04 June 2009

APA ITU BLOG?

Di sini akak ingin mencoret sikit berkenaan blog..bukan akak nak ajar cara2 nak berblog..sekarang nih ramai orang mempunyai blog persendirian..ada yang berbau politik seperti Tun Mahathir, Anwar Ibrahin, dan Najib Tun razak..akak sekadar mencoretkan beberapa sahaja.. ada juga yang bertemakan hiburan seperti klubbkidd, Mr Manager (sekarang dah tukar address) dan ada seperti kisah peribadi seperti blog akak yang carca merba...kisah my life

Tidak dapat tidak sesetengah orang tidak gemar dengan apa yang terkandung di dalam blog seseorang tapi bagi akak semua ada hak dan pendapat masing-masing..misalnya dalam Blog Tun Mahathir ramai penyokong Pak Lah tidak menyukai apa yang di coretkan oleh Tun Mahathir...walaupun kadang-kadang kebenaran itu amat pahit untuk ditelan.. semua ada tujuan dan agenda sendiri.. walau bagaimanapun berjuta rakyat telah singgah di blog Tun Mahathir...pada akak kalau suka jengah lah..kalau tak suka jangan tengok...

Macam akak tak gemar nak tengok blog Azwan ali..(Opss) bagi akak citer dia merapu dan kadang2 tak ada cerita asyik nak maki orang jer..macam dia sorang jer betul...tapi itu hak dia..akak ambil keputusan tak mo tengok walaupun dengar citer dalam masa 2 bulan dah ada sejuta pengunjung...

tujuan akak berblog adalah :
1) sebagai reference untuk akak di masa hadapan ..kadang2 manusia tu mudah lupa..

2)sebagai penghubung antara kawan2 sekolah akak tak kira yang menegah, rendah dan university yang nak berjumpa tu amatlah terhad dan melalui blog mereka mengikuti perkembangan akak...

3)lawak jenaka dan usik mengusik....biasa kena kawan2 akak..kalau tersinggung tu maaflah yek

4)tujuan pengiklanan..ini kes masa akak nak sewakan rumah akak..tak sangka pulak ramai yang tinggal komen nak sewa rumah tu...

5)luahan rasa hati...ini akak akui..kalau ingin luahkan rasa hati memang akak akan posting kat sini tapi dengan password yang bukan sebarang orang boleh dapat...kalau akak tak bagi password tu maaflah yer..mungkin kisah dalam kelambu...dan kadang2 kalau akak tak bagi password tu jangan anggap personal yek...tak mo kawan atau akak tuduh mengumpat korang...bukan begitu.....

6)kadang-kadang kita telah berada di puncak kadang-kadang perlu kita lihat di bawah sebagai renungan..itu yang akak praktiskan...kalau dahulu akak makan sebungkus kongsi berdua dan sekarang akak mampu makan sepuluh bungkus kongsi berdua.. tapi kalau akak baca balik entry lama2 akak sedar Allah itu maha adil dan harus bersyukur dengan apa yang diberi dan menerima Qada' dan Qadar dan memperbaiki diri...akak dapat lihat perkembangan gaya hidup akak...apa yang akak cerita ini betul..akak mengaku..suatu masa dahulu akak pernah meminjam duit dengan Shu Hakimi semata-mata nak tunggu cukup bulan..akak berterima kasih...tapi sekarang Alhamdullilah akak bersyukur dengan apa yang diberi dan akak juga berharap akak dapat membantu kawan2 yang dalam kesusahan...Insya-Allah..tapi janganlah nak pinjam duit beli rumah/sport rim/kereta yek...

walau apa pun yang terjadi akak akan tetap berblog tapi akak akan limitkan kepada kehidupan akak dan keluarga akak seharian...dan kalau akak rasa benda yang akak tak patut cerita pada umum akak akan buat password entry.... so akak boleh control siapa yang boleh baca dan siapa yang tidak dijemput...tapi mostly untuk akak seorang ....

Akak rasa panjang coretan akak kali nih... tapi kalau akak nak stop bloging tak berbaloi sebab akak rasa apa yang akak simpan dalam web diary ini akan dapat di baca oleh anak akak satu hari kelak dan tahu betapa akak sayang pada dia dan sanggup buat apa sahaja demi masa depan dia..semoga akak dapat beri yang terbaik...

akhir kata akak ingin memohon maaf jika ada yang tersinggung dengan coretan akak pada masa lalu dan akak datang...bagi akak senang sahaja..akak tak menjemput dan akak tak menghalau...kalau dan masuk rumah orang senyap2 tak bagi salam jangan harap akak dapat hidangkan air...dan dapat layanan istimewa..ini rumah akak terpulang cara akak untuk menghiaskan nya..kalau nak buat citarasa sendiri bina lah rumah sendiri....

Till then jumpa lagi......

4 comments:

edan said...

huhuhuh... aku... suka... ehhh... mana jamuan ni???

Wazi Volks said...

Well said hehehe esp yg last part tu.. *sambil siapkan dress untuk red carpet*

Ajonz said...

haha blog ko same laa ngan *password* yang sejak kebelakangan ini kite dok baca *password* hahah. Nway great presentation.. direct to the point and hopefully boleh jadi guidience in future kalo ada orang nak tau tujuan berblog.

Yus said...

Edan: Aku belanjan nasi ayam minggu depan...hehehe

Volks: akak siapkan carpet merah tuk ko ke sini...lekas siapkan dress

Ajonz: Well kalau orang tak paham tu tak paham juga...bukan IQ rendah tapi suka buat tak paham