05 October 2010

SATAY STATION KG PANDAN

Posting kali nih memang akak nak melahar betul lah.. kalau korang baca pengalaman akak nih .. nak ke korang datang sini lagi...

Tujuan akak murni tauu.. nak tolong pengusaha melayu..akak boleh jer nak buat makan-makan kat tempat lain yang memang dah glamer(di baca Satay Haji Samuri).. tapi since ramai tak tahu tentang satay station nih..maklumlah ada yang datang dari Perak, Petaling Jaya dan Puchong, Bangsar dan banyak lagi lah..akak promosi secara percuma kepada Satay Station tu...


Gigih akak buat map tuk dorang sampai ke sini.. walaupun ramai jugak yang sesat bangat sebab tempat dia agak terilindung dengan pokok-pokok...

Di sebab kan kawan2 akak nak beraya kat rumah akak, akak rasa rumah akak tak sesuai untuk menghimpun lebih dari 30 orang pada suatu masa maka akak decide nak buat makan2 kat satu kedai bagi meraikan mereka.. masa yang di pilih pada hari Sabtu lepas maghrib...

Akak ngan Addy berusaha pergi ke kedai tersebut pada hari Jumaat semata2 untuk booking tempat dan tempahan makanan..akak suka prepare awal sebab nanti bila time event macam2 masalah.. sampai jer kat sana akak di beritahu bahawa untuk hari Jumaat, Sabtu dan Ahad tidak boleh buat tempahan meja.. akak mentioned yang akak ada seramai 30 orang yang akan hadir..kalau tak ada tempat macam mana kami nak duduk setempat dan akak juga nak order makanan dan bayar sekali.. itupun mereka tak benarkan.. siap nak keluar duit upfront pun tak mahu...dorang nih nak meniaga kah?

akak dah cuak..akak kata macam mana korang nak arrange makanan dan tempat duduk kalau kami datang nanti.. dia bagi suggestion suruh akak datang awal pada hari event tu dan tempah masa tu nanti dorang siapkan meja...lega lah juga dengar.. tapi still rasa macam tak sedap hati...

Pada hari event tu.. akak wakilkan Addy datang sebelum maghrib sebab event tu pukul 8 malam.. masih ada ample time nak prepare food kan..sebab dorang juga cakap tak boleh tempah food semalam.. tetiba Addy call akak dia kata tak boleh tempah tempat..walaupun Addy dah ada kat sana.. eh akak dah mula rasa macam tak best...(kedai nih beroperasi dari kul 4 petang sampai 12 malam) tak kan dah habis satay tu dalam masa 3 jam... .pastu the worse part dia kata boleh order 10 cucuk sate..akak ulang 10 CUCUK SATAY BAGI SATU FAMILY... apa kes???..akak segera ke sana..nampak sangat dorang memang tak prepare nak bukak sate station pada hari tersebut... mentioned lah awal2 semalam.. tak ada lah akak beria nak datang sini... puas akak bertekak ngan pekerja tu kata semalam nak booking dan bayar tak bagi sekarang apa kes bekalan satay tak cukup...cuma ada Mee rebus jer.. budak2 nak makan apa..Mee Rebus dia dah lah pedas.. akak dah lah cakap ngan kawan2 akak sila datang dengan PERUT KOSONG.. adehhhhhh

sampai jer kat meja Addy akak suruh Kim dan Eileen booking satu meja.. Akak satu meja dan addy satu meja.. dah dorang tak bagi booked tempat kan.. Alih2 masa akak nak order kat meja Kim.. dia kata satu group boleh 10 cucuk sajer.. tadi cakap lain..tadi kata satu family 10 cucuk sekarang SATU GROUP 10 CUCUK.. akak marah lah.. tapi akak still cakap baik2..

Masa ketibaan kawan2 akak sorang2 rasa tak puas hati.. yer lah..dah janji nak makan.. tapi group orang lain yang datang selepas we all kat meja lain dapat jer order sate 20 cucuk... kalau betul nak meniaga..patut buat FIRST COME FIRST SERVE.. kami duduk sana dekat 2 jam setengah hanya boleh makan 25 cuck sate kongsi 35 orang kawan2 akak.. mee rebus jer buat alas perut kami..dah lah portion dia sikit..harap mangkuk jer besar...

Satu lagi pelayan dia amatlah KURANG AJAR... yang perempuan kulit gelap tu .. dah ada mee rebus jer la boleh order dan kami tidak order serentak sebab kawan2 tiba lain2 masa.. so masa kami kerap order dia kerap kali mengabaikan kami..sampai semua kawan2 akak perasan perkara itu..dan setiap kali hantar makanan dia akan hempas mangkuk mee rebus tu atas meja.. sorang kawan akak tegur sebab tak tahan tengok kelakuan dia.. dia kata "jangan marah dan hempas2 makanan dik.. tu rezeki.. makanan orang..." lepas tu satu order mengambil masa 20 minit tuk sampai kepada kami.. dah lah kena remind berkali2 tanya order kami...

Ada juga kes yang akak suruh kawan akak duduk kat meja lain dan buat2 tak kenal kami dan order sate.. nanti akak bayarlah.. memang kawan akak buat.. tapi selepas order 20 cucuk dia naik ke dalam rumah tempat kami berkumpul..terus pelayan tu kata tak boleh lah dapat dua puluh cucuk sebab satu group.. akhirnya dia cuma dapat 10 cucuk untuk 7 ahli family dia...nampak tak adilkan..yang datang kendian pun boleh order.. kami yang ramai2 nih memang tak boleh order..

Akak rasa amat malu dengan kawan2 akak..walaupun mereka kata tak ada rezeki dan tak kisah janji boleh jumpa tapi hajat akak memang tak kesampaian lah masa tu.. peringatan kepada pengusaha..kalau tak mampu nak handle pekerja or makanan tutup jer Satay Station tu,...tukar nama Mee Rebus Station.. belajar lah dari yang lebih pengalaman.. jangan jadi BODOH SOMBONG

Akak dengan ini tak akan jejak kaki ke situ lagi atau mana2 cawangan Satay Station.. kalau uols nak pergi akak tak halang.. tapi pengalaman tu sungguh perit...dan akak tak sanggup nak tolong melayu macam itu lagi....

9 comments:

Mama Akim said...

kak yus suker skodeng belog kak yus sebab selalu citer pasal mamam jerk!!!! hehe...nak buh dalam blog list leh ker???

Yus said...

boleh..mama akim.. tapi jangan jadi montel udah..hehehehe .. thanks sebab suka baca article yang syok sendiri selalu nih...

tinie said...

yus... x pun soh tkr nama 'kuah kacang station'... sbb byk kuah dr sate...

Yus said...

aku pun setuju..aku nampak kuah kacang jer..sate pun tak berapa nampak...lidi lagilah...makan ngan lidi2 sekali kah? hehehehe

rinottt said...

uishh.. panjang esei.. huhu

Ajonz said...

jom laa gi kali ni aku belanje(10 cucuk segroup laa) hahahahahar... x pon ajak edan & jimah hahah cakap nak makan satay jerk x kire nak satay x kire lagi suke aku laa nak oder beraper aku bayar laa hahahar

Yus said...

rini: panjang esei sebab hati memang membara...

Ajonz: ko tahu kan aku berpatah arang berkerat rotan lagi mau belanja 10 cucuk... ada berani open kat haji samuri?

ika medina said...

next time pi Satay Station kat Solaris or kat Ampang..situ better and parking pun easy..

Yus said...

Yer ke ika? Tapi tak per lah ai dah berpatah arang dan berkerat rotan ngan depa. Sama macam kfc dah keluar bideo yang agak teruk tu terus semua kfc dah tak pergi. Sedih dan maluew taw ngan member sekolah yang ada tu dekat 5 tahun x jumpa.