25 February 2011

KUASA MU BERSIFAT SEMENTARA

kuasa.. persoalan utama adakah ia telah melaksanakan kuasa itu dengan betul, dan tidak melampaui kuasanya?

kali nih akak nak bercerita a bit serious sikit.. ntah lah tetiba rasa nak mengutarakan berkenaan kuasa nih.. memang seronok kalau diberikan pangkat dan kedudukan yang tinggi di dunia nih.. ada yang menafaatkan kuasa dia dengan kebaikan dengan berbakti kepada orang bawah dan negara dengan cara yang penuh diplomasi dan sama rata.. tapi banyak dikalangan kita yang bila mendapat kuasa mula lupa bahawa kuasa tu datang bersama amanah.. memang kena amanah terhadap mandat yang telah di berikan..kepercayaan dari orang lain dan rasa hormat kita terhadap insan lain..

Apabila kita mempunyai kuasa tidak bermakna kita selalu hendak menang dan kita selalu betul.. renungkan diri sendiri dulu..lupa sekejap yang anda berada di atas ketika ini.. fikirkan yang anda berada dipihak yang satu lagi.. memang berat mata memandang tapi berat lagi bahu yang memikul.. rasa hormat orang kepada kita memang sukar untuk kita dapat tapi percayalah ia boleh dicapai.. setidak2 nya 70 peratus rasa hormat dari orang bawahan anda terhadap anda sudah memandai.. daripada 95 peratus rasa benci dan terpaksa menerima keputusan anda..

Kalau anda tiba2 menerima musibah.. adakah 5 peratus kawan anda sanggup mengharungi bersama ataupun 95 peratus mentertawakan anda.. percayalah masa yang paling baik untuk rasa rendah diri adalah ketika anda berada dipuncak..

Terlalu memaksa dan mendesak jugak akan menimbulkan perasaan kurang senang orang lain terhadap anda.. lebih2 lagi untuk kepentingan diri anda sendiri.. sesungguhnya tiada kuasa yang lebih besar dari kuasa Allah subahanawataala dan beringat lah anda diberikan kuasa tersebut dengan izin ALLAH

No comments: