05 November 2009

ADMITION PROCESS

Hari selasa akak balik kerja, Addy kata baby sitter dia bagitau Alli tak mo makan apa pun...susu pun tak nak dan cirit birit dah 4 kali waktu siang tu...dah lah malam sebelum tu dia memang tak mo minum susu dan makan apa2 pun... cirit birit pun sama..pagi tu Addy hantar dia ke klinik kanak2 kat area Ampang dan doctor cuma bagi ubat sakit perut jer.. so malam tu akak bagi dia minum dia muntah..bagi dia makan dia muntah.. sebelum tidur suapkan ribena pun dia muntah.. so pergi lagi ke klinik biasa..

Doktor Azizah check dan kata kena admit ke hospital so akak cakap suruh buat surat ke Ampang Puteri teruslah sebab Alli memang dah ada rekod kat situ..so dalam pukul 11.00 malam akak pergi lah ke emergency Unit dan kena admitted.. akak request bilik single room so tak ada lah crowded sangat..sib baik ada bilik single lagi malam tu..

Masa nih kat waiting room..nak preparation nak masuk kan air sebab dia dah tak minum apa2 pun dan asyik muntah..puas pujuk dia dok atas katil sebab dia macam dah agak dah nak kena jab..hehehe dia still remember lagi masa dia kena fit dulu kan..So after dia dah baring nurse tu nak bedung dia supaya dia tak meronta

susah nak masukkan jarum kat tangan dia..dia dah makin kuat meronta..kat bahagian kiri amik darah dan kat tangan kanan nak masuk kan air..melalak punyalah kuat..sampai tertidur dia..dalam 30 minit bilik kat tingkat 6 dah siap..

Letih sangat menangis dan lembik tak makan apa2 dua hari terus dia tertidur tak sedar dah...sian lak tengok masa nih

adeh akak nak dukung jalan sendiri tapi nurse tu kata procedure dia kena tolak pakai wheel chair.. ni kali kedua akak naik wheel chair..akak suruh Addy jer yang naik tapi dia tak mo sambil gelak2 kan akak pastu amik gambar...

dah lewat malam nih.. pukul 1 pagi dah...alamatnya bermalam kat hospital lah akak malam nih...so esok tak yah kerja.. penat tau...nasib baik masa nih kat emergency unit tak ramai orang..kalau tidak lagi lama lah tunggu...

4 comments:

Olive Tree Guitar Ensemble said...

Hi, it's a very great blog.
I could tell how much efforts you've taken on it.
Keep doing!

edan rashid said...

alahai... manyak kesian ooo alli... apa la ko makan sampai sakit perut ni ek...

rinee said...

ciannye kat alli.. semoga cepat sembuhnye alli, nanti kite BBQ lagi huhu

FdausAmad said...

Salam,

gua nak ajak lu dtg lepak blog gua.rilek rilek.

Selambe.