05 February 2011

WINTER DI BEIJING CHINA - PART 7

Day 4- 29 Jan 2011

Dah sampai mana yek citer nak sambung?.. owh kita terus ke day 4 lah.. rasa2 nyer akak citer yang penting2 jer lah kan.. penat woo nak ingat balik moment dan gambar2 yang di ambil ketika bila..kalau ada salah infor sila maafkan lah yek.. tapi akak rasa most of the fact tepat dan jituew.. heheheheh

Selepas 7.30 pagi kami semua bertolak ke restauran biasa tu untuk breakfast.. masa nih lah akak baru beli souvenir dari aunty yang dok jual pagi2 kat tepi bas we all.. dah baca2 kat forum cari.com pasal kalau beli kat aunty kat tepi jalan nih lagi murah dari mall dorang.. dan ternyata tepat.. adik akak rasa menyesal sebab beli kat pasar silk market.. dia beli sikit jer beg kat aunty nih.. ingat tu boleh dapat murah lagi kat mall sebab nak beli banyak dalam 1000pcs..nak mintak tawar bagi par ngan aunty nih punya price pun setengah mati menawar.. kalau kat aunty nih senang2 jer dia bagi harga murah.. sampai satu tahap kat Nan Da You mosque ada sorang aunty yang jual beg nih lagi murah.. extra 5 bijik.. tapi kami tak beli..belagak sebab nak shopping kat silk market petang nanti.. padan muka kami..kekekekekek

Tempat pertama kami tuju pagi nih ialah reflexology Centre dan perubatan cina.. cantik kan pemandangan umah2 kat belakang Addy nih.. nih kat depat Centre tu ada banyak binaan macam nih.. akak rasa nih tempat tinggal pekerja2 dia yang kebanyakan belasan tahun tu.. macam kediaman orang tibet

Sampai sahaja kami di suruh masuk ke bilik2 yang mempunyai kerusi untuk kami berehat dan untuk di massage kaki.. sementara itu dengar jugak briefing dari sorang chinese yang pandai cakap Indonesia.. akak tengok dia pun tak sihat terbatuk2 macam mana nak jual ubat.. kan...

Kemudian datanglah pelajar2 yang usia dalam 17 tahun bawak bekas yang berisi air panas untuk kita rendam kaki... dan selepas kira 10 minit dia akan urut.. (sebenarnya lebih kepada belai2 jer.. tak rasa apa pun) buat pun lebih kurang jer..asal pegang kaki jer.. lepas ada sorang doktor tibet yang tak pandai cakap english dan sorang traslator akan pegang nadi kita dan mulalah cakap macam2 penyakit.. pegang tak sampai 10 saat dah tahu apa penyakit kita.. macam akak nih dia kata hormon unbalance.. maybe sebab akak nih gemuk..kekekek.. dan dia ada suggest ubat yg nak kene beli.. tapi akak politely say no..

Dia lebih beri tumpuan pada yang tua.. sib baik dalam group akak ramai golongan veteran.. so dia tak kaco kami yang muda2 nih..hehehehe ada lah sorang pakcik tu beli ubat sampai RM500.. macam2 penyakit adalah.. tak ada yang tak ada sakit.. pastu dah tak nak beli budak2 tu pun sekejaplah urutnyer ada dalam tak sampai 15 minit.. tak rasa apa pun..dia mintak tips lah pulak. so akak dah prepare 10 yuan bagi jer lah..

dorang masih kat dalam tu tengah dengar penerangan tentang ubat..maklumlah tabib tu kata banyak penyakit...so lama lah sesi bersoal jawab.. akak terus duk kat luar walupun sejuk sangat.. tapi malas nak duduk kat dalam.. kang tetiba kene paksa beli


Duduk berdiskusi pasal penyakit semua orang..kekekekek..semua macam sama jer penyakit.. sakit belakang..sakit kepala... usus... hormon.. darah tinggi..kekekeke

Ni gambar group photo.. ramai lagi tapi tak keluar2 dari pusat urut kaki nih.. pakcik yang hujung belah kanan yang paling banyak berbelanja kat sini...

Kemudian kami pergi ke kedai jelery emas putih yang kononya operated by Malaysia.mula2 ada cina tu briefing pastu dia tanya dari mana.. kami cakap dari malaysia so dia kata bos dia ada kat sini.. dia dari malaysia dia nyer kelentong lagi tak tahan.. cakap dari malaysia lahir kat melaka.. ceh .. tapi cakap melayu tak reti.. nak jer akak tanya melaka tu part mana sure terkebil2 dia nak jawab.. tapi serius memang banyak kelentong.. kononya tadi ada serombongan pelancong jepun datang dalam 500 orang pagi tadi .. dia sangat gembira kerana semua pelancong dari jepun beli jade dan emas putih dari dia.. total sale dia dapat hari nih RM1juta..so dia sangat happy nak bagi kami souvinier buah rantai jade...

Yang akak muskil ialah kami sampai kat kedai dia dalam kul 10.30 pagi.. kedai dia bukak pukul berapa? dan pukul berapa lak pelancong jepun tu blah..sebab masa kami sampai kedai dia macam baru jer bukak...pastu dia kata sebab kami dari malaysia dia jual murah jer sebab satu negeri lagipun dia dah dapat untung banyak..apa lagi menderu2 makcik2 tu pergi ke counter barang kemas tu nak memilih... dan membeli.. akak dan addy dan farhan( sorang lagi ahli rombongan) lepak kat tempat lain... malas nak layannn..

Kemudian dalam kul 12.30 tgh kami makan di restaurant nih namanyer xinjiang muslim restaurant.. kali nih makan bukan kat meja bulat.. tapi meja memanjang.. kurang sedap sikit makanan kat sini.. tapi tak per..dah nak balik malaysia dah.. dalam tak sedap2 tu habis gak.. masing2 dah start bawak keluar Kari ayam yeo's Chef Wan.. sambal sotong dan ikan bilik.. selera tau..
Kat luar nih ada muslim jual kacang2 manis.. sedap.. akak dah baca forum dan dorang kata kacang nih sedap.. so akak beli setengah kilo RM10..dia keras . maybe sebab musin sejuk dia beku.. bawak kat malaysia dia melted tapi okey lagi rasa..sedap.. manis2..ada buah kismis... peach..kacang2...try lah beli bila kat sini yek..orang yang jual nih bukan chinese tapi macam orang uzbekistan.. handsome pun...

lepas makan solat di masjid Nan Dou Ya.. masjid tertua di beijing kalau tak salah.. semua binaan masjid kat sini macam tokong cina.. TG kata sebab masa islam sampai dulu pendakwah tak citer pasal rekaan binaan bangunan bentuk bagaimana.. tapi maharaja arahkan arkitek dia bina mengikut bentuk tokong cina.. kebanyakan masjid lama2 yang dibuat masa zaman dinasti maharaja dulu ada binaan bentuk haiwan seperti singa kat atas bumbungnyer.. sebab haiwan tu menentukan jawatan bagi setiap pegawai yang rapat dengan maharaja di hadiah kan kepada pegaiwai yang maharaja sayang.... sebab itu ada lah bangunan bersejarah maka haiwan2 tersebut tidak di runtuhkan.. tapi kat sini tak ada haiwan2 tersebut kat atas bumbung.. maybe di bina lepas dinasti maharaja kot..
senikhat kat dalam masjid tersebut.. dia ada bahagian asing bagi lelaki dan wanita..
Mesti ada binaan yang berbentuk ciri2 tokong cina.. tapi bentuk macam mana binaan nya pun tak penting..semua adalah rumah Allah.. kita kena hormati.. Solat kat sini kasi lama sikit doa yek sebab lepas nih nak kene berperang kat shopping mall.. nak bagi tunduk sikit penjual2 tu kasi harga murah2.. hehehe dan kasi sabar sikit bagi kaum ibu nih membeli belah.. jangan nanti terpaksa bergolok bergadai..kekekeke

Destinasi pertma Hong Qiow Market..

Kat sini banyak jual barang electronic, pakaian, handbag, kasut dan baju.. personally akak tak suka di sini.. maybe Addy lagi berminat... sebab dia minat dengan barang eletronic.. akak sempat tawarkan kawan akak handbag dua biji.. tapi akak kurang puas hati dengan kualiti dia.. akak mintak good grade tapi dia bagi macam hak grade B jer.. dia kata tu lah grade paling bagus.. nak mintak tawar pun susah nak bagi harga murah.. tapi kawan akak nih (lelaki) kata dah okey harga tu .. dia boleh terima.. kalau ikut dia.. dia nak beli 8 beg kat sini..akak cakap sabar dulu sebab kita ada satu market lagi..lagipun kami di beri 1 jam setengah jer bershopping kat sini..


Ini rupa muka bentuk bumi pasaraya Honq qiow.. sebelah kanan depatrment store dan belah kiri barang electronic.. rasa panas sikit dalam nih...
bahagian elecronic yang addy minat.. dapat juga dia beli teleskop tuk mainan dia..cisss.. dia kata kat malaysia harga benda tu agak mahal dalam RM300 kat sini dia dapat RM110 jer.. ntah akak tak reti pasal mende nih..
Macam2 ada.. Iphone Cina, PSP, Thumbdrive, dan macam2 lagi lah.. korang tawar lah sesedap rasa yek
Ada kasut gak.. makcik akak dapat beli kasut kat sini sepasang RM30.. for surelah fake nyer..akak tak mengikuti perkembangan fesyen kasut sukan.. akak tak tahu yang macam mana rupa original.. kalau handbag akak tahu lah...

Baju winter pun ada.. owh ada ke mafla burberry kat sini dia letak mula2 180 yuan... giler..kat uptown pun murah..last2 dia bagi 20 yuan.. baru kene harganya RM10 jer.. okeylah lepas nih akak citer pasal shopping complex yang satu lagi..Kesimpulannya akak tak suka kat sini.. tak bestttttt barang tak cantikkkkk

akak nak pergi umah mak akak jap yek... nak hantar souvenir kat adik lelaki dan anak saudara akak lagi.. daaaaa

2 comments:

Liza said...

mahal tak nak pegi beijing, agak2 brape cost per pax? ingat nak gi next year

Yus said...

liza sebenarnya cost per pax tak mahal sangat.. kalau dapat booking AA tix ke Tianjin cuma RM500 return dan ground arrangement termasuk hotel, makan, fee entrance, tips, transport cuma RM600 dan kalau ada child no bed separuh dari tu jer.. tapi u will be suprised how good people in beijing dan their technology...