28 March 2011

MELAKA MEMANG MENARIK

Korang ada jalan2 pergi melaka tak lately? wah lama rupanya akak tak pergi melaka.. lepas hantar adik akak kat melaka tu akak bercuti sekali bersama family.. akak bawak MIL sekali sebab dia tak pernah pergi melaka.. we all stay satu hari kat Hotel Abadi Melaka.. hotel baru bukak tu kat tengah2 bandar melaka tau..

Posing kat kincir air.. hujan renyai lah pulak dari petang sampai ke malam

We all masuk dalam kapal nih.. ntah apa nama nyer.. fee dia RM5 ringgit dewasa dan dapat masuk ada dua museum kat situ.. tapi since hujan kami masuh kapal nih jer lah.. malas nak redah hujan nak pergi museum tentera laut kat situ.. padahal seberang jalan jer..

Macam2 replika dalam kapal nih.. tapi Alli takut.. masuk dalam kapal nih kena bukak kasut.. dia bagi plastik sekali simpan kasut tu bawak masuk dalam kapal.. takut lantai kayu kapal tu rosak kot..

Replika dalam kapal lagi
Lepas tu we all ronda2 naik beca.. akak malas nak naik beca.. so akak tunggu jer kat bagunan yang kaler merah tu jer.. satu round RM15 jer naik beca nih.. hari pun hujan renyai2 lebih baik akak tunggu kat tempat teduh.. biar Addy n maknyer naik beca.. Alli memang excited.. we all sewa sampai 5 beca dengan semua family akak..merempit tak hengat dorang nih..hehehe

Malam tu we all naik river cruise kat bandar melaka.. cantik betul view bandar melaka waktu malam nih.. baru akak tahu rumah2 tradisional sepanjang sungai semua penuh ngan lampu dan kayu yang cantik dan terjaga di tanggung oleh kerajaan negeri kos baik pulih dan letrik .. supaya sepanjang sungai nampak cantik kampung2 tersebut.. macam kat venice lak.. eh akak pernah pergi venice kah?
View tepi sungai..
Lepas tu semua berposing sakan kat sekitar bandar melaka di waktu malam.. memang seronok sebab lepas hujan..cuaca pun sejuk jer..jalan jugak kat Jonker street.. tapi raaaamai sangat orang..

Akak dan anak dan anak saudara akak sekali.. pastu dalam kul 8 malam we all dah lapar.. terus gerak g Alai ikan bakar.. akak tahu tempat famouse adalah kat Umbai tapi akak mintak pendapat kawan2 akak kat FB dorang kata cuba try makan kat Alai sebab tak ramai sangat pelancong macam kat Umbai dan makanan dia tak mahal macam umbai..

Kami makan kat Gerai Ala..Kasim.. makan seafood ngan nasi lemak.. sedappp.. sesuai lah dengan harga dia yang berbaloi
Ambil kerang rebus gak...Sotong masak pedas.. sotong goreng tepung, Ikan tiga rasa dan ikan bakar kosong..
Masa bayar semua berebut.. kekeke tapi bahagi sama rata.. ngan jumlah makan yang banyak dan air buah sampai 4 jug nasi lemak 20 bungkus dan segala seafood kena dalam RM150 sahaja.. memang berbaloi..

Selesai sudah.. perut dah kenyang.. masing2 balik ke hotel.. mak, makcik, adik lelaki dan cousin akak bermalam kat home stay.. akak jer balik hotel.. reason sebab akak nak stay dekat ngan bandar..
Esonyer akak check out kul 11 pagi.. family akak yang lain terus balik KL so akak jalan naik menara Taming sari.. charge dia RM10 dewasa.. syarat kena bawak IC yek.. kanak2 RM5.. tengok view bandar melaka dari udara..

Dalam menara Taming Sari . jangan risau dalam nih aircond kuat..sejuk jer..walaupun kat luar panas terik..
Addy happy belanja akak..maklumlah we all baru sambut 11th year anniversary 11 March 2011
Lepas tu akak nampak Duck Boat. boat nih boleh jalan kat Darat dan Laut.. Fee dia RM38 dewasa dan RM22 kanak2.. agak mahal kan.. tapi boat nih ada kat beberapa negara jer.. Singapore, Australia dan akak lupalah mana lagi.. tapi kira Malaysia pun ada 2 biji..

Kan dia masuk Laut kat selat Melaka.. dah jadi macam motor boat.. mula2 jer Alli tersangat excited.. rupanya dia mabuk laut..patutlah setiap kali akak naik boat ke pulau2 dia tidor.. memang dia pening...
Kan tgk alli dan tidor.. penat akak pangku dia tau.. berangin jer suasana kat laut nih tau.. best.. try lah sekali yek..

Muka budak pening..

Lepas tu MIL akak nak beli makanan orang melaka.. apa lagi belacan dan cencalok dan gula melaka lah.. akak pun beli gak.. beli jangan tak beli....


Pastu jalan2 sekejap kat bangunan bersejarah kat melaka dalam keadaan panas terik.. hiss panas salah..hujan salah.. apa lagi ko nak Yus? hehehe pastu dah tak ada apa yang menarik kami pun bertolak balik KL...
On the way balik singgah Ayer keroh.. Alli nak naik kete lembu.. Alli memang mengidam nak naik kete lembu nih.. mula2 gembira..pastu bau tahi lembu terus dia buat muka muncung..sepanjang jalan dia dok pekup hidung.. Owh bayaran dia RM 15 satu kereta untuk satu pusingan..

Kemudia Alli nampak kuda lah kat pusat ekustrian .. nak naik kuda lak.. tapi dia kecik lagi so Addy kena naik ngan dia sekali.. Addy kata tinggi sangat dia gayat.. tapi dah Alli nak jugak.. Alli suka main ngan anak kuda nih..cute jer..muat kot bawak masuk dalam kereta..kekekekekek

Gaya seorang ekustrian muda.. kawan akak ada register anak dia masuk kelas menunggang kuda nih.. akak ingat nak hantar Alli kat kelas equestrian gak lah.. nanti akak tanya kat mana dia hantar anak dia training yek.. mesti dia happy.. okeylah.. next destination lepas nih .. akak ke Utaraaaaaaa.. nantikan..

2 comments:

yantysamsul said...

Gi kt mlk.. Bykkk tmpt bersejarah..tppp kaannnnn.. Nape satu tmpt sejarah pun akak tak mention? Bgnan merah?? Huh? *smack head*

Yus said...

hahahahahah.. ater bagi lah nama bangunan nama melayu..nih nama nak menyebutnya pun tergeliat lidah..kekekek.. tapi kan memang building tu kaler merah..