06 July 2010

PERNAH KAH ANDA TERFIKIR?

Macam mana akak nak mula yek.. macam nih lah akak citer.. satu hari masa akak lalu kat MRR2 jalan dah mula sesak...selalu kalau sesak macam nih kalau tiba hari hujan or ada accident jer.. so sebagai pemandu yang berhemah akak follow lah jalan tu.. tapi akak memang marah lah kalau ada orang suka potong que... Potong que nih satu citer..melambangkan orang yang suka ambil hak orang lain.. selalu nak jalan pintas walaupun menyalahi hukum.. tak kira lah hukum tuhan atau hukum alam.. dalam kerja banyak jumpa orang macam nih... tak susah nak cari.. toleh kanan dan toleh kiri dah jumpa... merampas hak orang lain tu pun satu cerita...sudah2 lah jadi perampas.. perangai ko keji tau.. eh apa lak akak melalut nih..

Okey balik semula pada jalan yang jem tu..rupa-rupanya ada sebijik kete BMW rosak kat depan tu..baru lagi kete tu.. best nyer kalau dapat pakai kete BMW yek.. overheating kot...akak tgk terkial2 orang tu nak tolak kete tu ..sian pun ada..tapi akak kan pompuan..berapa sangatlah kederat akak nih.. akak toleh kat depan akak driver lelaki.. kenapa dorang takmo berhenti tolong orang tu.. rela bagi signal ke kanan nak potong kereta tu...tu yang jalan makin sesak...ada juga yang siap jeling kat driver kete rosak tu..konon menyusahkan dorang rosak tengah2 jalan.. benda nih kita tak leh ramal.. kadang2 kereta kita dah servis baik pun kalau dia nak rosak tu rosak jugak.. dah qada' dan qadar.. siapa dia nak pertikaikan kuasa tuhan...

tapi dalam terkial2 driver tu menolak..berhentilah hamba Allah nih menolong.. hamba Allah nih cuma pakai motor jer..padahal kereta tu tak mengahalang laluan motosikal pun.. lepas tu baru nampak beberapa bijik moto berhenti nak tolong tolak...tu lah dalam kehidupan kita tak tahu siapa yang akan membantu kita...kadang2 bantuan tu datang dari orang hina miskin dina... janganlah anda terlalu bongkak dengan status anda.. kekuasaan anda.. berlajarlah tunduk melihat bumi.. sebesar mana diri anda, anda tidak mungkin sentiasa betul...manusia biasa seperti kita semua memang tak lepas dari melakukan kesalahan.. anda tuhankah selalu betul.. menghina orang lain.. anda firaun kah selalu nak biar orang sentiasa tunduk menyembah anda..the driver must be done something good .. so Allah bukakan hati orang untuk menolong dia...

Kalau berkawan mestilah ikhlas tanpa mengira kaya, miskin, berpangkat, berkuasa,muda atau tua..terima lah mereka seadaanya dan jangan mengharapkan balasan untuk pertolongan yang dihulurkan..langit tidak selalu cerah..dan roda itu sentiasa berpusing

Tidak ada istilah customer alwayz right....kalau dah salah tu salah la yek. ..tapi kalau menegur biar berhemah..jangan sampai menjatuhkan air muka orang lain...sekadar renungan buat diri ini..hormatilah orang yang berada di sekeliling kita

No comments: