12 February 2011

ASTHMA ATTACK..

Dek kerana sibuk sangat nak prepare majlis perkahwinan adik pompuan akak (macam lah akak sibuk sangat kan) heheheh Alli lak batuk.. dia jangkit ngan cousin dia yang batuk tak henti2 tu.. yer lah hujung minggu lepas tidor umah mak.. semua adik beradik berkumpul cat rumah buang apa2 yang patut sebab rumah nak kasi clear.. akak lak banyak tinggalkan Alli ngan maid adik akak jagakan.. maklumlah akak sibuk pergi cari perabot bilik.. sampai 10 showroom akak pergi nak dapat kan harga murah, barang quality, dan cantik tapi bukan cavenzi dan westcourt.. adik akak punya requirement..chaihhhh

Jenuh gak.. yang cantik jer harga sure melambung tinggi.. last sekali akak dapat satu kat area subang.. cavenzi is a big NO for us yek....

dek kerana berkongsi gelas dan cawan dan macam2 lagi lah faktor ais krim pun ye maka batuk lah anak bujang mama nih.. mula2 sikit2 jer pastu makin teruk.. Addy satu jer..pantang anak batuk sikit nak suruh admit ampang puteri lagi..adehhh...Alli memang ada sejarah fit (kalau demam suhu tinggi kena jaga) dan Asthma (kalau batuk teruk pun kena jaga).. memang sah akak tengok anak akak bernafas pun macam susah.. tapi aktif dia sama jer.. tu yang termengah2.. sian lak tengok dada dia masa tidor..memang nafas pendek jer...

Addy lak baru start kerja tak kan nak cuti.. dia tanya procedure claim hospital kat HR office dia.. HR dia suruh bawak terus ke Gleanegles Intan.. akak tak ada rekod alli kat situ..akak nyer rekod kat ampang puteri jer.. tak mo lah akak main terjah kat Gleaneagles tu sebab tak tahu nama doktor yang bagus kat situ...office dia memang tak ada panel ngan ampang puteri.. tapi boleh claim kemudian kalau admit..tapi baguslah HR dia..beria2 suruh Addy balik rumah..sampai kali ketiga dorang suh Addy balik baru lah Addy balik umah (malu-malu nak balik kunun).. terus akak bawak dia g clinic biasa dia tu.. doktor suh amik gas.. akak bawak alli naik stroller .. akak tak larat nak dukung dia dah besar nih.. dapat ubat sampai 6 macam.. tapi nafas dia still naik turun laju lagi.. akak balik umah tgk Addy dah ada kat rumah tengah selongkar tudung saji..heheheh balik awal jugak...

tengok alli dah tukar baju.. since masa ambil gas waktu tengah hari tu tak baik2 lagi..akak risau lak malam2 kang lagi bahaya..aircond memang akak tak pasang kat dalam bilik malam nih.. akak bawak lagi sekali kat clinic yang sama just amik gas jer.. Alli pun dah tak larat nak gerak.. selera makan pun tak ada... amik sekali lagi gas... alhamdulillah... dah tak ada lagi asthma tu.. tapi batuk dia still ada sikit2..sekali sekala dengar gak dia berdehem.. masalahnyer selera makan dia semakin bertambah.. pagi nak nasik.. tengah hari tak sempat masak lagi nak nasi... petang kul 6 nak nasi.. akak ingat tu last lah.. rupanya kul 10 malam dia mintak nasi.. satu hari dia bedal chiken drumstick 4 pcs.. tak larat akak nak masak selalu oiiii...

No comments: