23 June 2009

SEPETANG DI TAMAN TASIK AMPANG HILIR

Tetiba akak lalu kat MRR2 akak nampak satu taman tasik yang baru bukak..dulu tempat nih kawasan rumah setinggan..selepas kena pindah semua..dia diri kan pam minyak Shell....ramainyer orang...lebih2 lagi taman tasik nih dekat dengan rumah akak..terus akak ajak Addy bawak Alli main-main kat sini...
Punyalah happy Alli..dapat lak berjalan dengan bebas... akak memang tak larat nak dukung dia..nak bawak badan sendiri pun mengah..tapi ada hati nak berjoging..eh tak nak jogging...nak beli beskal main kat sini lah...Alli kalau dapat jalan bebas mula lah nak terjun kolam tu..dia ingat macam swimming pool kat hotel... Addy apa lagi terus tangkap dia naik atas bahu...

Akak seram sikit kalau Alli nak bermain-main dengan budak2 yang ramai-ramai nih..Alli nih tak pandai bergaduh..walaupun orang buat dia, dia ingat orang nak main2 dengan dia..dengan erti kata lain Alli nih lemah lembut sikkit...manja lah katakan...dengan budak perempuan pun dia kalah

akak bagi dia main dengan benda yang tak involve dengan budak2 lain..kalau dia main gelongsor tu sah2 dia kena taji ngan orang..dengan budak2 dah besar panjang mesti terkena juga sepak terajang dema...Addy jaga alli macam mak ayam jaga anak dia...tak lepas tul dia nak bebas...

Dah penat bermain..masing2 duduk berehat..Alli nih pulak perangai dia kalau dia berjalan tetiba dia rasa penat bukan dia nak suruh orang dukung..tiba-tiba jer dia akan duduk kat lantai..tak kiralah kat tanah ker..kat tempat ada lecah ker..dia main duduk jer...tu kalau berjalan akak mesti kena bawak spare baju dan seluar

Hari dah petang..moh le kita balik..akak dah letih nih..badan dah berlengas..owh akak pergi taman nih naik motor jer..sebab susah nak parking..tak banyak tempat parking..on the way balik Alli boleh lak tertidur..penat sangat lah tu....

Akak , Alli dan addy dengan muka kepenatan... buas juga anak akak nih yekkk

1 comment:

~ Ibu ZAAZ ~ said...

bepeluh juga kan nak abiskan sampai ke hujung n patah balik.