03 February 2011

WINTER DI BEIJING CHINA - PART 6

Day 3- 28 Jan 2011

sambung balik lepas main ski di Ski Resort perut pun dah berkeroncong.. lapar lah tu.. dalam bas bising we all teasing each other dengan skill main ski yang baru dapat tu..macam2 citer yang keluar..

Kat sini ntah kenapa kalau kita bersentuh tangan dengan orang lain walupun pakai glove dia akan menghasilkan kejutan letrik.. selalu tau.. nak amik barang kat orang tetiba meletup macam kene letrik.. terkejut gak.. nak turun dari bas pegang rail tu pun ada rasa arus letrik.. so kat sini kalau nak touch each other kene test pegang kat kerusi dulu ker.. pastu kalau okey baru pegang orang.. heheheheh sakit gak tau...

okey lunch kali nih kat area keluar dari bandar beijing.. nak pergi ke Great Wall dari beijing pun memakan masa 1 jam.. kali nih kita makan kat kedai orang buat pasu tembaga.. besar sungguh area dia..

Makanan dia sedia punyalah banyak.. makcik akak bawak ikan bilis sambal kering.. sedap makan nak nasi kat sini.. ada lah rasa pedas2 dan manis sikit.. kat sini masakan dia kurang pedas.. akak seperti biasa beli sebotol besar air coke dan sprite.. akak kurang gemar minum air teh cina tanpa gula tu.. manalah badan dorang tak cantik2 yek.. minum air tak ada gula. makan tak masin2.. cuba compare ngan badan orang malaysia.. gebu2 belaka..kekekeke
Kat sini ada di sediakan surau untuk solat jamak sekali.. air ada jer helper yang membantu kita susun kasut kita dan bagi pakai selipar balik.. sementara menunggu semua siap we all bergambar kat depan kedai tu.. ada patung teracota lah.. heheh macam2 aksi buat tau

owh nak ingatkan jugak..kalau datang beijing nih pertama kali sila sediakan botol air kosong dan baby wipe yek.. kat sini majority toilet dia tak ada paip dalam tandas.. so kalau nak buat hajat kecik or besar sila tadah air kat sinki dulu pastu baru leh buat hajat anda.. kekekek .. akak biasanya memang pagi2 sebelum bertolak keluar dari hotel dah selesai buat hajat.. tapi kalau nak terkencing tu akak ada bawak baby wipe.. pastu baru basuh ngan air yang tadah dalam botol...
Tengok tu licin kami makan.. kami dah biasa banyak makan lauk jer.. nasi tu penuh lagi.. dia tambah nasi kalau tak cukup.. tapi pinggan makan dia macam pinggan kuih kita kat sini.. kecik jer.. memang tak puas.. kita kat sini makan pakai pinggan besar..

Dekat area bawah restaurant nih ada kilang buat pasu tembaga.. kalau tengok dorang buat pasu nih memang teliti.. kepingan tembaga kecik2 dorang letak gam dan susun sampai cari corak.. juling bijik mata akak nak buat nih.. mau akak kerja setengah hari dah resign... cukup halus buatanya.. tengok harga lah lagi terbeliak bijik mata.. barang jual kat sini mahal2 jugak.. tak beli pun just cuci mata....
Pasu yang dorang display kat pintu kedai.. pasu yang besar sebelah kanan tu harga dia RM182,ooo.00 tau.. seram jer kalau akak terjatuhkan pasu tu.mau akak kena jadi labour tak bergaji kat sini... Lepas makan dan solat semua kami bergerak ke tempat yang paling akak tunggu2 iaitu Great Wall of China.. salah satu wonders of the world

pukul 2.40petang kami sampai di Pintu masuk Juyong Great wall.. Juyong great wall nih dikhabarkan laluan tersukar untuk ke Great Wall... Tour Guide (TG) bagi masa sejam jer nak mendaki Great wall nih.. dia kata tak yah nak naik tinggi2 sangat sebab cuaca sejuk.. sampai lepas stage 2 pun dah cukup...tapi memang tough lah laluan tu.. dengan tangga tak sama tinggi dan curam sangat....

Masa nak mendaki tu terdapat banyak mangga kunci sepanjang tembok tu.. TG cerita kat sini pasangan kekasih or suami isteri akan mangga satu kunci kat sini dan kunci dia buang kat dalam gaung bawah tembok great wall nih.. kalau antara sesiapa yang nak mintak putus sila pergi ke great wall nih dan cari balik kunci dalam gaung dan cari mangga anda dan bukak .. kalau berjaya bukak boleh mintak putus.. kira macam cinta terkunci mati lah nih..heheheheh

Akak ada letak satu kunci kat sini sajer suka2.. akak beli kunci kat malaysia besar punya.. kat kedai bawah ada sediakan khidmat engrave nama kita pada kunci mangga tersebut.. at least akak tak conteng tembok great wall macam orang lain.. nama2 orang malaysia jer banyak menconteng kat great wall nih.. vendalism betul lah..

berkobar2 nak mendaki bersama suami tersayang .. tapi cuaca terlalu sejuk.. dan jalan sangat curam.. akak di serang semput / athma.. inhaler addy tertinggal kat hotel...memang bawak siap2.. sampai nak bernafas pun dah bunyi wisel dan nafas pendek.. akak maik keputusan tunggu kat stage 1 sahaja sampai akak rasa okey...

Addy naik sorang ke stage 2 dengan adik beradik akak.. adik lelaki akak boleh sampai ke stage 12 sorang2 giler.. dia kata kat atas tu tak ada oksigen sangat dan tangan jadi kebas sebab sejuk sangan dengan angin kuat...

Gambar kat atas nih Jenni.. akak malu betul lah dengan dia.. walaupun dia hanya ada sebelah kaki (cacat sejak lahir) mampu dia daki Great wall nih sampai Stage 2.. perlahan2 dia daki tanpa bantuan.. jari dia pun cacat jugak.. dahlah jalan curam.. kalau dia jatuh naya tau.. tapi dia gigih nak panjat perlahan2.. sayu lak akak rasa.. kita yang cukup sifat pun tak segagah dia punya semangat

Akak memang push jugak nak naik sampai stage 2 tapi keadaan tak mengizinkan.. nanti akak tak leh bernafas susah gak.. makcik akak nih berehat sekejap sebelum mendaki ke stage 2.. curam sangat tau..cuba tengok Jenni kat belakang akak bertongkat tu.. perlahan2 dia dah daki tinggi dari akak.. akak iringi doa dia sampai ke destinasi dia sudah....

ini kat stage 2.. dorang kemain sakan bergambar.. tak penat kah dorang nih...Akak tunggu sorang2 kat stage 1... lain kali akak datang sini akak akan more prepare dan naik pelahan2.. maklumlah bagi masa satu jam.. mana akak leh catch up..akak kan kenderaan berat... Insya-Allah satu hari akak akan sampai lagi ke sini...

akak tunggu Addy sampai di stage 1 .... Addy laju jer turun.. dia bagi akak medal nih masa turun.. ada engrave nama akak.. dia tahu akak tak mampu naik tapi dia sorang2 naik buatkan untuk akak... terharu sungguh.. sesiapa yang lepas naik ke stage 2 ada shop jual benda nih sebagai bukti yang anda lepas naik ke tembok besar cina.. kalau beli kat bawah dia nyer medal warna emas jer semua.. kalau beli kat stage 2 dia warna hitam...patutlah Addy berlari turun tanggan curam tu semata2 nak bagi akak medal nih...

Dalam pukul 4 petang kami bergerak ke Burning Cream centre.. akak tak amik gambar cuma dengan briefing.. besi rantai tu dia panaskan sampai jadi bara merah menyala pastu dia pegang.. tangan dia melecur selepas dia sapu cream tu dalam 5 minit tangan dia dah okey tak ada parut... akak nak amik gambar masa acara tu dia tak bagi.. so akak malas amik gambar for the whole event.. beli pun akak tak mo.. dia ada jual koyok gak.. macam2 kan..

Lepas tu kami gerak tuk makan malam lak.. makan saja. tak sempat lapar dah makan balik.. memang kenyang sentiasa lah kami kat sini.. tak yah nak bawak bekal maggie pun.. tapi milo 3 in 1 memang kena bawak.. baru best..

7.30 petang baru sampai kat Hotel.. masing2 kepenatan tapi akak ngan Addy masih bersemangat nak berjalan lagi guna subway... ada tempat cantik waktu malam nak lawat nih..

pukul 8.30 malam ada jualan dalam bilik Tour Leader.. Fatimah namanyer.. dia nih chinese muslim.. dia bawak banyak alas meja..sarung tisu .. t shirt hard rock tiruan tuk jual kat pelancong.. ramailah makcik2 yang borong sakan kat dia.. dia jual murah jugak.. tak payah nak tawar2 sampai setengah mati kat market2 yang akan kami pergi nanti...

dalam pukul 8.30 akak gerak ke subway menuju ke The Place.. nak tengok cahaya laser yang besar kat siling bangunan.. akak browse dari internet jer.. so akak rasa okey kot tempat nih.. turn out ada 4 orang lagi nak follow akak jalan2.. risau jugak bawak orang nih.. akak dah lah first time.. kalau sesat kami berdua jer.. tapi kalau berenam? heheheheheheh sengih jer lah...

Nak pergi the Place nih naik subway Line 10 dari Liagmaqiao ke station Jintaixizhao dan exit Ddan jalan arah westward dalam 10 minit dan akan sampai lah kat The Place nih.. sesat jugak mulanya tapi pastu nampak building yan bercahaya di siling dia.. tapi jalan dalam cuaca sejuk memang tak penat.. cuma pedih tang hidung dan muka jer
The Place nih adalah rekaan Jeremy Railton orang yang sama design the world largerst electric screen di Las Vegas.. The Place terletak di antara dua building office dan luxury shopping area.. tak minat nak shopping kat sini.. just tengok view jer.. dan amik gambar.. tak ada lah best sangat.. tapi dari duduk kat hotel tak jalan2 lagi bosan

since last subway pukul 10.30 tak leh lama2 kat sini.. selesai amik gambar kami jalan cepat2 nak ke subway.. sib baik sempat catch 2nd last subway di Jintaixizhao station.. dan seperti biasa kami turun di Liangmaqiao station jalan 3 minit ke hotel... beli sikit2 minuman kat kedai 24 hrs dan sedikit chocklate nak makan esok hari.. hari nih dalam sejarah kami tidor awal pukul 11.00 malam.. esok masih ada...

No comments: