15 July 2010

TT GATHERING X-BAINUN AT KELANA JAYA

Lama akak tak jumpa kawan2 sekolah Menengah akak nih... kalau jumpa pun asyik muka2 yang sama.. so masa Farhan kata nak buat gathering akak memang sangat teruja.. walaupun ada macam2 ebvent hari nih semua akak tolak tepi sebab nak jumpa kawan2 lama kan...hopefully ramailah turn up...

Akak bertolak dari ampang dengan Arnie.. best jugak kalau ada kawan..kalau sesat tu boleh sesat sama2..berpandukan GPS dan hujan yang amat lebat sampai juga akak di Restoran Al Fariz Maju Kelana Jaya...Suspend gak sebab dah kul 7.30 masih tak ada tanda2 orang lain nak sampai..
Tapi dah nak hampir pukul 8 ada juga kawan2 yang hadir....so we all moved dari Main Restaurant yang besar tu ke area kedai gunting rambut kat sebelah mamak tu.. mula2 request 4 meja jer tapi yehaaaaaaaa ramai lak yang hadir..meriah sungguh.. erk ada sampai yang dah tak cam member sendiri.. mamak tu pun nak di peluk cium..hahahahahaha
the girls yang hadir malam itu.. Akak , Aidee,Nora,Latifah, Hezlina, Zaireen, Normah, Rosmawati. Norli, Arnie, Ismi, Massitah, Martini, Rashidah, Yusnariah, Romy, Aznita dan Emilia (Mira)
The boys yang hadir Ambia, Rahim, Jijoi, farhan, faisal (pesot), Kamarol, Nalle, dan Zool..

Walaupun kehadiran kaum lelaki tidak ramai seperti yang di sangkakan.. tapi kaka rasa ini satu permulaan yang baik kerana ramai jugak muka2 baru yang muncul..selalu tengok farhan pun bosan gak...
Farhan yang gigih jadi photographer... sampai dua kamera dia..satu lagi hak orang lain.. tapi memang terbaeek..sebab banyak moment girls yang happening dapat di capture..yang single lagi ..lagi banyak gambar depa...cissss...
Dari empat meja dah jadi macam meja persidangan kat parlimen.. dah bentuk "U" dah...kalau nak sembang susah tau..nak kena round setiap kelompok.. dah lah baru lepas hujan dan masih rintik2 lagi nih...
Yusnariah sangat happy sebab dapat jumpa kawan lama dia..group budak nakal dia masa sekolah dulu..Masitah..tapi sekarang semua dah baik.. akak dulu pernah jugak gaduh ngan Group yusnariah nih.. yer kan..heheheh biasalah budak sekolah..heheheh
Akak biasalah ..tak duduk diam.. tak sedar diri mata tak cukup tidor.. ingat nak sekejap jer.. tapiiiiiii.. mana leh lepas peluang jumpa member2 lama.. lepas nih bila lah pulak kan...
Aznita dan Norli sentiasa jadi usikan lensa kamera budak lelaki nih.. maklumlah masih bujang.. tapi not available tau.. dah ada partner masing2... kan..kan..kan...
Bayangkan betapa kecohnya masing2.. tapi million thanks kepada spouse masing2 yang sudi menjaga anak2 demi pasangan mereka dapat berhimpun tanpa terikat ngan jadual hari2 dengan anak2 kan.. yang ada bf tu terima kasih jugak kerana jadual dating hari nih korang cancel kan..
Ada yang dah 18 yahun tak jumpa...memang sayu lah.. tapi tak sempat nak bercerita panjang sebab masa yang terhad.. dan banyak perkara yang hendak di bualkan..
Ni group akak masa sekolah dulu.. still tak cukup.. Cikgu Farah Eileen tak muncul.. tak per..sebab dia sekarang dah duduk kat Padang Rengas. jauh tu..next time Kim kena bawak Eileen turun jumpa we all tau...
Muka mereka masih sama cuma tambah kedut jer..opsss.larikkkkkkkkk

All of Us... we should do this more kan friends... lain kali kita bawak spouse masing2 dan anak sekali..pilih tempat yang kanak2 boleh bergembira dengan activiti mereka kan...

Terima kasih jugak kepada Ambia dan Rahim yang menaja makanan kami malam nih.. tapi akak tak selera nak makan..akak cuma amik air sahaja.. dah dua kali ambia nih bayar food we all.. lain kali kita tong2 lah yek...

Aktiviti akak tak habis di sini sahaja.. ada lagi..nanti esok akak citer yek...sabar lah...

2 comments:

Liza said...

you make me miss my kampung, kelana jaya!!! rindu!!!

Yus said...

hahahahaha..Liza..kampung u kat kelana jaya jer ke? amik kunci start enjin sampai sudah....heheheheh