04 September 2011

PANIC HARI RAYA

kali nih turn akak beraya umah mertua. memang tahun nih Addy kata tak mau ulang alik sampai dua kampung so tahun depan turn raya umah akak tak payah balik umah in law

so hari Jumaat lagi 3 hari sebelum raya akak dah balik ke rumah mertua di Taiping. awal kann. heheheheh biasalah kalau balik taiping tu akak jadi menantu hantu sebab suami akak anak tunggal dan tak ada competition nak rebut gelaran menantu kesayangan dan mak mertua akak nih jenis tak bagi akak masuk dapur so memang akak relax betul lah. korang mampu? kekekekkeke

okey sebab balik awal mak mertua nak merasa pergi pasar ramadhan kat kemunting sebab sepanjang puasa dia tak pernah pergi sebab dia tak pandai bawak kete, bawak moto yang dia pandai kayuh basikal so hari sabtu akak bawak dia g area kemunting beli juadah berbuka. akak just order nak makan nasi kerabu jer tapi MIL akak nak ikan bakar air asam, gulai daging dan sikit kuih. Addy lak dia makan nasi dagang jer.

Nak dijadikan cerita pada hari ahad pagi MIL akak dah mengadu sakit perut cirit birit dan muntah. Panic jap. akak ingat hari ahad nak g pasar beli kelengkapan masakan hari raya. alih2 MIL akak memang lembik sungguh, Addy bawak g clinic dan dia satu hari suntuk dia tak larat nak bangun. heheheheheheh so merasa akak kedapur masak tuk berbuka hari tu. tapi sebelum tu tengah hari akak g tesco taiping tapi akak tengok ayam daging semua sold out. Haaaaaa macam mana nak raya? adehhh akak dapat lah kat kedai runcit dua ekor ayam. daging memang tak dapat langsung. akak tanya jugak kat staff tesco bila dorang nak refill semua benda dorang pun tak leh janji. kali nih hebat betul kuasa membeli pengguna.

nasib baik esoknyer MIL akak sihat dah so awal pagi hari Isnin seawal pukul 6.45 pagi we all dah terpacak kat Pasar Bagan Serai. akak nampak bersusun orang beratur nak beli ayam dan daging. tak main tawar2 dah main bayar jer. Esok nak raya wehhhh. Akak plan.raya nih akak nak buat Lontong dan sambal tumis sotong dan Mee rebus . MIL akak buat ketupat palas dan rendang. First time akak nak memasak dengan gigih kat rumah MIL nih. melilaulah akak cari bahan2 akak dan MIL cari bahan bahan dia,Alli dan Addy dok tepi satu tempat main game. itulah suami akak kalau tolong bayar dan angkat barang memang boleh harap tapi kalau suh mengekor sekali memang mintak maap lah yek. dia memang tak pandai.

So panic dah habis. legaaa dapat beli bahan2 tuk raya esok. dan akak leh sambung dok rilek balik. heheheheheh

Selamat Hari Raya dan maaf zahir batin yek uolsssss.

No comments: