17 August 2010

PUSAT TAHFIZ AMAL

Ada sesiapa yang pernah dengar or confirmkan pasal Pusat Tahfiz Amal nih tak..? Especially yang duduk kat area utara.. Akak publish resit nih bukan lah akak nak menunjuk kalau kita menderma.. tapi ada beberapa kemuskilan lah ... nih masa akak stop kat RnR tapah akak di approach oleh seorang kanak2 yang usia dia dalam lingkungan 14-15 tahun.. mereka kata menjual barang bagi pusat tahfiz mereka.. itu bagus tapi seolah-olah kita di paksa membeli barangan mereka yang berupa kalender tahunan dengan harga RM10.. akak tak kisah lah berapa harga barangan tersebut tapi menggunakan kanak2 untuk mencari dana sekolah mereka?

Adakah wajar mereka yang sepatutnyasedang belajar atau melakukan perkara biasa yang di lakukan oleh kanak2 dibebankan dengan tugas orang dewasa mencari rezeki bagi sekolah meraka.. kalau nak ikut jarak perjalanan dari Kedah ke RnR tapah memang jauh.. biasanya kanak2 ini akan berada di sesuatu tempat itu dalam tempoh masa yang lama.. bila masa kanak2 tersebut nak menhafal Al Quran menjadi tahfiz yang cemerlang..

Mungkin Ustaz mereka menggalakan mereka menjadi usahawan tetapi sesuaikah dengan usia mereka di biarkan berkeliaran mencari rezeki dan kebanyakan meraka adalah anak yatim atau orang susah kalau tak salah akak lah... wajarkah kita melakukan perkara tersebut kepada mereka... bagaimana dengan kebajikan mereka? terjamin kah pelajaran mereka?

resit tersebut hanya mempunyai tandatangan tanpa nama..

Pernah satu hari akak terserempak dengan mereka di pam station area sungai buloh pada pukul 11 malam.. akak bertanya jugak kenapa lewat malam masih berada di situ dengan menjual barangan Pusat Tahfiz tersebut.. budak kecil tu dalam lingkungan sekolah rendah berkata tunggu ustaz amik mereka.. Akak tanya lagi tak perlu sekolah ke esok hari memandangkan bukan hujung minggu..? mereka kata sekolah.. jadi malam tersebut mereka akan bermalam di dalam van lah kot menuju ke Utara,,alangkah kasihan kisah hidup mereka.. siapa yang perlu dipersalahkan dalam hal begini? kenapa mereka menjadi mangsa..di mana penjaga mereka yang sepatutnya menemani mereka ketika waktu malam tersebut..? tidak harus mereka di biarkan merayau sebegitu.. bagaimana makan dan minum mereka..jika berlaku perkara yang tidak diingini bagaimana?

Kejam sungguh dan panas betul hati akak.. akak cuma hulur duit dan kata kat mereka buat beli air dan makanan..jangan bagi ustadz..mereka tidak layak di gelar penjaga kanak2 tersebut..

Adakah Jakim memantau perkara ini ..adakah akta yang melarang kanak2 bekerja di usia yang masih mentah? Kadang2 mereka menggunakan agama untuk agenda peribadi mereka.. akak serba salah..kalau akak terus menyokong memberi "derma" kepada mereka siapa yang memperolehi keuntungan.. adakah Pusat tahfiz itu di audit dan segala perbelajaan mereka di salurkan kepada yang berhak.. sejauh mana kesanggupan mereka mengutip derma..maybe ada sampai ke Johor..dan yang paling akak musykil..di mana Ustaz mereka..berehat di hotel kah?



2 comments:

Ajonz said...

Kalo nak sedekah.. sedekah kat bebudak tuh.. produk ka apa ka toksah beli dah laa produk rega RM10. Baik bagi kat bebudak tuh at lease depa bulih guna untuk beli buku ka makan kan apa ka.. depa nih bakal pemimpin masa depan. Takbirrr!!

Yus said...

aku pun sependapat dengan YB Ajonz... aku memang tak amik pun barang depa..kalau boleh ajak makan aku ajak.. tapi bulan posa..aku bagi duit jer suh beli juadah berbuka..sian sangat budak kecik dorang buat macam tu..