15 August 2011

DAM DAM DUM BUNYI MERCHOON

Mood raya sudah mariiiiii.. akak lebih excited dari anak akak.. tapi nak kata macam tu tak leh jugak.. semua sakan excited nak main bunga api nih...

Addy singgah beli kat Pasar Ramadhan nak cari bunga api.. nasib baik senang nak jumpa tapi harga dia teramat mahal.. iskk main sikit2 jer..

Merchun yang panjang tu Harga dia Rm3 sebatang yang pendek tu Harga dia Rm1.50 sebatang dan yang dalam plastik tu pulak Rm1 satu plastik.. semua tu habis jugak dalam Rm10.. kalau hari2 macam nih mau parah.. iskkk kena contact kawan akak kat bahagian pihak penguasaan.. mesti dia simpati nak bagi akak harta rampasn perang tu kann..


supaya tak mengganggu pihak sekeliling walaupun bunyi dia ala2 kentut budak.. tapi demi keselamatan harta benda jiran dan tanaman jiran... akak pun pergi kat Taman Tasik datuk Keramat kat tepi stesen LRT jelatek... Punya lah suka Alli.. beranilah jugak dia pegang..mula2 macam takut takut..

Sebenarnya Papa dia pun excited.. dia yg over bakar mercun dan melompat-lompat ala2 sebaya jer dengan anak dia.. macam kawan setadika pun ada akak tengok laki akak ngan anak dia

Ini baru nama bunga api.. habis Rm1.50 sebab nak tengok dia pusing2 keluar api jer..

Addy siap sangkut kat atas pokok dan biar dia terbang.. berlari2 dorang gelak.. akak tak kuasa.. kat tangan akak dok pegang tab jer layan forum..

Bekal air satu botol dah bawak siap2 sebab akak dah tahu husband akak ngan anak akak memang kuat berpeluh.. cepat penat dan haus.. tak yah nak beli air kat luar.. bawak jer dari rumah..


Dah habis main mercun masing2 duduk tepi padang tengok orang main kereta control..

Iskk tak sabar akak nak beraya.. jap akak nak test baju raya buat kali yang ke sepuluh.. harap2 masih muat..maklumlah bulan puasa nih akak makan tak hengat dunia.... adeeeehhh

2 comments:

jimah said...

i dengar abul byk stock..cube la ko tanya2 dia..

Yus said...

heheheheh abul tak leh bagi free.. akhir minggu nih ada orang nak bagi aku free hasil rampasan perang.. aku kena collect kat lokasi pejabat pegawai penguatkuasa ituew..

aku tak sabar....