23 January 2011

PASANG TINGKAP ALUMINIUM

Wah lama menyepi.. ingatkan dengan ada kerjaya baru nih banyaklah masa terluang nak update blog.. rupanyer mak ai.. sibukkk memanjang. ada jer kerja yang nak kena buat.. tapi yang penting akak hapy sangat.. rasa macam terawang2 berjalan.. memanjang nak catwalk..kekekeke

Okey kali nih akak nak cite pasal transformasi balcony belakang rumah tempat orang dok jemur kain.. nak tunggu orang pasal grill dan awning lambat sangat..sampai 3 minggu tak siap lagi so akak suruh dorang pasang tingkap dulu..

ni keadaan bahagian belakang umah akak kat Gombak tu.. togel jer.. lagipun banyak burung merpati dok bertenggek kat sini.. dah burung merpati pun reti upgrade rumah lebih besar lagi yek..
Lantai pun Addy dah pasang vinyl floor nih.. bahagian keliling tu nak letak kayu (side skirt) bagi tak nampak comot... nantilah buat kendian..
Dah siap pasang.. nak pasang tingkap nih pun punyalah baaaanyak janji Kap Ya Lam Nga.. berapa kali daa nak buat appointment.. dua minggu jugak baru boleh pasang.. harga bagi tingkap besar nih adalah RM500.. tapi kalau jenis bukak daun pintu tu RM550.. akak amik yang jenis sliding nyer.. jimat ruang sikit..tinted gelap tak hengat.. kalau kat jalan raya mau kena saman ngan JPJ..Akak suruh dia ukur tingkap kat bahagian dapur memasak gak.. nak tukar jugak tu.. tapi next time lah yek..

pemandangan dari bahagian balcony dapur.. ada tak nampak rumah sesiapa kat bahagian bawah tu..? belakang nih ialah kawasan Wira Damai menuju ke Sungai Tua Selayang.. kira jalan belakang lah nih
Ni gambar kat balcony depan.. time nih hujan lebat.. tapi balcony tak basah sebab ada awning.. depan tu Batu Caves kat bahagian belakang.. ada jer nampak orang buat rock climbing kat bukit tu.. saujana mata memandang kan. Rumah teres tu ialah Taman Gombak Permai...tapi ada fasa baru buat semua sold out dah .. cepat dorang sambar yek..

No comments: