30 May 2009

AKAK DAPAT AIRCOND

Masa uols baca entry nih maybe ada technician tengah dok pasang aircond kat umah akak.. akak bagi alasan Alli tak tahan panas..berjaya jugak..lain kali kalau nak apa2 dari Mr Addy cakap jer Alli yang nak mesti dapat nyer....semalam Addy dah bayar full kat kedai letrik kat Ampang lepas akak makan kat KRB Restaurant tu...

Addy lepas nih Alli nak rumah baru leh?...heheh ala..boleh lah..Mama dah tengok rumah tu...boleh lah Alli yang nak jugak...Akak nak tengok berjaya tak akak dapat rumah tu..heheheh..

29 May 2009

MY REVIEW OF KRB


Akak order asam pedas ikan tenggiri. Akak makan dgn telur masin tak sedap. Telur dia dah expired kot. Mkn ngan sambal pun tak jln cili dah lama blend kot. Makan ngan petai alamak best la pulak.. Fr mobile blog

KOSAS RIVER BANK


Akak nak makan dulu kat sini..uols tunggu senyap2 tau..nanti akak citer sedap ke tidak..fr my mobile blog..

HADIAH UNTUK ALLI

Memang masa Alli kat hospital tu akak selalu cakap kat Alli nanti kalau Alli makan ubat mama beli basikal atau Ball..dia faham dan dengan semangat jer angguk kepala...kalau akak tak beli basikal tu rasa macam tipu dia lak..

Kebetulan masa Alli kat hospital lagi Papa pegi round kedai mainan kat Ampang...dia call mama nak beli keter mainan kecil yang pakai remote control tu harga dia RM250. mama kata tak yah lah mahal2..Alli bukan reti main pun remote controll tu...So Papa tak beli lah...

So Papa nih jenis tak puas hati dengan perkataan NO.. dia ajak mama pergi sekali...kali nih dia suruh Alli pilih..Isk..Isk..mama suruh Alli pilih Basikal..which is Alli memang suka basikal tapi Papa ada tunjuk satu lagi kereta mainan yang lagi besar..boleh naik lagi ..pastu parents leh control car tu pakai remote gak..siap ada bunyi enjin nak start lagi..Sure lah Alli lagi interested yang nih..

Mama lak asyik push Alli main basikal..tapi basikal nih tak ada bunyi-bunyi...tapi dia still minat nak main basikal nih..tapi basikal nih tinggi sangat tak sampai lagi kaki dia.....

Pastu Mama tanya Alli nak mana satu...terus dia tunjuk kereta dan terus tak nak naik basikal.....basikal tu dia pandang tepi jer...Bawak masuk dalam kereta terus...Papa sengih jer..memang Papa yang nak benda nih kannnn...

Harga dia..kalau Mama tahu tadi..mama setuju jer masa Papa nak beli kereta remote yang kecik tu baru RM250 jer..nih dah melampau harga dia sampai Mama rasa melepas stock Parfume Mama bulan nih...Isk..Papa ngan Alli nih sama jer..suka buat mama serba salah...tapi tak per yang penting Alli dah sihat dan Happy...

28 May 2009

ALHAMDULILLAH ALLI DAH SIHAT

Fuh legaaa akak..doctor dah bagi discharge..masa kul 5 tadi doctor nasir datang...akak mintak nak keluar lah..dah tak larat nak duduk kat hospital nih..bosan tak leh nak buat apa pun..rumah pun tak berjenguk..Alli pun dah bosan..nak2 dia dah segar bugar..lagi lah merengek nak keluar jalan2..

Ni proses pertama nak cabut wayar drip dari tangan Alli ..akak suruh dia cabut since Alli dah ada selera nak makan dan minum..kesian dia tak dapat nak gerak kemana-mana pun sebab benda ni attached ngan dia pastu attached lak ngan wire letrik lekat kat dinding..laju dia hulurkan tangan dia nak suruh bukak

Happy tul alli dapat bermain macam nih lagi..selama nih asyik akak suruh baring dan tidur jer..tak leh gerak lasak2..akak gi settle things for discharge dan ke account department

Tempat akak berkubang dua setengah hari kat sini...bosan giler..sib baik ada tingkap boleh nampak ampang point...walaupun tak leh shopping dapat tengok orang shopping pun jadilah..heheheh kemaruk nih...

Bill untuk dua hari di sini...yang penting layanan baik dan penuh mesra dari doktor dan jururawat..tak pernah marah2 walaupun Alli kerap panggil nurse sebab mesin wire yang attached kat tangan dia kerap berbunyi sebab Alli main2......wad kanak2 memang sentiasa penuh..kalau nak amik bilik dua orang atau sorang memang limited..

Terima kasih kepada yang ramai jenguk Alli kat hospital..tak putus orang datang tgk Alli..Mak Wan, Tanty, Acap, Ayah,Ibu,Farish, Wan Teh dan Aki Teh dari Pahang, Wan Chu dan Aki Chu, Abah Lan dan Mak Ha sekeluarga, Wan Teh Timah, Aunty Ani, Mak Julie dan Ayah Zahar

Tak putus-putus call dari phone dan YM tanya khabar Aunty Eileen, Uncle Edan, Uncle Volks, Aunty Aidee, Aunty Izma dan kawan2 Papa yang call Papa terima kasih..Alli dah sihat..nantikan kemunculan Alli dengan kuasa recharge yang baru...dia nak mengganas lagi nih..heheheh

27 May 2009

UPDATE DARI AMPANG PUTERI

As akak type this entry pun dan pukul 10.30 pagi..Alli baru masuk tidor balik selepas makan ubat selesema..maybe ngantuk kot..tapi sebelum tu macam2 perangai yang dia buat... kalau nampak jer nurse baju biru terus diam jer.. pura2 baik lah tu..

so far dia dah beransur pulih...cuma dia tak mo makan dan minum sangat so dirp tak leh bukak lagi..nak mandi kan macam mana sebab ada wire kat tangan dia..
Lena dia tidur kat katil akak...sambil akak berblog... nak buat apa lagi akak pun dah kematu bontot duduk duduk kat katil nih..

Bantal busuk dia still tak leh lepas...marah kalau akak ak curi...akak nak curi lah basuh bantal tu...dah jadi belacan dah

Baby cot still dia tak mo tidur atas tu..malam jer baru nak..itu pun dah lena tidur..semalam dia tidur terus tak bangun sampai pagi terpaksa akak kejutkan...akak tak lena tidur sekejap2 tgk dia..takut dia tak breathing...pastu kat sini kan katil 4 bedded so baby kat belah kanan akak selalu kena kejut ngan nurse waktu malam nak bagi oxygen kot...tu yang menangis jer..kesian lah dengar..sampai tersedu2 budak tu...

Mana Addy pergi nih..tadi ada...gi amik udara lah nih..dia dah tertidur ngan Alli tadi...siap berdengkur lagi.semalam akak halau dia balik umah sebab dia berdengkur kuat sangat menggangguan tumpuan akak nak berblog....

ALLI MASUK HOSPITAL

Tiba2 akak dapat call dari Baby Sitter akak..katanya dia berada kat Klinik Idham Pandan Jaya..Alli demam teruk dan tak bernafas...Kisahnya dia on the way dari rembau Alli masa dalam kereta baring atas riba Kak Ha(BB sitter Alli) lepas tu dia macam terkejut dan terus tak bernafas matanya dah nampak putih dah..

Abang Lan terus berhenti kan kereta dia tengok Alli dah tak bernafas...abis Kak Lang dalam kereta tu menangis tengok keadaan Alli... Masa tu juga Kak Ha tepon anak sulung dia yang kerja nurse tu untuk ajar buat CPR setelah dua kali ajar baru Alli mula bernafas semula..tu pun setelah lebih 3 minit berlalu.. Terus bawak dia ke klinik terdekat dan telefon akak beritahu ada kat Klinik Idham.. Addy lak dah cuak giler...akak tengok Addy menangis..sapa tak sayang anak kann..

akak mintak referral letter masuk Ampang Puteri sebab maybe takut terjadi benda yang sama malam nih..so untuk lebih selamat akak nak masuk Ampang Puteri juga sebab dekat dengan rumah akak.
Masa nih setelah di beri ubat yang masuk dalam bontot..cek temp dia dah 38.7 celcius..wad kanak2 pulak penuh..tapi doctor suruh admited jugak sebab nak monitor dia punya progress..alli lak tak nak berdukung ngan orang lain..dekat sejam juga tunggu nak dapat katil

Punyalah melalak dia masa masukkan drip ni... bagi wallet baru dia diam..badan still panas lagi...akak request bilik sorang tapi dah penuh..tinggal bilik 3 bedded dan 4 bedded..since kes Alli kes Fit kena berada dekat ngan kaunter kena amik katil 4 bedded...nurse kata kalau okey malam nih baru boleh tukar bilik single besok...

Mula2 tidor atas katil mama.. dia nak tidor ngan kita dulu...puas juga dia menangis sebab kena bagi makan ubat ..lepas tu dia ngantuk kot..jam pun dah pukul 11.30 malam

Kesian pulak akak tengok dia tidor sambil nangis..tangan dia tak selesa kot...

Kena peluk dulu baru tidor..Addy pergi amik baju akak semua..pampers Alli dan segala kelengkapan akak stay kat Hospital nih...akak order MC Donalds gak..lapar lah weh..Alli pun dah tidor..boleh angkat dalam baby cot

selamat tidur alli..semoga cepat sembuh

akak akan berjaga malam nih menemani Alli...Addy nih ha nak jugak tidor kat sebelah akak...jangan berdengkur kuat sangat sudah....akak cuti yek hari Rabu nih..nak kena tanya HRD lah..boleh dapat cuti free kan dua hari kalau anak masuk spital...

26 May 2009

MISTERI HAUNTED CHERATING BAY RESORT

Hari ini akak pergi kerja walaupun Alli demam sebab Papa dia nak jaga or work from home.. but suddently change his mind hantar kat Baby Sitter sebab Alli macam tak berapa sihat.. Baby sitter akak nih pandai dalam ilmu berubat secara tradisional.. orang bandar kata cara alternative lah..

Nasib baik kat office tak banyak sangat kerja, call adik pompuan akak.. later in the afternoon adik akak call kata Abang and Kakak Ipar dia dah tak leh bangun semua demam smapai tak larat nak buat apa-apa dah.. anak2 saudara akak semua dah lembik... Mak akak bawak berubat kat area rumah akak dan pengamal perubatan tu kata semua berpunca dari tempat yang we all sewa tu kat Cherating Bay Resort.. dia kata bilik tu dah lama orang tak masuk..akak rasa memang betul gak sebab akak dapat bilik yang kat tingkat dua masa nak naik tangga tu akak nampak banyak najis burung macam tak pernah orang lalu or bersapu kat situ.. imagine kalau banyak najis burung selonggok kat tangga tu berapa lama ntan maintenance tak lalu situ...or guest tak jengah bilik tu..by the way nombor bilik tu no 50...

Adik akak yanty pun dah mula rasa macam tak sedap badan..ngan batuk dan selsema.. akak cepat2 makan ventoline sebab akak rasa macam nak kena lelah jer.. ubat batuk dah sebotol akak telan.. Akak call addy tanya dia okey tak kat rumah.. nasib baik Addy okey..akak jer lah rasa macam sakit badan.. tu pun member office ajak main ping pong kat dewan belakang opis supaya keluar peluh sikit..

Dah pukul 8.30 malam dah nih..alli tak balik lagi sebab Baby sitter dia bawak balik rembau berubat..sebab dia kata dia tengok Alli lain macam...Addy pun ada citer kat akak masa Akak tidor alli tiba2 tunjuk kat kerusi dalam bilik sambil sebut Ma..Ma..Alli nih kalau dia nampak orang baru dia panggil Ma.. semua Ma...Addy terus tutup mata Alli sambil baca Ayat Kursyi...Akak dah tak sedar mende dah..ngantuk sangat...

Ntahlah..nak tunggu Alli balik nih...Akak pun tak berapa percaya ngan paranormal nih.. tapi kat dunia ni bukan kita saja makhluk Allah yang menumpang di dunia ini...ada alam Jin juga...

25 May 2009

DAH BALIK TAPI.......

Akak dah sampai KL dalam kul 3 tadi tapi akak singgah kat Tesco beli susu Alli pastu addy kata nak tengok wayang citer Night atr the meseum..dengar review edan best dan kelakar.. masa tu Alli dah panas sikit badan dia..akak ingat biasalah dia. Badan dia memang selalu suam,-suam gitue...sepanjang jalan pun dia tidor jer tak bangun2..penat kot. We all tengok moview kul 4.50pm...tak ramai orang tengok..maybe time orang kerja lagi kot...

Dalam 20 minit nak abih citer akak rasa badan Alli makin panas... sepanjang movie tu pun dia lembik jer..minum susu pun tak mo...akak keluar awal sebab dia dah merengek..akak tunggu Addy kat kereta pas addy keluar akak kata nak bawak Alli gi clinik lah...so doc bagi ubat batuk..selesema dan ubat demam.. ada jugak dia bagi ubat masuk ikut bontot kalau panas sangat malam nanti...
Doktor pesan suruh mandikan dia dengan air sejuk..tak payah pakai baju pun okey sebab nak lap dia selalu.. kalau badan dia mencecah 39 celcius salah sorang jangan tidor kena monitor dia...kang terkena sawan...lepas bagi ubat dia terus nak tidor..bawak dia masuk kat bilik sekali dia muntah..abih semua cadar dan sarung bantal... so akak pindahkan dia kat luar sementara akak nak salin cadar tu

banyak addy kena basuh nih...cadar tu nak kena rendam dulu kot..dah lah satu beg baju balik dari cherating nak kena basuh gak....

ada lagi kisah misteri..akak dapat SMS dari adik lelaki akak anak dia dua-dua demam termasuk wife dia...wah akak rasa ini bukan kebetulan...anak dia yang sulung siap halau-halau benda dari pintu rumah dia..sambil tengok kat belakang ibu dia..dia kata ada benda.pastu muka anak saudara akak tu pun pucat..adik ipar akak pun meracau2 malam tadi ...demam gak...kenapa yek...agak nyer yer kot kat Cherating Bay Resort tu agak keras..sebab kat belakang dia hutan belukar..pastu tempat tu macam kusam tak ada orang nak sewa..mungkin dah lama orang tak check in kat situ...so kita kacau tempat dia..dia marah kot..kalau di ingat lagi macam creepy jek.. so esok adik akak nak ambil EL nak berubat kat umah mak akak..kesian anak saudara akak tu... akak nak tgk Alli malam nih..akak suruh Addy tidur amik air sembahyang dan baca lah apa yang patut malam nih..kalau teruk sangat akak pergi jer rumah baby sitter akak sebab husband dia pandai berubat....cara tradisional lah...semua cara kita cuba kan...Insya-Allah

SATAR DAN OTAK-OTAK


Shah, Abul,Edan,Faizul di sini akak perkenalkan Satar dan otak-otak Aziz Satar. yg kite gi dulu bukan tau.

WARUNG AZIZ SATAR


Beli sata n otak-otak. Dulu makan ramai2 ngan opis mate kat warung amal namanya.

CHERATING-DAY 2

Lepas balik dari Kemaman akak check in motel yang murah2..sajer akak nak challet yang kat tepi pantai...dan nak compare apa beza kalau challet murah dan mahal.. find out that challet murah nih lokasi dia lebih strategik dengan tempat makan kat depan mata jer.. pantai lak depan challet tu jer...Nama chalet tu Three Point Mini Motel... kat depan tu ada jual banyak pelampung..Addy tak bawak Alli nyer toys so terpaksa beli..harga murah jer dalam RM13 saja

Alli semua benda dia tunjuk..kalau boleh semua dia nak angkut bawak balik.. akak tukang bayar jer.. dan tukang tawar..hehehehe

Ini lah penginapan akak untuk satu malam.. akak rasa okey lah sesuai dengan harga dia.. RM80 semalam.. aircond pun sejuk..cherating nih panas giler.. dalam nih ada kemudahan basic.. ada katil Queen satu..TV 14 inci satu dan bilik air yang sangat besar.. akak rasa 3 suku dari luas bilik adalah bilik air...memang besar.. so tiga beranak leh mandi samabil menari2 dalam tu..

View dari bilik akak..masa nih air surut.. waktu pagi akak tengok air dia dah nak sampai kat chalet akak dah.. memang best..laut dia landai..tapi still tak leh challenge mana-mana pulau yang akak dah pergi...

Pandangan dari arah depan chalet akak memang simple dan buruk..akak tahu tapi kalau compare ngan harga memang worth it.. jangan macam Cherating Bay resort..kalau bayar RM150 jer pun akak still tak mo duduk situ..benci tau...

The sand at Cherating... brownish kaler

water at Cherating..clear...

Addy tengah main ngan Alli with new floaters.. tapi biasalah Alli mana suka pakai floaters.. banyak kali asyik telan air jer...

Akak main pasir ngan Alli..masa nih air tengah surut..so agak ketengah juga lah nih..kalau waktu pagi memang tak leh pegi kat kawasan nih..dalam gilerrrr

Ali tengah korek pasir.... suka dia main benda2 macam nih kan..sejak balik dari Redang hari tu asyik nak main pasir jer....nipun sekejap2 tunjuk arah laut..pagi2 bangun tidor pun tunjuk arah laut..orang lain tidor lagi dia ngan Papa dia dah main laut...

Pantai dia..tak berapa cantik macam kat Pulau2 tapi okeylah..kalau nak mandi akak rasa waktu pagi sampai afternoon is the best... sekarang nih masa akak tulis entry ni dah nak bersiap nak balik...kat luar tu hujan since pukul 10.30... lagi lah syahdu nak balik.. esok hari selasa nak kerja dah... huhuhuhu..kan kalau best hari2 leh vacation....

CHERATING-DAY 1

Yes uols..akak terus lepak cherating lepas dari weeding cousin akak tu... akak memang plan nak bercuti ke sini tu sebab akak apply hari Isnin cuti...tapi akak drag sekali adik-adik akak bercuti sekali... kalau hotel akak tanggung sure laju jer dema ngikut kat....

akak tak buat reservation pun tapi akak nak cari hotel yang ada swimming pool sebab anak akak dan anak saudara akak nak main pool... so bertolak dari kuantan kul 6 petang dan tak sampai 40 minit dah sampai cherating... first place akak pergi Cherating Bay Resort... Akak tak mo eloborate panjang2 cukup akak kata lousy place... akak bayar RM340 semalam memang takberbaloi.. nanti akak buat entry khas untuk Cherating Bay Resort..
Pemandagan pantai Cherating..sibuk anak beranak main pasir

Cherating Bay Resort..akak check in tak adabuat reservation.... ada lagi bilik sebab tak ada orang pun bermalam kat sini..apakah tandanya.. setelah bayar RM340 untuk apartment dua bilik...masuk2 jer akak tgk all the furniture worn down... tak ada maintenance kot...aircond tak berfungsi kat satu bilik..pastu Water heater tak hidup..so air sejuk jer lah.. so akak mintak tukar bilik... since dia kata boleh tukar bilik and tetiba ada house keeper datang nak hantar tilam..akak kata akak nak tukar bilik.. so dia kata dia tinggalkan tilam tu kat bilik nih pastu nak suruh akak angkat tilam tu ke bilik baru akak... WHAT?... terus akak speaking nih...apa ko ingat aku kerja kat sini ker nak mengangkat tilam ke merata2 bilik... so kerja ko apa? apa Job Discription ko (JD) terus emo akak nih...Akak nih saper kat sini..tak tahulah kalau dema paham bahasa omputeh..sure kecik hati dengar akak seranah...kalau tilam tu cantik tak per .. nih tilam span biasa yang dema charge RM30 semalam .... Breakfast lak ada ker tinggal bubur nasik jer..pastu air semua tak refill..akak tahulah ada orang kerajaan sewa hotel nih buat function tapi tak kan untuk guess kena makan sisa depa..akak nampak dia tuang kueytiaw kat tray buffet lebih2 dari majlis breakfast orang kerajaan tu...Breakfast kul 8 start akak sampai kul 8.15..tak kan tak ada utk guess ...ngan meja tak kemas..sisa pinggan mangkuk orang lain..staff dia buat bersembang jer kat kitchen..sampai akak panggil depa suruh clear up the things... Uols jangan pegi dah tempat nih... stay satu hari jer kat sini..plan nak stay dua hari.. baik akak cari tempat lain....masa check out nak charge akak another RM50 sebab tukar bilik...weh akak tak sentuh lagi bilik pertama tu tau... pastu dia kata ada technician datang nak repair ekon malam tu akak tak bagi masuk..masa biler agaknyer?..seingat akak akak duduk kat unit apartment tu dalam 30 minit unloading barang pastu check semua tak berfungsi akak call nak tukar bilik..kali ni Addy lak mengamuk..ko jangan main2 kalau laki akak mengamuk... terus dia kata tak perlah .. tak yah bayar.. terus ada guess sorang nak masuk dia kata nak check bilik dulu... kalau okey baru dia check in... satu tindakan yang bagus .. tapi tok sah lah nak bermalam kat sini...buat sakit hati jer...

Opposite Cherating Bay Resot tu resident Inn ..much better and quality service..harga pun lebih kurang sama kata orang sini..lain kali akak nak stay kat resident inn lah....cantik pun cantik....

Satu lagi kalau gi cherating jangan lupa standby duit banyak sikit..kat sini tak ada ATM machine..akak terpaksa pergi ker perlabuhan kuantan nak withdraw duit kat sini... sepatutnya aka menghala ke kemaman lagi dekat ngan cherating nih....

Malam adik lelaki akak belanja makan.. akak rasa nak order semua yang ada kat menu..adik pompuan akak tahulah sebabnyaer kannn..ehehehehhe sib baik akak cuma order ikan sekor..sotong tepung, tom yam dan sup campur..akak order air fresh orange dua jag....


Fresh fish.. masak tak sedap mana pun...
Sotong masak tepung.. or tepung masak sotong..ntah laaaaa


Lepas check out...bawak Acap naik kuda..adik lelaki akak yang bongsu terpaksa jadi rider sebab we all besar sangat ..dia yang paling kecik... so keliling padang dengan anak2 saudara dia lah
giliran Alli lak..mula2 takut..pastu tak mo turun

Rileks jer.. pastu we all semua headed to Kemaman pegi Kedai Kopi Haiping....pastu they all terus balik.. tapi akak stay lagi kat sini..tak tahu nak check in kat mana lagi nih..tak per..akak pergi jalan-jalan dulu lah.....

24 May 2009

COUSIN'S WEEDING AT KUANTAN

Akak sebenarnya lupa cousin akak kahwin pada hari sabtu 23/05/09... so hari Khamis tu akak mentioned kat Addy kena attend weeding hari Sabtu nih.. since Addy kerja hari sabtu so akak suggest we all bertolak hari Jumaat lepas we all kerja pastu check in kat mana2 hotel yang ada WiFi sebab nak online dari Kuantan jer..

seperti biasa lepas kerja macam2 hal lah pulak..nak packing barang lagi..pastu Addy nas service kete..akak rasa hobby Addy nih service kereta..sebulan sekali mesti service itu kereta buruk dia...Bertolak ke Kuantan dalam pukul 11 malam dan sampai kat Hotel Mega View dalam pukul 2.am.. Sib baik tinggal satu bilik jer...akak tak buat reservation pun..main redah jer...cuma tahu hotel nih ada WiFi free...heheheh Rate dia RM130 gov rate...tapi akak mintak extend check out samapi kul 6 petang kena tambah lagi RM75.00
View dari balcony bilik akak..panas giler kat luar...akak tunggu family akak sampai dari KL sebab they all bertolak dari KL pukul 8 pagi.. so Addy buat kerja dulu dari bilik..

View belak kanan balcony...perlabuhan kat Pej Kastam.. Alli suka main kat sini..akak gayat tau...mak akak sampai dalam pukul 11pagi pastu tumpang bilik akak tu..bersiap kajap pastu bertolak sama ke kampung sungai isap..

We all bergambar ngan pengantin pompuan..cuba cari mana akak...heheheh hint "paling cantik in the family" hehehehehe

hantaran dari pihak lelaki

hantara dari pihak perempuan.. cousin akak belah pompuan tau...

Jelitawan cucu dan cicit Tok Majid.. kenapa akak pakai tudung yek?..rahsianya akak sorang jer cucu tok majid yang tak pakai tudung so Atok selalu tegur..since akak punya pakcik nih pun ahli kuat PAS so akak memang hipokrit...macam betul2 bertudung kalau balik kampung..tapi atok akak tahu..kalau dia tegur akak senyum jer...cakap angin kuat sangat sampai melayang tudung akak...heheheh

Ni lah Atok Akak ..Tok Majid dan Wan Ngah.. ayah dan Ibu arwah ayah akak.. akak memang cantik bertudung .. akak tahu..tak yah mention yek..nantilah satu hari nanti Insya-Allah

Penganti lelaki sampai.. Syed apa ntah nama dia..family arrangement tau.. Shitah sepupu akak nih tak pernah bercinta...

akak nampak husben akak tengah gigih makan sengsorang ngan pakcik akak..amboi lupa anak yek...

Sebab akak dah jumpa sorang babby sitter yang begitu dedikasi..Aunty Lin...Alli sayang Aunty Lin sebab Aunty Lin rajin jaga Alli...

see I told you..pakcik akak memang orang PAS..air pun kaler hijau..amik kooooo..tu belum tengok set cawan pinggan mangkuk...

Akak nak citer lah satu rahsia..kalau in case tak kenal mana cucu Tok Majid.. uols tengoklah sekeliling..kalau set2 kalau makan susah nak tinggalkan meja ..haaa tu lah dia.. di mana ada makanan di situ lah kami semua berkumpul..walaupun baru jer lepas makan kat meja penggantin tadi...

Aisyah..lepas balik belajar dari melbourne terus berat naik mendadak..kat sana makan kena catu..kat sini tak berani nak catu sendiri..sendiri mau ingatlah kalau badan naik sampai berkilo2..heheheh nih leh lepak kat meja makan dapur lelama buat apa?...

Adik akak tu posing jer tak makan..padahal..akak tak tahu nak sambung..sila sambung sendiri yek.... Topik yang di bincangkan di sini..bila uols nak kahwin yek?

Adik lelaki akak dan adik perempuan akak...kat meja makan juga..tadi dah makan seround nih lagi seround...

Hahahaha..tak tahu nak cakap apa..fanatik PAS kot....

Gadis Ayu nih sudah berpunya yek...sopan sangat kaannnn....

Ashraf..Adik akak dan farish..suka tau jadi pengapit Tanty....


Dekat ruang tamu penuh buku..akak punya Uncle nih memang suka membaca..semua buku dia baca..tentang politik..ekonomi dan akak nampak buku tentang perkahwinan jugak...Owh alang2 akak kat Kuantan nih akak nak ke Cherating lah..akak pun dah apply cuti hari Isnin..nanti kan update dari Cherating uols...