01 February 2011

WINTER DI BEIJING CHINA - PART 1

DAY 1 ( 26 Jan 2011)

Akak dah kembali setelah beberapa hari macam duduk dalam peti sejuk beku... akak ke Beijing.. tersangat seronok..okey akak cuba sehabis baik untuk menhabiskan posting tentang beijing.. tak tahu cepat ke lambat jer..btw akak pegi vacation ni bersama family .. ramai gak...makcik, pakcik, cousin..adik beradik.. kira macam family vacation lah..pakej kami dapat sangat murah kerana stay kat hotel 4 bintang di tengah2 bandar Beijing (kalau bercadang nak pegi nanti sila contact akak yek) kira macam tak menyesal lah.. mana nak dapat per person RM600 all inculusive makan 3 kali sehari dan tips..hotel 4 star. dengan segala entrance fee ke tempat2 yang berkenaan ...berbaloi sungguh..

pertama kali nak pegi beijing sila google tempat yang menarik di internet yek.. tempat yang korang rasa nak pegi .. tapi kalau ikut agent memang dia terpaksa bawak tempat2 government.. memang polisi kerajaan mereka mesti bawak ke tempat2 yang akak kan citer nanti.. malam2 tu boleh lah buat hal sendiri.. so akak dah prepare segala subway map yang memang convenient dengan tambang RMB2 bersamaan RM1 kita boleh pergi kemana one way dari mana2 station dan turun di mana2 pun dalam tempoh 24 jam.. tersangat murah kan...lagi jauh kita jalan lagi untung kan...bila lah malaysia nak ada transport yang macam nih.. sungguh mudah...dan murah.. kalau berani naik bas tambang dia cuma RMB1.. 50 sen jer duit kita

okey citer pasal trip nih pulak.. akak bertolak dari ampang seawal 5 pagi sebab flight akak pukul 8.15 pagi.. nak kena check in luggage lagi..lagipun adik lelaki akak nak kena bawak balik kereta akak ke rumah dia.. nak pergi kerja lagi..better sampai awal..boleh breakfast sekali kat terminal LCCT.. owh tiket ke Tianjin akak dah booking lama dan kira2 setahun lepas kot. pergi balik RM500 seorang...

Boarding flight pukul 8.30pagi..perjalanan ke Tianjin memakan masa 6 jam dan flight pulak penuh .. ramai cina balik ke sana kot sebab nak celebrate Chinese New Year... semua nak berebut naik tapi we all rileks jer bagi semua naik dulu.. seat memang dah ada..buat apa nak berebut kan.. kecoh lah...
Tiba di Tianjin dalam pukul 2.40 petang.. sampai jer di Airport semua masuk ke Toilet nak tukar baju.. maklumlah dari Malaysia pakai baju nipis2 sahaja.. suhu kat sana ketika itu 0 degrees.. mau tak mengigil.. turun dari flight jer dah mengigil..waktu di Beijing sama waktu di Malaysia.. tapi time winter nih siang dia pendek..Solat Jamak di Airport sebab sekejap lagi kami meneruskan perjalanan ke Beijing naik bas selama 2 jam.. akak nak naik bullet train 29 minit jer dari tianjin ke Beijing tapi tour guide tak bagi kerana dia takut akak sesat sebab jauh.. tapi akak rasa macam senang jer..direction semua dah ada.. tambang pun murah RM24 sorang dan kelajuan 340km per hour.. antara terlaju di Asia...tapi tak ada rezeki.. naik bas pun tak per..
bergambar dulu kat Tianjin airport.. suhu mak ai sejuknyer.. kalau bercakap keluar asap macam hisap rokok.. baru sedar baju, glove akak tak cukup tebal... sib baik tour guide memahami dan kata nak singgah beli baju kat mall sebelum makan malam kat beijing nanti..

perjalanan ke Beijing memakan masa 2 jam.. sampai kat Tianjin dari KL dah pukul 2.40 pas tu imigresen check, tunggu luggage, dan solat jamak Zohor dan Asar.. pukul 4.00 petang juga bertolak...dalam perjalanan dua jam tu sempat tengok suasana kat tepi2 tu air tasik, sungai semua beku.. fuh kira macam duduk dalam peti ais nih lah.. kalau air letak dalam sejam jer kat dalam botol pastu biar kat tepi jalan jadi ais lah jawabnyer...

Dalam setengah jam perjalanan dah sampai tol ke Tianjin ke Beijing.. kalau lalu ikut hiway lagi cepat sikit sampai.. jalan pun tak ada sesaknyer sebab kalau musim sejuk nih orang lebih suka duduk kat dalam rumah.. nasib baik dalam bas pasang heater.. boleh lah buka baju yang gemuk2 nih...tapi still terasa sejuk macam dalam ekon..

matahari terbenam kat sini kira macam masuk waktu maghrib lah dalam pukul 5.40pm.. memang dah gelap lah kalau masa tu.. tapi kebanyakan kedai tutup pukul 9.30 hingga 10 malam.. sempat juga lelap sekejap kat dalam bas sebelum sampai ke Beijing.. perut pun dah lapar.. makan tadi dalam flight pukul 10 pagi.. mana tak lapar kan..

Sampai kat Beijing pukul 6.00 petang..stop dalam sejam kat Sunny Gold market.. nak turun dari bas dan nak masuk dalam kedai nih pun dah sejuk teramat.. suhu masa nih dah -6.. huhuhuh memang mengigil lah.. sempat akak capai satu winter jacket sehelai (RM55), glove yang tebal quality okey dua pasang (RM20) dan Addy beli Jacket motor untuk dia sama Alli (RM100), penutup telinga RM5 dan proses tawar menawar dekat kedai nih bersama sales girl nih nama NaNa memang mudah sebab dia boleh berbahasa Inggeris sikit-sikit.... beli kat dia senang nak bargain.. ada juga salesgirl dari kedai lain yang mulut macam puaka sebab we all tak beli kat kedai dia.. kalau mulut macam gampang saper nak pergi kan...

lepas tu dalam pukul 7.00 petang we all bergerak makan malam di Restoran Salmah namanyer.. wah masing2 berselera sungguh makan.. maklumlah cuaca dah bertambah sejuk dan perut pun dah lapar.. style makan kat sini memang kene slow sebab dia hantar lauk satu2.. makanan pun banyak .. lebih kurang dalam 7 jenis lauk.. nasi sikit jer.. kalau kita makan laju2 nanti sampai lauk last sekali dah nasi habis dan perut kenyang.. sayang jer lauk tak bersentuh.. tapi hari first nih semua laju jer makan tak bersisa...bagus betul lah..

8.30 malam check in kat Landmark hotel (4 star) yang terletak di 8 North Dongsanhuan Road, Chaoyang District.. lokasi dia memang best sebab terletak di area embassy.. embassy malaysia pun dekat.. yang penting subway cuma 3 minit berjalan kaki dari hotel ni.. stesen subway nama Liangmaqiao (Liang Ma Shaw sebutan) dan di kelilingi oleh Luxury Mall macam Gucci, dan sebagainyer..yang penting hotel nih attached dengan Hard Rock Cafe Beijing.. so suasana more lively kalau nak lepak. wifii percuma di lobby area dan ada sediakan computer untuk guest.. tak ada bayaran untuk 15 minit yang pertama.. kira kalau nak skype ngan member boleh jer..

since bilik katil Double dah penuh cuma ada katil single so akak dapat bilik single nih dan hotel berjanji akan tukar dengan katil Double esok hari.. tapi lepas akak check in akak rasa okey gak bilik single nih sebab tak ada lah berebut selimut dan tak terganggu dengan dengkuran Addy yang makin kuat masa kat sini.. lagipun senang barang masing2 letak kat katil masing2 tak ada lah susah nak cari bila nak pakai..Facilities dalam bilik nih ada safe deposit box, freezer, kettle dan cawan, toiletaries dia bagi ubat gigi, berus gigi, sabun, syampo dan losyen badan, selipar bilik, towel dan bathrobe... memang mencukupi dan di ganti tiap hari..memang puas hati lah..
Bilik akak nombor 1212.. tingkat 12 lah kiranya.. cantik pemandangan waktu malam.. tak ramai orang berkeliaran sebab tak tahan cuaca sejuk.. kecian kat hotel butler dok tepi dinding sebab sejuk sangat kat luar tu.. tapi we all memang jakun .. tak pernah merasa winter so ikut pintu depan nak pegi hard rock..padahal dari dalam hotel leh tembus ke hard rock terus dalam pub dia.. heheheheh sajer jer jalan kat luar makan angin ikut pintu hard rock kat depan tu.. nak pegi hard rock shop tengok barang sekejap.. yang orang tua dan lena tidor kot penat
Masa nih kul 9.30 malam.. akak dah pakai baju yang baru beli.. murah jer dan beli penutup telinga sekali sebab tak tahan angin masuk dalam telinga.. hidung pun dah pedih tutup ngan mafla jer.. singgah sekejap kedai 24hrs nak beli soft drink.. kat bilik ada mineral water.. kat sini kene minum air banyak2. akak dah bawak sekotak stock gula dan teh.. sekejap jer dah sejuk air teh akak tu
muka2 yang sejuk tapi gembira di Hard Rock Cafe Beijing.. addy pun dah melaram pakai baju baru satu lagi dia beli saiz Alli .. kira macam sepasang sama lah naik motor nanti..majority beli baju baru hari nih..hehehehhe.. syok sebab murah jer...
Masa nih suhu dah mencecah -10 tapi gigih jugak nak pegi round area subway.. rupa2 nya kat situ ada shopping mall ada bank HSBC so boleh keluar duit kat ATM machine tu.. pakai maybank debit card tu jer.. sekali menu dia ada bahasa malaysia..kekekek terasa macam kat bukit bintang lak...kalau nak keluar duit kat sini kene bagi tahu bank masa kat malaysia nak buat pengeluaran kat luar negara.. nanti bank akan aktifkan.. senag tak yah bawak cash banyak2... malam nih sempat juga beli sehelai T-Shirt Hard Rock RMB190.. kawan Addy punya.. lepas tu balik lah hotel sebab esok punya activiti memang padat..morning call pukul 6 pulak tu..

68 comments:

~BaYa~ said...

salamz kak,
nk tya pasal pakej akak tu...amik ngan tour agent mana eh?

Yus said...

Salam kenal Baya..

Baya dah ada group kah? akak amik ngan kawan akak.. kalau baya berminat boleh akak recommend kan dapat harga yang sama.. apa2 email me yek di noryusnita@gmail.com.. service memang bagus dan memang friendly..bak kata orang semua bagus lah...

zulhairi said...

salam perkenalan.saya zul from labuan.tgh google pasal oliday kat beijing,jumpa blog akak ni.very nice blog,sy sgt suka ,cerita yg sgt detail dan menarik..keep up the good work!

Yus said...

thanks zul.. detail yek.. bagus kalau zul faham.. sebab suka buat citer tentang tempat percutian yang boleh jadi rujukan semua.. yang baik jadi tauladan yang buruk jadi sempadan kay.. keep reading my blog..

Dahlia said...

hai..Yus...Salam perkenalan~
Sambil2 tu meh ja jemput ker blog sy. boley kita bertukar2 info...

Percutian sis baru2 ni sgt berguna yer pada org seperti saya...Ada plan nak g melancong ke China. Sebelum nak g tu boley la blajar2 kit selok belok melalui blog sis....

Pulau kapas dan pulau langkawi pOn sy dah g...ada persamaan, teringin plk nak ke China. mcm sis juga. then teringin lg nak ke Krabi...sis tak teringin ke krabi kah??

Sis, kawan sis noryusnita tu da travel agent kah??

Yus said...

Hai Dahlia tq for drop by.. kisah percutian nih memang kena documentkan dengan detail kang lupa sambil tu boleh buat rujukan kepad aorang lain..

Teringin jugak nak ke Krabi tu.. kenea kumpul duit. kalau pergi china nih memang bagus ikut agent tuk kali pertama.. mereka kaya dengan sejarah..

Kawan travel Agent tu sebab dah lama asyik follow dia dah jadi kawan.. kalau nak pergi let me know i akan bagi contact number dia..

nanti akak akan lawat blog dahlia..memang suka baca pasal trip orang lain nih.. macam dah pergi tempat tu jer rasanyer... see u again..

fidajacob said...

Hi akak, nice reading your blog. Saya teringin nak guna package yg akak guna ni sbb most of the TA yg saya tanya hotel dia bukan kat tempat center cam ni.. cam bosan la pulak nnt.. huhu tak kee??

Yus said...

hai Fida.. i dah email the detailed to you.. thanks singgah yek.. selamat berjalan-jalan...

Zam said...

Kak nice Blog....blh tak bg detail TA yg akak pakai ni...

Yus said...

TQ zam,

nak tahu pasal TA? Dh forward kat email. Have a nice holiday.

Anonymous said...

salam kak.. saya mencari2 detail tentang winter in beijing.bagus betul lah info2 yg ada kat blog akak ni.mohon nak contact travel agent akak tu bole.. norazdhilazainal@yahoo.com
thanks kak..

Anonymous said...

Salam. Saya nk ucap terima kasih sudi berkongsi pengalaman di beijing. daya bersama suami dan anak 6 thn akan ke sana bulan ojt nanti mungkin minggu ke 3. boleh tak dptkan no travel agent yang Yus punya kawan tu? tk ya. email saya jamieawe@yahoo.com.

Yus said...

salam kembali norazdhila dan jamie,

nanti i forward email yek.. thank you sudi drop a comment :)

Amriezuka's Point of View said...

salam akak yus...

best cerita beijing akak ni. Detail dan menepati apa yg seseorang tu nak tahu pasal satu satu tempat tu....

saya memang bercadang nak pegi area china sana, tapi tak boleh buat keputusan lagi nak pegi mana.

nampaknya, baca blog akak ni, menyebabkan saya nak kesana lah juga..

boleh tak akak emel kan saya TA tu... terima kasih

mrshuhaizal@yahoo.com

Farah Dahalan said...

Hi, Bestnye bace ur blog pasal beijing. I & family plan nak pegi winter time jugak.
Boleh tak u tlg mail your friend's email ataupun nombor travel agency tu? kalau dapat harga Rm600 tu memang best. :))
piper_hunny@yahoo.com

Farah Dahalan said...

Hi! Best bace ur blog pasal beijing trip. I & family plan nak pegi masa winter pun. Boleh tak tlg forward no agency/email kwn you? Tqvm.. :))
farah.dahalan@gmail.com

Irahazla said...

salam kak...
interested sangat nak tanya pasal Travel agency yang akak pegi ni lepas dah baca blog akak...
harap akak boleh bagi detailnya and contact person pada saya sebab saya and family mmg tgh merancang nak gi beijing pada musim sejuk.

irahazla@gmail.com
irahazla@yahoo.com



tqsm ;-D

Yus said...

Hai Amrizuka, Farah Dahlanm dan Irahazla. Thanks sebab sudi baca. anyway i will forward the agent number to your email.

Thank you again sebab sudi drop a comment dan baca my stroy..

Sr. Maryam Fatanah said...

akk, suka nya bce blog akkpasal trip ke beijing ni..boleh tak akk forward kan detailed tntang travel agncy yg akk guna ni..?? murah nye sbb sy dan kawan2 plan nk g january 2012..so, kami kan student..if dpt murah lg best

Yus said...

hai dik Maryam.. thanks sebab sudi baca.. akak forward kat blog adik yek.. study smart... ;-)

ubi comey said...

salam akk..saya suka lah baca blog akk,.happeing sgt..,exceli,sy n kawan sy plan nk g beijing march or june 2012,.tp ktrg nih on budget..so,kalau boleh..nak murah,lg murah lg better..hihi..akk bole forwd detail agent x?kt emel sy(ubi_sheela@yahoo.com)..tenkiu kak,akk memg bes sgt2...

ubi comey said...

salam akk..saya suka lah baca blog akk,.happeing sgt..,exceli,sy n kawan sy plan nk g beijing march or june 2012,.tp ktrg nih on budget..so,kalau boleh..nak murah,lg murah lg better..hihi..akk bole forwd detail agent x?kt emel sy(ubi_sheela@yahoo.com)..tenkiu kak,akk memg bes sgt2...

Yus said...

hai sheela thank sebab drop by...

dah forward info kat email u yek.. have a nice holiday..

Salleh Ali said...

Salam,
Seronok dengar kisah percutian anda, boleh beri TA yg digunakan kerana saya merancang percutian keluarga musim sejuk akan datang...
Email saya wanacu6@hotmail.com
Terimakasih.


Wanacu

Yus said...

Terima kasih salleh:)

Nanti saya forward travel agent nyer contact yek.. Memang seronok pergi negara org musim sejuk tapi kalau lama sangat rasa tak best.. Kulit tak leh tahan somemore barangan dorang bawak keluar smua tuk winter so baju nak pakai kat malaysia tak de lah.

U-jin said...

salam..saya ade emel awk nak tanya pasai TA contact....
my emel account@uchidamk.com.my..
thks for sharing...nice reading..

Yus said...

Salam kenal kembali u-jin. Thank you.

email replied...

Anonymous said...

Salam kak...saya zul...saya baru stat baca blog akak pasal winter Beijing...best giler la!!!saya mmg suke travel.tapi baru je nak mula..leh x akak forward ke email saya pasal agency tour tu??email saya cool_zul@yahoo.com.thank u akak...bnyk info best dlm blog ni!

Yus said...

zul,

email dah send sila check inbox... thanks singgah sini...

Anonymous said...

Salam Kak.

Saya macam berminat bila ikuti cerita ttg tour akak ni. Saya terjumpa blog ni semasa mencari travel agency yang blh dipercayai dan bagus. Akak boleh emailkan pada saya details TA ni tak? Plan nak pergi berenam. Dalam Feb 0r Mac 2012. Email saya :

akunurf@yahoo.com

thanks kak!..

awekmerahjambu said...

bestnye g holiday..teringin gk nk pegi beijing..sy pon nk taw gk detail agency akak amek..email me k..ainurul29@yahoo.com..tq!

Anis Hamid said...

salam sis...

boleh email pd sy x TA yg akak amik tu...??? sy planning nak pegi next month....

email sy : nurhanisabdhamid@gmail.com

thank you so much...dan definitely blog akak ni mmg byk membantu sy mencari info tntg beijing/tianjin.

Maria Honey said...

Yus..nak jugak no TA tu..next year berangan nak pegi sana..email kat i okeh..kamariah.ismail@sherwin.com

y@tipruzz said...

Salam kak yus! Baru bc part 1..definitely will khatam all parts very soon! Leh email contct TA tuh? Thanxxx..jemput singgah my blog nnt :)

Yus said...

yati..

sila lah baca sampai khatam yek.. boleh juga surf blog bloggers lain yang dah pergi..:) nak contact number yek nanti akak email yek..

gadisworld said...

salam kak, saya mmg dah plan nak g sana..kiranya family trip ler..mmg teruja sangat tgk akak punya trip..hotel pun leh attach ngan HRC..boleh tak akak emel saya contact num TA akak?Saya berminat nak g Nov nanti

asyiqin@uum.edu.my

Yus said...

hai gadisworld..

please check email :)

Baby said...

Hye kak,

Boleh email x dekat saya details agent yg 600 tu..
Sy ke beijing january 2013.. Flight terus ke beijing..

Thank you kak yus...
Thanx for your wonderful sharing..

Email sy : juju.latif@gmail.com

Fozake Resources said...

Kak yus slmt ari rye aidil fitri. Boleh tak kak yus berikan contact TA yg murah ke beijing. Saya nak g bulan 10. Org kata kat sana banyak alas meja dll. fozz.res@gmail.com
Thanks


amna said...

salam kak, saya n mak saya berminta nak g beijing ni. samada disember 2012 atau awal jan 2013. bole bg itinerary n quotation? thaxx kak! ^^

Yus said...

hai amna:

akak bukan travel agent.. tapi akak kenal agent yang boleh bawak gi beijing dengan fun sekali.. sila bagi email yek.. nanti akak forward nama agent tu.. :)

siti_liyan said...

salam kak, saya n family lebih kurang 7 org nk pg beijing.. leh x akak tanya TA akak klu pg beijing akhir DEc'12 atau awal jan'13 bape.. email kt saya siti.liyan@gmail.com.... tq kak

Yus said...

siti liyan.

Dah email contact Agent to your email.. thank you

Aziz Jazman said...

salam... ermmmmm bestnye g beijing. plan nak g jugak this dec. emailkan kita agent tour yg akak guna. plssssss (Dealovaris_Arie@yahoo.com) thanks kak.

Yus said...

Best En Aziz...

Pergi December nanti sejuk beku lah jawabnyer.. okey nanti i email yek :))

Rosayu Ahmad said...

Salam sis...I berminat nk gi Beijing juga..blh email agent detail x..tqsm..

Yus said...

wasalam Rosayu

okey boleh email i yek.. nanti i forward agent nter contact :)

Rosayu Ahmad said...

Sis...my email no..rosayuahmad@gmail.com
Tqsm dear..I dh khatam bc blog u about beijing..so excited to go there too...Thanks for sharing

Reena Azahar MY said...

salam sis..

berminat sgt nk tau pasal pakej yg sis dpt murah sgt kat beijing tu.. saya akan ke sana 3 mggu lagi..

harap sis dpt email pd saya ye.. thanks..

reena_azahar@yahoo.com

Yus said...

Salam Ros Ayu dan Reena,

dah email the details of Agent :)

Althafunnisa said...

salam cs..nk gak contoct travel agency tu..
email sy kt u_jinn84@yahoo.com

haslin said...

Salam sis..sy berminat nk thu pakej yg sis dpt murah tu, harap sis tk keberatan email agent yg sis guna..tq

email sy haslinlin@ymail.com

Pairan Khadijah said...

Akak,sy baru je plan nk g honeymoon d china..boleh bg contact detail ke khadijah.esawin@gmail.com x..?sbb plan nk honeymoom awal februari thn dpn..

mamamia said...

salam,

kak best benau baca blog akak ni..teruja nk p beijing dah ni haha..blh x bg contact travel agent ni??

teddy_galz84@yahoo.com

tenkiuu

Yus said...

Sebab ramai yang tanya pasal agent nih kan.. Ahkak post kan alamat dan contact Number
Contact no
Zarra
PLUS & PLUS Travel and Tours Sdn Bhd No.65-1,
Tingkat 1, Jalan Dang Wangi, 50100 Kuala Lumpur Tel Number: 03-26972664 / 03-26972660

shahril khairi said...

hai, seronok dpt baca ceriter jalan2 orang since sy mmg kaki jalan. maksimum berapa org ya? blh x tlg bg nama kawan akak tu..mcm berminat je nk pergi sana

Yus said...

@shahril Khairi

Nama Agent.. apa apa maklumat boleh rujuk ngan zarra yek :)
Zarra
PLUS & PLUS Travel and Tours Sdn Bhd No.65-1,Tingkat 1, Jalan Dang Wangi, 50100 Kuala Lumpur
Tel Number: 03-26972664 / 03-26972660

Syiera wahab said...

salam akak..nk tny..kalo akhir bulan 5 kt sane musim ape ye?akhir bulan 5 nih sy nk ke sane..:)

Yus said...

Alamak Syiera.. serius tatau heheheh cer gugel.. :)

hanifah Abdullah said...

Assalam kak Yus,,

Seronok baca blog kak yus ni...

Saya dan keluarga (6 of us) akak ke Beijing december 2013. Boleh akak emailkan saya detail agent akak yang berbaloi2 ni?

Thanks Akak

Yus said...

Nama Agent.. apa apa maklumat boleh rujuk ngan zarra yek :)
Zarra
PLUS & PLUS Travel and Tours Sdn Bhd No.65-1,Tingkat 1, Jalan Dang Wangi, 50100 Kuala Lumpur
Tel Number: 03-26972664 / 03-26972660

someone said...

akak, pls tolong forward email travel agent ya..email sy sonia_mitt86@yahoo.com...thanks kak sudi share..

Yus said...

someone..

email forwarded.. dan ada akak letak add dia kat bahagian komen ni incase tak terima email :)

Unknown said...

Kak.., bestnya..
Dr nak gi vitnam terus rasa nak g china..
Kak boleh bg t.a akak tu tak?
Plis.. Plisssss...
diniyworld@gmail.com

Yus said...

Heheheheheh @diniyworld
Sila lah pergi yek.. btw no agent dan alamat agent ada akak tulis kat sini

Zarra
PLUS & PLUS Travel and Tours Sdn Bhd No.65-1,Tingkat 1, Jalan Dang Wangi, 50100 Kuala Lumpur
Tel Number: 03-26972664 / 03-26972660

NORMA KANCHIL said...

Amboi...amboi...seronok nye dia..tp saya juga akan ke sana pada krismas ini insyaallah ...gambar yg awak pegi trip ni brp ye???

Kebiasaan nye brp suhu pada krismas nnt??? Takut sejuk yang melampau...Saya bimbang gak sebab saya ada asma...minta pandangan pd yg berpengalaman...stk

NORMA KANCHIL said...

Amboi...amboi...seronok nye dia..tp saya juga akan ke sana pada krismas ini insyaallah ...gambar yg awak pegi trip ni brp ye???

Kebiasaan nye brp suhu pada krismas nnt??? Takut sejuk yang melampau...Saya bimbang gak sebab saya ada asma...minta pandangan pd yg berpengalaman...stk

Yus said...

Norma.. trip nih january.. ground 600.. sejuk!!!! So be prepared baju tebal.. suami ada athma tapi alhamdulillah dia okey kat sana cuma sakit dan pedih idung lah sebab sejuk sangat.. perit tau..