04 September 2010

PUDING ROTI CIK UYA

Akak dapat resipi dari Cik Uya junior akak masa kat sekolah menengah dulu.. tetiba nampak dalam blog dia buat puding roti nih.. terliur plak... akak nama kan resepi dia Puding Roti CikUya seba dia kongsi resepi dia... kalau Uncle Maniam yang bagi sah2 akak nama kan dia Puding Roti Uncle Maniam.. heheheheh

Sebelum berbuka tu akak ada masa sikit nak buat Puding roti nih sebab cara dia simple jer..dan bahan-bahan dia pun berada di sekeliling rumah kononyer..

Bahan-bahan dia
Roti Gardenia (dalam 5 keping roti)
Butter
Telur 3 biji (tapi akak kurangkan jadi 2 bijik jer)
25g gula
450ml susu segar dutch Lady full cream

Bahan tambahan
Kismis, Chocolate chip, buah cherry

Cara2 nyer


sapukan roti tersebut dengan butter dan potong kemudian susun di dalam loyang rapat2 yek

Kemudian putar Telur yang telah di basuh yek..bagi menjamin kesuciannyer... dengan gula sampai dia kembang.. Panaskan susu segar tadi tapi jangan sampai mengeleggak cukup bagi dia panas jer.. (akak tambah sedikit esen vanila supaya wangi dan kemudian putar dengan telur dan gula yang telah kembang tadi sampai dia gebu.. macam dalam gambar di atas.. tuangkan di dalam loyang yang telah di susun roti tadi

Kemudian taburkan kismis/ chocolate chip / buah cherry di atas adunanan di atas roti tadi.. minta bantuan anak2 yek..sebab mereka suka sangat membantu dan dapat credit konon mereka yang buat.. pastu mereka akan cakap sedap dengan semua orang sebab dorang yang buat... hehehe

Begini lah rupanyer..

Kemudian bakar selama 20-30 minit pada suku 170degree bergantung kepada oven dan bancuhan anda.. sampai dia ada warna keperang-perangan..

Setelah siap hidangkan dan boleh di makan dengan susu cair.. akak suka makan semasa dia panas.. ada orang suka masukkan dalam freezer makan masa sejuk.. ikut selera masing2...

Marilah kita sama2 membesarkan badan sempena Ramadhan ini..

Note: rasanya memang sedap dan berlemak.. tidak terlalu manis dan just nice sebagai desert..cubalah yek.. resepi Puding Cik Uya nih

No comments: