22 February 2010

MAKAN DI PORT DICKSON

Perut akak susah kenyang..so bolehlah akak buat posting pasal makan-makan nih.. Kalau korang pergi Port Dickson korang makan kat ner yek?especially dinner time lah.. tak kan korang nak makan seafood, thai food jer.. kalau boleh nak juga makan masakan negeri sembilan kan..

Nasib baik masa akak ronda2 kat area teluk kemang nih akak nampak satu restaurant kat tepi jalan.. punyalah besar signboard dia.. Bangunan MESRA kot.. kat deret bangunan tu ada Hotel Mesra.. Rate dia murah laa.. akak rasa baru lagi kot.. pastu ada pasaraya MESRA.. pastu ada Laman MESRA (Restaurant) pastu kalau korang feeling2 sakit masa vacation ada Klinik MESRA..

Giler complete..heheheh mesti family business kan...

Laman mesra nih open to public.. maksudnya bukan untuk hotel punya guest jer.. makanan nak order by menu pun boleh..or nak makan ala buffet pun boleh.. main cedok jer kat buffet table.. makanan orang negeri sembilan lah.. dah pergi negeri sembilan tak kan nak cari makanan Thailand kot..

Ni akak display business card hotel mesra kalau in case korang nak tempah hotel kan.. harga dia memang murah dan ada sarapan pagi sekali.. tak yah duduk hotel mahal2 kalau nak mandi laut jer.. hotel mahal pun tak semestinya best.. tempat makan pun dekat. turun bawah hotel jer..pasrking pun ok..

Opss nak citer pasal hotel ker pasal makan yek..akak nih selalu melalut.. owh nih dia menu pada hari akak makan tu.. sabtu malam ahad... menarik tak? rasa dia sedap..dan yang penting aaaaaaaaaamat murah.. serius murah.. akak makan berdua ngan Addy termasuk Alli dengan air lagi sampai santak perut akak nih baru RM12.00 jer...memang berbaloi..

Ni lah rupa restaurant kat hujung deret shoplot.. bersih jer.. makan pun selesa.. amacam korang try lah.. akak nih tak dapat komisyen pun.. tapi kalau akak rasa worth it to try akak akan publish kat blog akak nih.. sebagai reference akak next time.. selamat bercuti..dan menjamu selera

6 comments:

edan rashid said...

takmo... kerusi dia tak mesra alam untuk orang sebesar aku nih....

Mama Qiestina said...

whoa harus terjah ni..

ekhram tak penah ajak ai pong! padahal kg dia je ni...de

Shelashah said...

Just wanna share here kalau sapa2 pergi PD lagi n cari seafood.

I pegi last week, whole family teringin makan seafood, lepas 1 hr cari, takdak jugak. Pastu jumpa 2 restoran seafood (on same block) restoran muhibbah, satu lagi pantai ria. dua2 tulis muslim seafood. our family masuk to the muhibbah. tapi rasa pelik. muslim food, tapi bila masuk mcm restoran cina - penulisan menu, hiasan merah2 n patung, etc. my sister pulak dah risau2, ada banyak carlsberg la dlm peti sejuk dia. pelik, so tanya kat the lady yg dtg layan. she looks like the owner. "kenapa you claim this restaurant as muslim food?" dia punya reply sebab restoran tu dah lama and dah ramai org melayu dtg makan. org besar2 dari seremban pun ramai yg datang. ish, kalau ya pun mcm tu, they cannot claim the restaurant tu as muslim food la. tapi, dia apa kisah kan. kita yg kena decide n berhati2. so, our family pun decide to keluar n eat elsewhere. restoran pantai ria kat sebelah tu pun tulis muslim food, tapi ada iklan carlsberg besar2 gak kat situ. macam sama konsep dgn muhibbah tu je. so, we all mmg tak masuk terus. so, berhati2lah. just sharing here for my muslim friends.

Yus said...

Thanks Shelashah for the info..tu lah pasal .. kalau kita kat mana2 pun kene perhati sekeliling..even kedai mamak ngaku muslim pun berlambak padahal india.. mengucap pun tak pandai..

Tapi restoran mesra nih Inysa-Allah melayu muslim..semua pekerja melayu dan masakan kampung negeri sembilan.. seafood nih jarang melayu muslim yang operate kan..

e36cabrio said...

Baru pegi tadi... Sri Mesra Ikan Bakar..ujung sebelah kanan blok tu....Service: -3/10, makan: 1/10, hege: cekik darah...kira sekali jer la pegi situ....

Yus said...

restorant yang sama yek? dah ada jual ikan bakar? ingat masakan kampung or tempatan jer masa hari tu.. Hrmm kalau dah cekik darah baik tak yah pergi dah kan...