08 September 2010

BISKUT BEBOLA BADAM

Gigih kan akak tahun nih..cukuplah tiga jenis biskut raya akak buat nih.. susah nak handle Alli dengan bakat "menolong" dia..nak keluar anak tekak akak bulan2 puasa nih menjerit suruh dia stay away from mixer...

Bikust nih pun simple dan sedap tau.. sebab dia cekelat..heheheheh

Bahan-bahan dia

50gm tepung gandum
55gm tepung jagung
70gm mentega
25gm gula aising
20gm badam cincang (akak tukar kepada kacang hazel)
1 sudu teh esen vanila

Bahan hiasan lak:
Coklat masakan hitam (dicairkan)
Serbuk roti secukupnya (bread crumb)

Pelakun utama dah bersiap sedia mengambil tempat masing2.. ini hasil usahasama akak dan adik perempuan akak.. tapi kan dia banyak rilek.. bahan2 banyak guna jenama Tesco murah sajer.. tapi kualiti dia tetap sama jugak...

Mission dia nak jadikan dalam gambar nih...tak tahu jadi ke idak kan.. cara membancuh

1) pukul mentega, gula aising dan esen vanila hingga kembang
2) masukkan tepung gandum, tepung jagung dan hazel/badam cincang, gaul rata
3) bila dah sebali bulat-bulatkan sebesar guli sajer..

Bakar adunan pada suhu 180 C selama 30 minit.. tapi akak bakar 15 minit jer sebab buat kecik2 dan cepat benar tukar warna perang.. kalau lama2 kang hangus lak...

Setelah masak sejukkan dan celup dalam cokelat cair dan lumurkan dalam bread crumb ..dah selesai

Tapi we all improvised letak dalam paper cup dan tuang cokelat kemudian tabur dengan bread crumb.. jadi jugak.. tabi banyak lah guna coklat tu nanti.. tak per akak beli sebuku besar jenama Tesco...

Sebab paper cup tak cukup akak buat method sama macam dalam buku.. amacam sama tak.. walupun dia agah huduh.. tapi sedapppppp...

No comments: