28 May 2009

ALHAMDULILLAH ALLI DAH SIHAT

Fuh legaaa akak..doctor dah bagi discharge..masa kul 5 tadi doctor nasir datang...akak mintak nak keluar lah..dah tak larat nak duduk kat hospital nih..bosan tak leh nak buat apa pun..rumah pun tak berjenguk..Alli pun dah bosan..nak2 dia dah segar bugar..lagi lah merengek nak keluar jalan2..

Ni proses pertama nak cabut wayar drip dari tangan Alli ..akak suruh dia cabut since Alli dah ada selera nak makan dan minum..kesian dia tak dapat nak gerak kemana-mana pun sebab benda ni attached ngan dia pastu attached lak ngan wire letrik lekat kat dinding..laju dia hulurkan tangan dia nak suruh bukak

Happy tul alli dapat bermain macam nih lagi..selama nih asyik akak suruh baring dan tidur jer..tak leh gerak lasak2..akak gi settle things for discharge dan ke account department

Tempat akak berkubang dua setengah hari kat sini...bosan giler..sib baik ada tingkap boleh nampak ampang point...walaupun tak leh shopping dapat tengok orang shopping pun jadilah..heheheh kemaruk nih...

Bill untuk dua hari di sini...yang penting layanan baik dan penuh mesra dari doktor dan jururawat..tak pernah marah2 walaupun Alli kerap panggil nurse sebab mesin wire yang attached kat tangan dia kerap berbunyi sebab Alli main2......wad kanak2 memang sentiasa penuh..kalau nak amik bilik dua orang atau sorang memang limited..

Terima kasih kepada yang ramai jenguk Alli kat hospital..tak putus orang datang tgk Alli..Mak Wan, Tanty, Acap, Ayah,Ibu,Farish, Wan Teh dan Aki Teh dari Pahang, Wan Chu dan Aki Chu, Abah Lan dan Mak Ha sekeluarga, Wan Teh Timah, Aunty Ani, Mak Julie dan Ayah Zahar

Tak putus-putus call dari phone dan YM tanya khabar Aunty Eileen, Uncle Edan, Uncle Volks, Aunty Aidee, Aunty Izma dan kawan2 Papa yang call Papa terima kasih..Alli dah sihat..nantikan kemunculan Alli dengan kuasa recharge yang baru...dia nak mengganas lagi nih..heheheh

1 comment:

edan rashid said...

dah sihat... alhamdulillah... tapi kuasa mengganas tuyang tak tahan tu... hehehe...