15 June 2008

PAPA..HAPPY FATHER'S DAY

Hai semua.. Hari ini ali nak kenalkan Papa Ali... Papa Ali seorang yang penyayang walau apa pun yang Ali buat papa tetap menyokong Ali.. Tak pernah marah dan pukul Ali.. walaupun Ali sekarang ni memang tengah nakal macam segala-gala serba tak kena Papa tetap melayan Ali tak kira betapa penat pun Papa walaupun pulang dari kerja.


Setiap malam Ali akak bangun tidor nak susu pukul 2 atau 3 pagi pun papa tetap bangun nak bancuhkan susu Ali... Ali tak pernah berterima kasih ngan Papa.. kadangkala Ali tendang jer muka Papa sebab lambat suap susu... Yang penting Ali kenyang.. tapi Papa tak pernah bersungut.. Papa senyum jer suapkan susu Ali..



Kadang-kadang Papa tengah syok tidor Ali pergi gerak papa sebab nak bermain-main ngan Papa.. Papa tetap layan Ali walaupun mata Papa merah... Papa selalu beli toys Ali yang mahal-mahal supaya Ali seronok bermain dan belajar.. tapi Ali selalu main sekejap jer.. Lepas tu ali buat tak layan jer ngan Toys tu...

Pernah satu hari sebab Papa penat sangat dukung Ali yang tak henti-henti menangis sampai dua-dua sekali tidor.. Ali beruntung dapat tidor atas badan papa walaupun Papa terpaksa tidor Papa...


Sempena Hari Papa sedunia.. Ali ingin mengucapkan selamat Hari Bapa.. semoga panjang umur doakan kejayaan Ali.. Ali akak jaga Papa selamanya... You're the best Papa in the world...

No comments: