29 December 2010

ALLI DEMAM

Alli dah demam since hari isnin dah.. tapi teruk lah.. ajak pergi clinik tak mo.. tapi akak ada simpan stock nerofen untuk kanak2.. ubat nih akak rasa perlu ada dalam setiap rumah kalau ada budak2..cepat baiknyer.. InshaAllah..

Tapi akak perasan perubahan dia.. sekarang dia tak mo pakai diapers waktu siang dan pandai cakap nak g toilet.. tapi akak still suspend kalau nak berjalan tu.. kang basah lah seat kereta.. pakaikan jugak diapers tu.. dia nak kencing ker nak berak ker semua dia cakap nak BERAK..kelam kabut kami laki bini.. satu lagi kalau dia nak kencing dan tengok pintu toilet tertutup dia akan kencing kat depan pintu..cisssss.. tapi at least dia pegi bukak seluar sendiri dan ke tandas sendiri.. time basuh jer panggil kita.. Good..

Lagi satu skill baru dia.. dia dah pandai pilih baju sendiri.. kalau kita pakaikan baju yang dia tak berkenan memang merajuk sakan lah dia.. sampai baju spiderman dia tu dah naik lunyai sebab basuh pastu pakai..pastu basuh balik.. tunggu kering dan pakai balik.. Kalau shopping dia nak pilih barang dia sendiri.. contohnya hari tu akak nak belikan dia selipar.. ada satu yang akak rasa sungguh selesa untuk budak dan senang nak pakai.. dia menangis2 tak mo.. nak try kat kaki dia pun tak nak.. kena beli jugak pilihan hati dia.. anak bujang nih.. baru 3 tahun dah pandai pilih2.. nanti menantu biar mama yang pilih okey?...

No comments: