...semua bilik tidor kat umah ni terang2 belaka sebab direct dapat cahaya dari tepi...

Masuk je pintu akan nampak ruang tamu..gambar ni gelap coz amik gambar menghadap cahaya so tak terang lah.. ada dua sliding door terus nampak balkony..

Balkony kat apartment akak...facing terus ke Main Road..so boleh tengok kereta keluar masuk guard house.

Pemandangan ruang tamu dari Balkony...dapur adalah sebelah kiri yek..yang pintu tu ialah pintu utama..

Ini kat dalam master bedroom.. pintu tu ialah pintu bathroom kat dalam bilik ni.. so kiranya attached bathroom lah...

ni pulak adalah second bedroom..siap ada katil queen lagi... kalau nak sewa dan tak nak katil tu boleh lah akak buang..since penyewa dulu nak pakai katil ni so akak simpan lah dalam bilik nih .. ni lah extra tingkap yang akak citer tu.. terang kannn..unit lain ada tingkap kat almari tu and direct to balkony belakang tempat sidai baju...yang gelap sangat sebab tak ada cahaya matahari..

Ni pulak adalah dapur..dapur kecik jer.. tapi kat dapur nih jugak akak boleh buat masak2 untuk open house.. tak perlu upah catering tau...

So akak becadanglah nak sewakan balik aparment ni dengan harga 550 sajer tau... kalau orang lain charge mahal tau...tak caya pi ketuk rumah jiran akak pas tu tanya berapa dia sewa rumah dia..kalau kawan2 akak bagi murah sikit..kalau minat hubungi akak kat Chat Box kat sebelah atau tinggalkan komen sajer....kalau nak tengok cuci mata je pun boleh... till the bye...

4 comments:

saufi said...

salam..walaupun pos ni setahun yg lepas, tp nk tya jugak. rumah ni dah ada org amik ke?bunyi cam menarik jek.. klu masih available, plz contact saya awalok80(ym) @ 012 7058517. tq

Mohd Faiz said...

salam kalo umah nie kosong lg sy nak sewa lah kak...kalo aka stuju call sy 0199669767.0123373324 X pon email nikhaikalfaiz@gmail.com/hans_jp9@yahoo.com

amy syakyraa said...

akak saya nak rumah ni still kosong or dah de org duduk kalau belu saya berminat. Ni no contact saya 0123124717 pape akak call. Tq

Yus said...

sorry uols since penyewa dahulu keluar dan buat medan perang.. so rumuah itu bukan untuk disewa lagi :(