05 September 2011

TIME RAYA PUN NAK MENCURI

Akak sungguh bengang tahap gaban dah nih. adaker patut dorang kebas akak punya iphone. Iskk aku bagi makan siap ngan bagi duit raya time balik dia cekau iphone aku sekali. dah lah banyak contact number kawan2 dalam tu dan segala data2 yang akak tak sempat backup lagi. adehhh

Raya kedua tu ramai gak orang datang. sibuklah akak ke dapur dan kedepan menghidang. pastu dah petang sikit agak clear orang anak akak pun tidor kat ruang tamu. tetiba ada 5 bijik kereta sedara husband akak datang. sekali keluar kereta mak aiii ramainyer orang. ntah2 dalam boot kete pun ada letak budak. kebetulan sebelum dorang sampai akak ada main tepon tu dok sms kawan akak. dah ramai datang akak letak kat kabinet sebelah tv nak bersalam bagai.

lepastu adalah bebudak nak makan nasi lah. nak makan mee laaa. nak makan lemang rendang bagai. dah lah bebudak dekat 15 orang. gigih lah akak sibuk melayan. dalam hati akak dok kata gak depa nih balik beraya merata2 tak kenyang2 ker? akak layan lah jugak since MIL akak dok kata depa memang selalu datang sergah ghuper tu tetiap tahun. tapi akak heran kat depan rumah akak yang kira mak sedara ke adik beradik mak depa, tak pulak nak singgah dengan alasan jiran depan umah akak tu tak buat makan2 dan tak suka orang ramai datang rumah. abih tu kalau datang main sergah ramai2 pastu mintak macam2 akak pun fedup. kalau hidang air pun dah kira bagus.

masa balik pulak akak bagi lah duit raya kat bebudak tu. tak kira lagi rumah yang berkecah dek bebudak yang dok panjat dok lompat dok selongkar barang. Mainan alli pun ada salah sorang dok sebat bawak balik. akak malas nak amik pot. mak dia tak halang tak kan akak nak mintak balik.

dalam waktu maghrib tu akak dok cari tepon akak tu. dah hilang. alamakkk baru akak sedar akak letak tepi TV. puas selongkar. kesian alli yang tak tau apa2 pun kena marah ngan laki akak. akak dah syak antara bebudak yang lingkungan for 1 sampai form 3 yang panjang tangan tu. malam tu akak report ngan celcom suh block semua panggilan keluar dari no tersebut dan hari jumaat akak buat sim card baru. since akak nyer post paid akak ada record panggilan terakhir dan panggilan masuk so akak dapat ada 3 nombor yang bukan nombor akak punya kawan. akak guna no akak satu lagi dan akak tanya saper tu. dan budak dalam umur form 3 jawab nama dia zakuan. dia tak syak lagi ti. pastu akak tanya dia cucu makcik milah ker. dan dia ngaku. sahhhhh budak tu ada datang umah MIL akak hari tu. pastu akak call satu lagi no dan dia jugak angkat pastu akak pass kat laki akak biar dia citer. budak tu leh kata dia tak ambil dia cuma main2 jer. pastu akak cakap nak report polis dia takut dia kata janganlah. pastu dia tak kasi akak tepon no tu lagi sebab nak buang dah.

akak geram nak g umah parent dia. rupa2 salah satu nombor tu nombor tepon mak dia. apa lagi addy cakap baik2 ngan mak dia dan mak dia pun ada cakap anak dia dah lama mintak beli iphone macam tu. so mak dia nak slow talk ngan anak dia. kalau dia dapat henpon tu dia akan curier kat akak. tapi kan kalau akaklah anak mencuri memang akak tak bagi chance betul. akak ajar cukup2. pandai tul mencuri.

kalau ada rezeki dapat balik. kalau tak dapat balik tahun depan akak halau jer depa kalau datang lagi. tak pun akak tanya direct best ke pakai tepon curi?

sent via samsung galaxy tablet

No comments: