22 March 2011

YANTY'S WED 06.03.2011- PART 2

Tibalah majlis makan2 kat dewan sri kundang tu.. tapi akak nak citer pasal catering nih lah.. dah dari malam tadi buat hal.. dia kata nak pasang khemah kat rumah tuk persinggahan pengantin lelaki tapi sampai kul 12 malam tak nampak2 batang hidung..suspend gak.. tepon pun tak berangkat.. janji nak pasang khemah tu dalam tengah hari..

Lagi satu pasal preparation meja dan hiasan kat dewan satu mende dia tak pasang lagi .. dia ingat orang kenduri main2 ker.. sampai my mom pergi ke kedai tapi kedai dia berkunci.. takut gak sebab kalau dia cabut or tak dapat siapkan macam mana nak beri makan pada tetamu.. dah tengah malam baru dia datang.. benci betul dah lah datang buat kerja tak siap.. dia kata dia sambung esok pagi.. sempatker? susah betul lah catering yang macam nih..

Sebab we all risau ialah minggu lepas adik ipar nyer majlis kahwin adik dia kat bahagian lelaki di damansara.. guna catering yang sama... punyalah teruk.. Lauk SATU BASI.. dah kurang lauk.. Nasi putih dia MENTAH.. so memang tak cukup makanan lah..

Tapi yang yang jadi kat family we all memang pastilah antara sebab korang tak payah hire catering nih.. cari yang lain.. Dorang punya kakitangan tak clear kan meja.. lembab.. maybe budak 15 or 16 tahun .. tak cukup orang.. smapai nak kene arah baru buat kerja.. lambat top up lauk.. sampai dah licin baru nak tambah.. tokey or supervisor dia sangat belagak.. sampai bapak mertua adik I terpaksa arah dan buat kerja2 penanggah nih.. sepatutnya dia tetamu kan.. owh lagi satu.. NASI TAK CUKUP. macam mana nih.. kami order food 1100 orang. jemputan dalam 900 jer.. tapi yang datang dalam lebih kurang 800 jer berdasarkan door gift.. setiap satu door gift kan utk satu tetamu.. tapi ada yang amik lebih.. so door gift pun tak habis macam mana di abudget masak nasi.. nak untung lebih lah nih.. pastu mengagau we all cari nasi kat kedai..dan balik rumah nak masak.. dia dah tahu nasi nak habis tak mo susuh pekerja dia kat kedai sana masak nasi lagi.. tapi akak rasa memang dia masak kurang..

Nama catering tu ialah IMPIAN EVENT tu lah kalau orang meniaga dia pun nak meniaga tapi tak mo belajar..okeylah cukup.. akak nak citer pasal majlis tu pulak

..........................................................................................

Majlis kahwin di dewan berjalan lancar walaupun agak kelam kabut sebab masa peak hour orang ramai serbu dan pengantin tak sampai lagi..masing2 nak tunggu pengantin jugak..

Adik lelaki akak sambut tetamu.. akak tugas simpan duit salam kaut..hehehehehe tapi akak kena buat kerj alain lah uols..

Pemberi door gift.. semua nih cousin akak

Akak jadi pelayan tetamu dari Pahang.. susah jadi orang galmer nih..kalah pengantin..

Akak jadi penangggah dengan kasut tumit 5 inch.. hampeh punya caterer.. budak2 dia main lepak kat belakang tu.. nak kena nih..

Pasangan nih duduk kat Main entrance.. akak laki bini kat back entrance kasi clear meja dan cawan yang tak cukup dan melambak kat atas meja.. uwaaaaa

Pengatin lapor sebab dia kata nasi dorang bubuh kat dia sikit macam 5 suap jer.. pastu letak nasi macam nak marah jer. akak rasa tokey dia tu..muda lagi.. tak ada pengalaman berniaga lagi tu kot..

Masa orang semua nak balik dah nih.. anak akak nak makan aiskrim tapi tak mo pegang.. terpaksa akak pegang.. abih kotor tangan akak..

Sesi beramah mesra pengantin dengan orang ramai..

Pengantin dengan Makteh.. orang kuat majlis gak nih

Pengantin bersama Kawan2 Mak

Malam tu Addy main teka2 hadiah. siap goncang2 bagai.. kekekekeke dia teruja rupanya nak bukak hadiah tu.. tapi pengantin dok berehat dalam bilik.. *wink* kekeke

Alli pun tolong Pok De baru dia bukak hadiah.. kekekeke

Ini hadiah Fav adik akak kot..kekekekke tapi ada selit wang ringgit.. okeylah.. malas nak citer panjang.. Akak sekeluarga nak minta ampun dan maaf kalau layanan kami kepada para hadirin kurang memuaskan.. semoga pasangan pengantin nih berbahagia hingga ke akhir hayat..

No comments: