19 March 2011

YANTY'S WED 06.03.2011-PART 1

okey seperti yang di janjikan baru ada masa nak update blog.. lenguh satu badan tau.. akak incharge of bilik pengantin.. tapi majlis nih tak buat kat rumah.. buat kat dewan orang ramai seri kundang (majlis perbanaran selayang) tapi walaupun tak buat kat rumah, pelamin tetap ada.. sebab nak bergambar kan..

akak plan nak buat bilik putih dan maroon tapi dah tuan punya badan pilih dinding kaler peach lah pulak dan langsir tingkap Mak akak punya idea punyalah banyak rambu ramba.. so akak tak sentuh bab tu..akak nyer semua kaler putih tau

katil pengantin yang simple.. bukan ada orang yang masuk bilik nih kan.. just pengantin dan saudara mara yang nak datang rumah

Percaya tak akak bangun pagi paling awal antara semua orang.. semata2 akak nak makup kalahkan pengantin.. heheheheh.. orang semua tak bangun lagi just mak dan makcik akak yg kat ampang tu jer yang bangun.. akak apa lagi terus capai tuala dan mandi.. nanti kene rebut bilik air yang ada 3 bijik tu.. lepas tu dalam kul 8 Mak andam datang.. so akak pun menyebok lah jugak...

muka adik pompuan akak sebelum make up.. agak scary dengan kesan lopak di muka yang tak sempat turap..kekekeke mati lah akak... tapi akak dan cakap ngan suami dia.. there is no returned policy.. terima lah seadanya.. kekekeke

Gigih akak pergi ke petaling street cari bunga lili yang fresh.. akak in charge of hand bouquet dua bijik.. satu masa akad nikah dan satu masa resepsi kat dewan nanti.. dua2 pengantin nak pakai fresh flower rose.. deman tul lah...

Photographer pun datang awal pagi nak amik gambar preparation.. akak pun sibuk nak bersiap gak.. owh kebetulan Addy kerja shift malam so pukul 7.30 pagi baru sampai rumah.. kesian gak lepas balik kerja tak tidor.. terus kene buat kerja..

Taraaaa.. pengantin sudah siap.. akak pun dah siap gak.. hehehehee

While kat bilik belakang budak2 kecik sibuk bersiap.. akak memang bagi tugas nih kat Addy jer.. akak sibuk kat bilik pengantin.. lagipun akak rimas ramai2 nih.. akak nak lapang jer tempat.. which is BILIK PENGANTIN..kekekeekek


Masa kat Masjid.. punyalah lama imam tu bagi khutbah.. dekat 2 jam.. perghhhh.. tak larat akak nak tunggu lama2.. dah agak2 kul 11.30pagi akak keluar lah sebab kat dewan nanti orang datang kul 01.00.. kang tak ada orang nak sambut.. sampai akhirnya akak rasa tinggal pengantin dan pengapit dia jer kat masjid beserta dengan pihak pengantin lelaki .. yer lah nak kena siapkan rumah untuk jamuan pagi untuk pihak pengantin lagi dan sessi bergambar di rumah
Mak kan dan Mak Dik yang sudi datang
Pengantin perempuan yang happy dapat kahwin..dah lama dia tunggu nak kawin nih..kekekeke

Ni pulak pengantin yang dah sebelas tahun.. tak mo kalah tu

Abang pengantin pompuan.. adik lelaki akak yang tak mo kalah jugak.. smapai orang ingat dia nih pengantin lelaki.. adoiiii

Pengantin lelaki yang gugup dan tenang dengan khutbah.. lama dia dok macam tu.. tak perlah kan.. buakn selalu.. ke ko nak selalu dengar khutbah pengantin?

Lepas akad nikah ada lagi khutbah.. tak per lah..korang dengar lah baik2 yek.. akak nak balik dah

Fotographer pun tak larat nak mengambil gambor dah.. bila lah mau habis

selesai sudah majlis akad nikah.. nanti akak sambung citer reception pengantin perempuan lak yek..

2 comments:

yantysamsul said...

This is my wed's story aight? It shud be all pretty lil thing bout ME kan? Nape stil ade unsur2 mengutuk? Huh? *smbil rolling eyes*

Yus said...

errrr..kalau nak puji diri sendiri sila tulis blog sendiri yek.. hehehehehe