28 October 2009

PESANAN BUAT ALLI

Masa akak buat posting nih akak baru marah Alli...Papa dia dah tak larat nak marah (tak sampai hati) tapi seorang kena jadi garang sebab kalau Alli tak kena marah walaupun buat benda salah nanti Alli akak bertambah melarat..... mamalah kena jadi ibu yang garang...

Alli usik barang papa..barang yang penting lak tu..Alli nih memang pantang kita lepa sikit mulalah dia buat agenda sendiri..dah koyak dokumen tu...sekejap jer Papa tinggalkan document tu kat atas meja makan...tak sampai 2 minit dah hancur...

Buku Alli banyak..toys pun banyak . Kesian juga ngan Alli nih..mama bukan tak sayang Alli.. tapi mama dah cakap berapa kali Alli still tak mo dengar.. benda yang mama tak kasi tu lah yang Alli nak buat..nak buat macam mana lagi...
Semua yang Alli nak Mama dan Papa dah bagi..Mama tak pernah fikir dua kali kalau mainan yang Alli nak..kalau nak yang harga RM500 pun mama still beli lagi.. tapi Alli tak pandai nak hargai..benda tu Alli tak mo main...sekejap jer...pastu dah simpan balik tak berusik...
Kemana-mana pun Mama dan Papa pergi, Alli mama tak pernah lupa..walaupun rasa macam renyah nak bawa budak kecik still mama dan papa gigih bawak juga...Mama tak mo Alli rasa macam ditinggalkan...Mama nak kita gembira bersama sekeluarga..
Tapi mama sedih...Alli terlalu degil..mama tahu budak2 memang degil tapi mama pernah nampak budak kecil yang baya Alli baik sajer...kenapa Alli tak leh jadi macam tu...? Mama harap Alli dapat jadi budak yang baik...rajin sikit belajar kalau Mama tunjuk atau baca buku cerita..
Mama harap selepas Alli besar nanti dan dapat baca luahan hati mama nih..Alli akan lebih menghargai Mama dan Papa...siang malam mama dan papa menjaga Alli bagai menatang minyak yang penuh...Mama dan Papa sanggup bersusah payah menempuh dugaan , pahit getir dan berbagai-bagai lagi yang apabila Alli besar nanti Alli akan faham...Akhir kata be a good son to us...I'm sorry coz I hurt you..

1 comment:

edan rashid said...

buat mak ali... lain kali jgn kasik budak tu maid jaga... jadik macam anak dia pulak... anak sedara aku pun sama... pasal bapak ngan mak dia jarang jaga... so dia lebih dengar cakap orang yang jaga dia ni hah... ngahahahaha