26 January 2010

HASAD DENGKI, CEMBURU ATAU KAGUM

Berat aku nak tulis bende nih.. macam kalau tak tulis mati anak.. kalau tulis mati katak... tapi apa aku nak kisah kan.. lagipun beberapa incident kebelakangan ini membuatkan aku tekad akan berhenti kerja.. bagi cukup syarat dapat vitamin B jer tu pun kalau ada.. kerja penoreh getah nih tak menentu.. kalau musim hujan ..getah kurang.... aku nak terangkan mana datang perasaan hasad dengki nih.. kalau korang tak setuju tak per tapi aku tetap ngan aku nyer assumption..adakah hasad dengki nih terlahir dari perasaan admire atau jealousy.. atau semua tu dari berbeza kategori

contohnya lah..aku cakap contoh tau..

1. Pergi temuduga di kebun getah.
sorang lelaki pecah rumah nyer muka datang interview tapi pengalaman kerja superb.. dia leh tanam pokok.. siram pokok.. toreh getah... dan sorang lagi lelaki stock model lah.. pengalaman kurang.. tak pernah siram pokok.. dan tak pernah toreh getah.. tup-tup yang stock model tu dapat kerja tu... so korang rasa perasaan apa yang perlu ada...Hasad dengki? admire? jealousy? korang jawab...jawapan selamat tak boleh salahkan orang yang stock model tu bukan dia yang nak di lahirkan macho... dan tak boleh salahkan yang muka macam pecah rumah tu.. dia pun tak minta rupa begitu.. so aku nak salahkan manager kilang getahlah kot..

2. setelah masuk kerja.
Buat kerja ngan orang yang beberapa tahun experience dalam hal2 getah nih.. kelulusan penoreh getah katakan... dan lelaki stock model nih baru belajar tanam pokok.. baru pass baja pokok jer pun..tapi kesungguhan untuk belajar ada di situ... kot lah... tapi setakat sempat baja pokok jer lah.. tup tup promoted jadi supervisor kepada orang yang dah experience lama tu.. biasalah manager kilang suka stock lelaki handsom.. so hasad dengki?.. admire?.. jealousy?..aku tak leh jawab.. sebab ada perasaan hasad dengki di situ.. dan ada perasaan jealosy kat situ..

3.setelah di promote.
adakah lelaki stock model tu harus menolak atau menerima setelah mengetahui kekurangan diri.. ada kesulitan di sini kerana melibatkan wang ringgit dan tanggungjawab..kena congak juga tu.. kalau pikir wang ringgit memang terima jer lah.. tapi kalau pikir tanggungjawab tu yang kena berhati2 kerana melibatkan banyak pihak.. maklumlah kerja baru kena pikir macam mana nak bagi getah banyak susu.. kalau pokok getah yang kita jaga tak dapat keluarkan hasil macam mana? contingency plan..? or at the first place tahu tak susu getah tu rupa macam mana.. berapa lama nak bagi dia beku or bila masa sesuai nak kutip..kalau rasa boleh belajar bagus.. semangat yang kita cari.. tapi kalau pikir tak per kalau tak boleh buat, masa time sampai nanti berhenti jer lah.. tinggalkan kilang getah...tapi perlu di ingat.. boleh belajar tapi pastikan sampai jangan sampai separuh jalan... kena bagi jadi... nanti peluang penoreh getah yang lain terjejas tak leh jadi supervisor sebab dah jadi role model kan.. kalau berjaya aku rasa aku akan ada perasaan admire.. tapi kalau gagal aku ada sikit perasaan jealosy lah...apa-apa pun sebab itu tercipta perkataan peluang dan percubaan.. kena tunggu hasil lah...

4.You co worker received a huge salary increment.
korang tengok dia memang kerja dia dah tahap macam hamba abdi dah.. menurut perintah.. A to Z dia handle.. how do you feel about that? hasut manager kilang naik kan pangkat dia? or apa kata cantas dia ...?kata dia nak bodek manager kilang? aku akan ada perasaan admire kat situ.. satu hari aku berjaya jadi macam dia.. i will try harder...korang?

5.Jumpa kawan lama sekolah setakat SPM pakai kete Evo 10..
Pertanyaan pertama yang keluar dari mulut korang..
a) Kerja apa sekarang...berapa gaji? ...mana dapat duit ... .ada projek best ker.. pinjam kawan or menang nombor ekor ker kawin ngan anak dato' ker? tak ada nak tanya pasal keluarga dia
b) Apa khabar family, anak2. orang tua?
aku jamin kalau korang tanya soalan (a) dulu bermakna korang ada perasaan hasad dengki dan jealosy.. tapi kalau korang tanya soalan (b) bermakna korang admire kat dia..keikhlasan berkawan.. boleh berjaya jugak dia walaupun dulu SPM jer..ada motivasi di situ..

apa jawapan korang.. ? kalau semua jawapan korang semua ada jer hasad dengki ke or jealosy.. baik tak yah kawan ngan aku... tapi kalau semua jawapan korang semua admire lagilah pegi main jauh-jauh.. biar aku kawan ngan tembok...

Pokok pangkalnya.. rezeki ketentuan dan qada' dan qadar tu dah memang tersurat.. tak leh nak ubah walaupun buat macam mana.. kalau kita tahu hari ni kita akan mati.. duduk dalam rumah kunci pintu pun boleh gak malaikat maut menjemput.. kalau dah tersurat ko kena bermadu.. macam mana ko sorok laki ko pun ada jer.. pompuan boleh je pikat walaupun cuma nampak kat porch kereta saja.. Kena juga ingat tak selalu kita di atas.. ada kalanya kita akan di bawah juga.. cuma masa dan keadaan sahaja yang menentukan.. rezeki ada di mana cuma berani atau tidak manusia itu merubah diri sendiri.. jangan tunggu bola datang bergolek.. kejar dan aim the goal.. yang penting ikhlas dan redha.. bukan ada udang di sebalik batu...nak kerja kat kilang getah nih semata nak bukak cawangan kilang getah baru sebagai pesaing.. bley ker?

sorry lah kalau ada yang terasa..dah nama pun blog peribadi kan...panjang lak posting kali ini.. kena gak sekali sekala tulis macam nih.. asyik nak dengar citer gosip jer...

Psssst.. setelah aku congak.. perbelanjaan aku ke kilang tempat aku kerja (minyak, tol, food) melebihi dari gaji aku i did realized something.. cukup-cukuplah aku berhibur.....

You are welcome to jot down the comment.. pro or cont tak kisah.. tak nak guna nama sebenar pun tak per..

7 comments:

edan rashid said...

jawapan seikhlas hati aku... dah rezeki dia... aku redha je... good luck dalam menghadapai cabaran hidup...

Yus said...

your answer.. ko nih memang semua ko kagum lah yek..kuang-kuang-kuang..

hanitamaya said...

pada pendapat sy lak...hurmmm tepuk kepala sendiri ..sedar2 kan diri..wakakakaka

Yus said...

Hrmm your opinion.. tak apa kalau memang ada keyakinan..semangat yang dicari.. tapi kalau sampai tahap rosak pokok getah masih tak nak tarik diri..or separuh jalan ada ketidak best nyer di situ.. anyway thanks for your comment

yantysamsul said...

sensitip biler sebut pasal kilang2 nie..ehem!!..

rinzzzzzzzz said...

'cukup-cukuplah aku berhibur.....' ala.. x bes la camni.. nak karoke... nak karoke.. ;-)

Anonymous said...

udah ler tuh......rezki masing2. kurangkan kontroversi...tingkatkan prestasi. happy-happy sudah.