02 February 2011

WINTER DI BEIJING CHINA - PART 3

Day 2- 27 Jan 2011

Okey sambung balik dari episode lepas yek.. dalam perjalanan ke summer palace kami stop tepi jalan nak bergambar ngan Stadium Sarang burung yang telah menjadi host pada Beijing Olympic 2008.. binaan dia amat cantik dan telah di akui selamat dengan binaan yang memang susah nak buat tu..nak pegi dekat kami tak ada masa sebab banyak lagi kawasan Gov yang kena pegi..last day baru shopping yek.. so memang melawat jer lah kerja nyer..

Bak kata kawan akak..antara posing yang selalu kita buat kalau kat luar negeri adalah melompat dengan lebih tinggi..kekekek.. memang pun.. dah rupa burung dah semua..

Walaupun cuaca sejuk dan rasa malas nak turun dari bas tapi bila lagi nak datang sini kat so kami pun bergambar lah jugak walaupun mengigil kesejukan.. selepas tu kami bergerak ke Pearl Market tapi akak dah citer masa Part 2 Beijing kan.. so kami terus ke summer Palace..

Kami sampai di Summer Palace dalam kul 10.00 am..tempat ini wajib dilawati oleh pelancong .. kalau nak tahu pasal history summer palace sila check link ini yek.. yang akak tahu ada seorang gundik yang dapat melahirkan anak lelaki dan di angkat menjadi permaisuri sebab permaisuri tu tak ada anak lelaki.. Maharaja ada 3000 gundik dan setiap malam ada 10 orang gundik akan di pilih utk teman maharaja tetapi maharaja akan pilih satu card antara sepuluh dan orang tu akan bermalam dengan maharaja... dan Summer Palace nih ada 999.5 bilik kenapa bukan 1000? sebab 1000 bilik hanya dewa meraka sahaja yang ada..

Okey permaisuri yang telah di angkat dari gundik tu suka duduk kat summer palace nih musim panas kerana cuaca dia sejuk dan ketika anak dia berusia 9 tahun maharaja mangkat dan bermulalah pemerintahan boneka kerana anak maharaja tu akan mengikut nasihat ibu dia.. maka banyak lah pemerintahan yang tak masuk akal.. begitulah kisahnya.. ada familiar ngan kisah negara kita? lelaki ikut cakap pompuan?

dah macak aksi kat tugu negara pun ada.. masa nih kat atas jambatan di summer palace...terasa macam duduk atas ais batu pun ada..
cuba tengok tasik tu dah membeku begitu sejuk suasana.. tapi akak nak turun kat atas ais tu tour guide tak kasi sebab takut apa2 jadi dan ais tu merekah akak jatuh dalam tasik tu .. sejuk dia memang melampau.. dengan angin yang kuat nak bernafas pun sakit hidung tau.. kena cover hidung ngan mulut.. memang seksa.. tapi akak tengok orang local memang main skate kat atas tu..

nampak tersangat gemuk kan..mana tak nyer pakai baju sampai 5 lapis.. dah baju winter jacket tu besar berketak2 macam tu...kami berada di sini tak lama dalam 1 jam jer sebab semua tak tahan dengan suhu dia.. sebab dah memang kawasan lapang memang angin datang rasa macam nak nangis jer...

Seterusnya kami ke silk store.. kat sini pun Gov shop wajib pergi dan kalau tak nak beli pun tak per...tapi dah salesperson dia kata kat sini sutera dia semua original dan kat luar tu takut tak original.. tapi akak tak beli pun
penerangan cara membuat sutera (quilt) dalam bahasa inggeris..menarik jugak tengok macam mana sutera itu di proses
Gambar atas nih adalah kepompong sutera.. texture dia macam kapas dan kepompong nih kena rendam dalam air panas utuk mengasingkan yang warna putih dan kepompung macam biji kat dalam tu.. kapas tu yang kita nak buat kain sutera
setelah kena air dan diperah dikirai dan direnggangkan dalam acuan bentuk topi tu.. dia macam web labah2 tu.. setiap topi tu mempunyai 80 biji kepompong..

kemudia topi tu di renggangkan menjadi sebidang macam gambar di atas.. untuk membuat quilt bagi conforter memerlukan 40 topi.. bayangkan betapa banyak kepompong yang hendak digunakan.. tapi hasilnya memang sungguh selesa.. dia dapat menahan kesejukan bila musim sejuk dan bila musim panas terasa sejuk jer pulak.. ajaib kan.. kat hotel pun pakai quilt sutera.. memang selesa sungguh rasanyer.. menyesal pulak tak beli satu..kena buat visit next time nih.. belik kat Hong Qiaw market pun okey..boleh tawar menawar.. Kemudia setelah selesai semua pergi lunch..perut pun dah lapar

kemudian mereka semua pergi solat di masjid yang berdekatan.. selepas tu semua rombongan akan pergi ke satu lagi gov shop bagi menghayati cara-cara meminum kopi tapi akak dan Addy tak ikut sebab ada agenda sendiri.. akak bercadang nak jalan2 kat salintun market since rombongan nih tak pergi area situ.. adik lelaki akak nak ikut jugak.. berbekalkan peta dan tips dari forum akak gigih berjalan kaki ke subway..
Dalam berjalan2 tengah2 sejuk tu nampak sculpture yang menarik nih.. stop amik gambar..memang tak ramai pelancong time winter nih..
terasa menarik lak gambar nih.. stop lagi amik gambar.. padahal kalau berjalan ke subway cuma 10 minit jer.. Akak amik subway Olympic Sport Centre (line 8) dan tukar ke Line 10 di Bitucheng dan menuju ke Tuanjiehu menuju ke YaShaw Market sungguh mudah dan murah.. tambang cuma RMB2 yuan jer.. sampai di Tuanjiehu dia ada exit A,B,C dan D.. jangan silap..akak amik Exit A dan bila keluar dari subway tu kena petah balik arah belakang baru menuju ke Salintun Area..
Salintun Village ada dua side.. satu south dan satu lagi east.. kalau bahagian south nih semua bangunan dan barangan mewah2 dan original...tempat dia menarik ..stop kejap kat The North Face shop..kena pau jugak ngan adik lelaki akak nih

ada jual UniQlo..UniQlo baru bukak kat Malaysia kan ... semua kedai jual baju winter..memang tak leh nak beli..bila masa nak pakai kat Malaysia nih kan..lainlah kalau kita nih negara 4 musim kan...tak tahan sejuk beli starbuck chocolate kat sini.. yang best nyer kat startbuck sini tak ada gov tax dan service tax..
we all tengok ada Apple store..orang punya lah ramai..dorang buat sale sempena CNY kot.. masuk lah jugak check the price..rupa2 memag mahal dari harga kat Malaysia..walaupun Iphone buat kat China kan...sale mahal macam tu pun ramai yang berpusu2 membeli kan....

Nati sambung lagi next posting yek.. ke korang dah bosang baca.. tak per nanti akak selang selikan dengan citer lain..

No comments: