20 July 2010

NEW BORN - CONGRATULATION

Pertengahan tahun nih ramai lak kawan dan family akak menyambut orang baru (bukan bini baru yek) dalam hidup mereka...akak tumpang happy..dah tengok ramai dapat baby nih teringin nak ada baby gal pulak.. tapi belum ada rejeki.. tak perlah kira bersyukur gak dari seorang kawan akak nih yang tak jumpa lagi puteri kayangan dia kan...banyak sangat pilihan kot...


Mohammad Adran Danial

Mula-mula akak nak ucap tahniah kepada Norwanie yang selamat menyambut kelahiran baby boy pada 22 Jun 2010 di pantai medical centre bangsar..nama pun sedap Muhammad Adran Danial..Akak tak sempat nak melawat lagi sebab Wanie balik berpantang kat Ipoh.. hopefully masa Wanie balik KL boleh lah akak gi jengah Baby Adran..Sweet nyer muka baby..

Adam Haiqal

Tahniah jugak kepada cousin akak Julie dan Zarul yang baru menerima cahaya mata kedua Adam Haiqal pada 9 July 2010 di hospital Selayang..Akak tak sempat datang melawat lagi sebab lepas bersalin terus balik Mentakab yek.. nanti ada masa akak melawat yek.. baby boy jugak..

Mohammad Irfan Rafael

Dan yang terbaru Tahniah kepada Adik Lelaki akak Rezal dan Iffah kerana berjaya menyumbangkan baby lelaki JUGA pada 11 July 2010 di Subang Jaya Medical Centre.. Nama baby nih Muhammad Irfan Rafael.. amboi nama semua tak mo kalah...dah tiga2 lelaki kena cuba bagi kakak ko nih anak saudara pompuan yek...teringin nak beli baju dress pulak...

So sekarang nih memang hidup akak di kelilingi oleh Boys sajer lah yek..since Alli adalah Upin dan Payis adalah Ipin dan terbaru nih akak kena panggil Ipan lah yek...Akak dapat bayangkan memang Mak akak dan Adik akak pening kepala kalau segerombolan 4 cucu lelaki balik ke Sri Kundang.. seminggu nak amik masa kemas rumah balik.. Ashraf jadi ketua..hahahahaha

6 comments:

Liza said...

i love the smell of babies, tringin nak tambah anak ler pulak

yantysamsul said...

rumah sri kundang ditutup until further notice.. sekian..

Yus said...

Liza: Why not..segeraaa... nanti kalau dorang dah besar masa balik raya seronok jer..motip tetiba teringat raya..hahahaah

Yus said...

adik ku yanty: alaaaa..bolehlah.. dorang datang sehari jer pastu sila berkemas seminggu yek..

edan rashid said...

errr dan kenapa ada tagged aku kat situ... kuang asam sungguh...

Yus said...

edan; sajer aku nak ingatkan orang yang ko tu single lagi,,mana tau ada yang ingat ko dah ada anak..tu yang orang takut nak ngorat..