31 July 2011

KLINIK WANITA DAN KANAK KANAK DR HASMAWATI

susah sungguh nak mencari klinik pediatrician tuk alli.. sebelum2 nih akak selalu pergi kat Dr Nasir kat Ampang Puteri tapi selalu ramai sangat orang.. beratur orang nak jumpa dia..kena buat appointment pulak tu.. akak tanya ngan Pakcik Google akak dapat review dari ramai bloger pasal Dr Hasmawati nih..

Dr Hasmawati nih dulu bertugas kat Damai Hospital tetapi dah bukak klinik sendiri di Desa Melawati.. ramai cakap doktor Wati nih bagus dan sangat mesra.. dia akan terang dari A to z apa2 yang kita tak faham berkenaan kesihatan anak kesayangan kita nih...

Hasil bantuan GPS dapat jugak akak jumpa klinik nih.. tak lah susah sangat nak cari sebenarnya tapi akak malas nak sesat barat sangat..

Klinik dia memang kat tepi Hiway Mrr2 jer kat area Melawati.. dan sederet ngan kedai Mingo Mingo..eloklah tu lepas jumpa doktor leh makan aiskerim...

waktu melawat dia seperti yang tertera di atas yek.. kena ikut time .. kalau tak betul masa boleh buat kita tunggu lama.. jangan pergi waktu rehat pulak yek.. jenuh nak menunggu kang

Ni gambar Dr Hasmawati yang bertudung Biru.. akak amik gambar nih dari Blog Aruah Dr Lo'Lo.. Dr wati memang lemah lembut dan sangat best kalau sembang ngan dia.. dan sangat pandai amik hati kanak2

Sebelum jumpa doktor, Alli memang ralit main mainan kat klinik nih.. happy sungguh dia.. sebab dia bukan sakit demam ker.. cuma jangkitan fungus pada jari dia jer..

Cuba tengok jari kelingking alli tu.. akak dah pergi kat doktor biasa tapi tak baik juga sebab dia bagi satu jenis ubat jer tuk sapu.. Dr Wati bagi sampai 4 jenis ubat.. ubat makan dua dan ubat sapu dua.. mula2 memang kat jari kelingking dia jer tapi dah merebak kat ibu jari.. alli kata tak sakit.. tapi akak risau kang hilang kuku dia pulak..

Banyak tips yang Dr wati bagi.. dia kata alli allergic dengan detargent dan suka main air.. sekarang kuman dah masuk kat bawah kuku..dia ajar cara merawat alli nih.. dan kalau tak baik lagi dalam seminggu kena bawak Alli datang balik.. alli pun kurang makan sayur.. In fact..alli nih memang tak makan sayur.. buah buahan pun dia tak nak..sungguh memilih..

Memang benar Dr Wati seperti ramai orang kata.. doktor Wati memang sangat peramah dan lemah lembut dan rasa macam lega sajer lepas dengan penerangan yang teramat detail dari doktor wati... charge consultation dia Rm30 ringgit dan ubat-ubatan RmRM138 so total Rm168.00 akak rasa berbaloi memandangkan ubat makan alli yang dia bagi dia kata mahal dan bagus.. tak ksah duit boleh cari asal ali sihat..lagipun Papa boleh Claim.. heheheheh

Kepada para ibu akak memang bagi full recommendation bawak anak jumpa Dr wati dan akak menyokong Dr wati 100 peratus..

5 comments:

Pen Biru said...

mahal pun xpe..janji boleh sembuh cepat

Yus said...

Pen Biru,

Alhamdulillah..duit boleh cari tapi kalau anak sakit sanggup ku lalakukan apa saja. So far jari anak dah ada tanda2 penyembuhan..lega nak beraya nanti

funitaalam said...

Assalamualaikum kepada semua.. memang di akui dr wati ni memang bagus dalam penjagaan untuk kanak kanak. Anak pertama hingga kedua refer pada dia. Lani masuk ketiga pun cari dia kerana caranya yang tersendiri.

Yus said...

kan.. dr wati memang bagus... harap ramai lagi doktor macam beliau

Sharinginfoz said...

memang bagus doktor hasmawati ni