31 August 2010

JALAN TAR

Dah pergi Jalan TAR? akak gigih pergi jalan TAR lepas Iftar ngan Family.. dah lama tak pergi Jalan TAR.. nak tengok gak suasana kat sana.. nak pergi siang-siang hari ampun lah..akak tak mampu nak berpanas dan bersesak ngan orang yang teramat ramai.. dah lah parking terhad..

Memang seperti yang di jangka.. ramai sungguh umat manusia.. walaupun jam dah pukul 11 malam.. nak tengok gerai2 pun tak dapat lama2 sebab orang dah bersesak2.. nak jalan pun terpaksa menyelit2.. Macam2 ada dorang jual.. kedai jual barangan perhiasan rumah pun banyak...tapi akak tak minat nak letak bunga2 kat rumah nih..

Harga baju bajan kat sini ada yang mahal dan ada yang murah..yang jual kuih raya pun banyak.. akak tak beli kuih raya sebab tahun nih akak gigih nak buat ngan adik akak..kalau tawar menawar pun tak banyak pun kurang nyer..


Alas meja, langsir, sarung kusyen pun berlambak. Beli siap pun senang kan.. tak yah nak pikir cari tukang jahit.. akak tanya harga jer pastu akak tak beli pun.kalau nak beli akak nak tunggu hari2 terakhir.. maklumlah akak tahun nih beraya kat KL.. raya kedua akka balik Pahang dan Raya ketiga akak akan balik ke Taiping.. maybe lama kat Perak kot..

Akak nak cari baju kebatat akak jer.. banyak pilihan.. tapi ada yang letak sampai RM160-180..giler mahal.. itu baju sahaja..

Akak minat yang ini sebab kaler dia meriah.. Harga kat kedai nih paling murah akak rasa RM100 baju sahaja.. tapi saiz untuk yang ini tak ada untuk akak.. Kalau tidak mau akak dah sambar...

Seperti biasa macam2 gelagat peniaga kat sini.. ada guys nih siap pakai tudung lagi nak promosi tudung yang dia jual yang paling tak boleh blah dia namakan tudung ini Luna Maya Insaf.. Insaf sekejap akak tengok.. heheheh.. ada gak yang terus pakai jubah sebab gerai dia jual jubah..Macam tahun2 lepas akak tengok ramai peniaga especially lelaki lah gigih pakai barangan yang dorang jual.. kelakar pun ada..siap jerit2 panggil customer nak suruh beli..

3 comments:

Liza said...

tringin gak nak gi jln tar tapi ingat dia punyer sesak, tak jadik ler pulak

Mama Qiestina said...

hahahhahaa ayu gile mamat bertudung tuu..adoiii aku tatahan nak gelak nii....

adoiii adoiiiii

Yus said...

Liza; setahun sekali jer Liza..segera melawat..

Yat: kalau tgk yang pakai jubah pompuan lagi ayu.. tak sempat nak amik gambar ramai orang ...