25 July 2011

GAJAH DI KUALA GANDAH

Yahoo hari nih akak nak citer pasal Gajah.. tapi naper yek walaupun gajah nih Vegetarian tapi dia stil GEMOKKKK... sedangkan gajah makan Vegetarian nih Gemuk apatah Lagi Akak nih kan.. hhehehehehe semua akak telan... Sebelum pergi elok chekidaut sini yek nak tentang pusat Gajah di Kuala Gandah... kalau nak masuk website dia sila click gambar anak gajah yang comel tu (macam akak sangat kannn)

Kalau pergi weekend memang kena call mereka untuk reservekan permit untuk join aktiviti dengan gajah.Maklumlah satu hari dorang cuma bagi 100 jer sticker yang kaler kuning iaitu yang boleh join segala aktiviti dengan gajah tu seperti iaitu menunggang gajah dan mandi dengan gajah. Selalunya kalau family 6 orang dia akan bagi half je permit tu so dapatlah 3 permit untuk join aktiviti dan 3 permit untuk masuk (sticker merah) ke pusat konservasi gajah tu.

Tiada bayaran dikenakan tapi kita boleh derma sesuka hati. Nak derma duit boleh or nak derma barang-barang keperluan gajah pun boleh macam susu tepung untuk baby gajah. Boleh call terus ke pusat la nak tahu apa yang boleh didermakan.
Nombor telefon : 09-2790391

Mula plan memang nak bertolak awal ke Kuala Gandah tu tapi Alli pulak bangun lambat (heheheh alasan sangat kan ) tapi pikir2 tak per lambat pun sebab Pusat Gajah nih bukak pukul 12 tgh dan masa tu cuma ada tayangan video tentang Gajah2 tersebut.. dan dalam kul 1 petang yang baru start segala aktiviti dengan gajah.. feeding, riding and bathing with them... akak sampai sini dalam kul 11.30 pagi, lepas akak register bagai (we all dapat sticker kuning 3 orang) so akak pergi deerland dulu yang letaknya cuma 2 km dari sini.-Nanti akak story yek-


antara rules do's and dont's.. sila jangan amik mudah sebab orang lain datang sini sebab nak tgk gajah bukan nak tgk korang.. tapi kalau perangai dah ghupa monyet dalam tu tatau nak kata apa dah....... tapi akak tau ada sorang akak tu Sarkawi Rashid yang datang sini sebab nak tgk orang..kekeekke nasib baik dia tatau blog akak.. kalau dia tau abih tak leh kutuk dia.. opssss..

Tempat dia memang bersih dan di jaga rapi bagi keselesaan Gajah dan pengunjung.. walaupun memang kekurangan dari segi kewangan tapi mereka mampu menjaga gajah2 liar nih dan baby gajah Yatim piatu yang mereka selamatkan dari pelbagai misi penyelamat... maklumlah bela Gajah nih banyak kos sebab dorang kuat makan kekekeke. Tapi kalau nak bela kawan akak Si Kimi tu lagi besar belanja.. sebab dia bukan kuat makan jer.. kuat tidor.. kuat jalan2.. dan macam2 lagi lah..

aktiviti pertama ada feed the elephant.. masa nih Gajah dalam kandang sebab dia tengah mandikan anak gajah nih.. tapi ramai yang tak sabar2 nak feed the peanuts ni kat gajah nih.. terus Gajah tu jadi macam budak kecik sebab tak nak mandi dan asyik nak makan kacang jer..cute sangat..

Masa akak pergi nih during weekday so memang tak ada melayu kat sini..akak terasa seperti berada di oversea.. feeling2 akak mata biru jugak.. hehehehe ramai tau sebab masa nih ada rombongan high school dari London kot yang pergi rombongan ke Singapore, Malaysia, Thailand. curlassss kan dorang pergi rombongan ke oversea masa sekolah menengah lagi.. akak dulu dapat pergi Pulau Pangkor pun dan saaaaaangat teruja..feeling2 bercuti ke oversea bagai ngan topi koboi lagi..kekekekkee

selepas akak feed lite lite-lite gituew.. (alli takut lagi masa nih. segan2 pulak nak sua tangan) akak hantar wakil Addy beratur kat line tu sebab cepat sikit nak naik gajah tu.. akak tengok mat salleh dan minah salleh lagi ramai.. akak suami isteri kan kecik jer.. budak sekolah dema pun tinggi dari Addy..

Masa nih baru di abawak keluar gajah yang besar2 dan terus straight to sungai nak mandikan dulu.. baru leh main2 ngan dia kan.. Ini adalah Gajah yang tertua di sini berumur 72 tahun dah dah stay kat sini sejak tahun 74 lagi. Gajah tu kerja sebagai pembalak kat India.. dan sekarang dah pencen..
Selepas semua gajah dah mandi semua berkumpul di stage tuk sesi perkenalan.. akak lupa lah nama gajah tu..lain kali pakai name taq yek..Gajah nih faham bahasa melayu tau.. kalau nak suruh dia datang kat kita cakap jer "sini".. kalau nak suruh dia duduk cakap jer lah" duduk".. pandai2 yek.. lepas tu sessi feed the elephant dengan buah2.. masa nih addy masih jaga barisan lagi sampai nak pitam2 dia sebab panas sangat.. yes addy nih bukan orang berdaya tahan sangat.. dia tak tahan dengan cuaca panas...hiking pun tak pernah buat.. akak lagi terrer lah sebab bukit broga tu akak dah lepas..dua kali tawww

Masa feeding nih Alli dah tak takut.. dah boleh pegang belalai gajah dah.. dia kata macam janggut papa sebab kulit gajah tu ada bulu macam rambut dan kasar.. macam2 buah2 gajah nih makan tapi jangan lah bagi durian lak..

Tengok tu orang dah start beratur.. korang mesti tak nampak addy kan sebab dia kecik jer dari aweks mata biru nih... Panas sangat tauuuuu

yang nih anak gajah.. dia lambat bangun tidor so mandi terjun sungai jer.. nak tahu sebab apa badan Gajah nih penuh lumpur? ini adalah salah satu cara dia nak elak dari kena gigitan serangga.. susah woo nak garu kat bahagian bontot tu.. Yang nih masih kecik lagi umur 4 tahun.. memang minum susu tepung dugro jer nih.. macam budak2 lagi..


Three some gituew.. bangga abang yang bawak Gajah tu yek .. dapat peluk freee.... gajah nih kalau tunggang memang tak beralas jer badan tu.. rasa geli2 lak..heheheh.. Alli sangat suka naik taw.. tapi cuma bagi ride sekali jer.. dia tak puas.. dia susuh akak bela Gajah.. anak ku sayang.. Papa nak bela mama nih pun dah mengah nih nak suruh bela Gajah..adehhhhh..


Yeaaaa mandi bersama gajah.. akak memang dah standby baju spare tuk kami sekeluarga tapi at the end akak tak terjun pun dalam kolam nih sebab akak segan.. ramai awek cun dalam tu.. nanti gajah tu sembur air kat akak suruh keluar dari sungai tu...

Masing2 berkerumun mandi siap naik atas gajah tu jugak.. gajah tu pun happy jer layan.. eh nak citer gajah nih gatai taw.. siap raba2 breast awek2 tu..geram sangat lah tu.... amboii nasib baik belalai Gajah tu pendek lagi sebab masih baby.. kalau tidak merata2 belalai tu pergi yek...

Alli tak mo naik tapi kena paksa dengan Papa dia.. sampai mama kata nanti Mama jadi Gajah yek.. baru dia setuju.. suka mama dia jadi Gajah yek????.. hehehehe.. Nak tahu kenapa Addy tersangat Gembira?????


V
V
V
V
V
V
V
V
V
V
V
V
V
V
V
V
V
V
V
V

Cuba tengok gambar di atas.. orang yang akak bulatkan tu adalah Addy.. wahhh minah salleh lain ada siap pakai bikini jer dalam tu.. mana Gajah tak geram.. addy pun sukaaaaa.. kekekekekke.. aweks putih semua tu.. hahahahahaha

4 comments:

JazZ RaInS CaKeS OrDer "N" DeLiVeRy said...

ehehehe..

Kuazue Mohamad said...

hehe kiter pun dah pergi.. beh kan... kat dearland pun beh... rajin.. g la nenguk kat sini...
http://kuazue.blogspot.com/2011/06/kuala-gandah-here-we-come.html

[senandunghatiku] said...

salam ukhwah kak..best tengok blog ni..sejuk je mata.TQ 4 info..saya org phg tp duk kat puchong.Ingatkan lps raya nk wat rombongan ke Kuala Gandah..jenuh cr website dia..mujur jumpa blog ni...best2!

Yus said...

salam kembali senandunghatiku,

sejuk kat blog nih sebab banyak pokok hehehehe.. kalau nak datang ramai2 sila call dulu mintak reserved stiker kuning.. boleh enjoy riding.. bawak buah siap2 pun boleh.. elephant tu makan pisang, tembikai, tebu.. anak2 mesti suka..