24 May 2010

PERHENTIAN PART 3-PERHENTIAN KECIL

Kisah kali ini adalah kisah tragis adventure ke Pulau Perhentian Kecil.. untuk maklumat semua yer kawan2.. pulau perhentian nih terdiri dari banyak pulau yang kecik2 dan ada yang tak berpenghuni tapi yang glamer nyer pulau Perhentian BESAR dan Pulau Perhentian KECIL.. take note yer semua bagi yang berjiwa riang ria dan suka berdisco dan bergembira sampai pukul 6 pagi boleh lah menginap kat Pulau Perhentian Kecil dan kepada mereka yang ala2 nak relex dan dengar lite2 muzik dari pemuzik jalanan boleh stay kat Pulau Perhentian Besar macam we all.. tapi kalau nak kedua2 boleh lah stay kat pulau perhentian Besar dan berhibur boleh naik sampai kecik tu pegi ke Pulau Perhentian Kecil..

Papan tanda ini telah meninjukkan perkara yang sebenar.. tapi kalau nak naik bot malam 2 macam we all bersedialah dengan segala pengembaraan yangg mendebarkan.. ada kawan dan boleh mengucap sepanjang perjalanan tau..hehehe sib baik tak terkencing.. tapi tatau lah sebab semua seluar basah lenjun kena air laut yang bergelora tanpa ada secebis life jacket yek...
Mode di waktu petang memang bergambar jer.. banyak giler gambar kalau model.. lelaki pompuan sama jer...
Misbah dan Crox (hidayatullah) memang pasangan yang sesuai... ada sesuatu kah..tapi they all nih memang happening.. next trip definitely we will invite them to joint us..dengan tallent main gitar yang dah macam juke box dah tu... memang best gilerrr..tapi penyanyi ramai cuma pemuzik jer sorang jer.. kaki joget pun ramai..heheheheh

So lepas makan malam yg sungguh lazat..serius tau memang sedap giler..Shah dah servey harga satu sampan nak ke Pulau Kecil..apa lagi nak berhiburlah.. maka pucat lesi lah muka kawan akak yang sorang nih..dia memang kaki enjoy tapi at the same time phobia dia naik boat pun memang gile-gile so lepas kena pujuk bagai dia pun setuju so we all pegi berbekalkan empat bijik sampan..yer sampan yang ada enjin..leh muat dalam 4-5 orang sebuat tu tanpa sehelai life jacket tau..air laut malam tu memang giler2 gelombang dia..sebab memang macam nak hujan... apa lagi sepanjang perjalanan tu habis satu muqadam kot kawan akak berzikir...sian dia yek..hehehe

Setelah sampai kat pulau perhentian kecil tu kawan akak nih rasa macam nak cium tanah kot...lepas tu dia declare tak akan balik ke Pulau Perhentian Besar tu selagi tak ada life jacket..akak pesan kat sampan men tu bawak sekali life jacket jika nak amik we all nih..sebab ada budak dah tak mo balik dah..
We all chill dengar lagu minum air coke sampai kembung..hisap shisha.. dengar lagu raggae yerk..heheheh...until dua belas malam akak call sampan men tu suruh amik group we all nak balik ke Pulau Besar.. Kawan akak sorang nih dah tak mo balik sebab dia dah survey esok pagi first boat dari Pulau Kecil ke Pulau Besar pukul 7.30 pagi..kira ada life jacket dan boat besar sikit la..adehhh..bincang punya bincang so adalah yang sanggup teman dia kat pulau nih...sampan men sampai we all tgk dah ada life jacket..still tak mo naik jugak.. tak kisah kalau dia tinggal sorang2 kat pulau tu..adehhhhh...rasa nak ikat dia masuk dalam guni bawak balik ke Pulau Besar...akhirnya kata putus ada yang sudi teman dia kat pulau tu..so 5 orang tinggal lah kat Pulau tu..so 3 sampan balik dengan tenang sebab laut dah tak bergelora dan sekejap jer dah sampai ke Pulau Besar....heheheh apa lah nasib dorang kat Pulau Kecil yek..nak tidor kat mana lah yek... yang pasti malam nih we all tidor kat atas katil dan berhawa dingin..kekekekekekRupa2 nyer macam nih lah nasib dorang kat Pulau Kecil tu..dah lah tengah2 sedap tidor hujan turun mencurah2 hahahahahah...tapi mengikut kata dema..lepas we all balik party start sampai pukul 6 pagi..hahahah tapi tgk lah nasib dorang nih kan...
Tak ada lah besar mana sangat boat awal pagi tu...cuma beza ada atap sikit dan lebar sikit jer dari sampan we all malam tu..tapi laut sangat tinggi omabak dia pagi tu...lebih baik balik malam tadi kan...
Tgk ombak kat tepi pun dah tahu..apa lagi kat tengah nun...hahah..anyway selamat jugak dorang balik kan...walaupun tidur berbumbungkan bintang..beralaskan pasir..dan berselimutkan hujan dan embun..hahahahahahhah

No comments: