01 December 2011

ALLI BERKHATAN AKHIRNYA..

alhamdulillah alli telah selamat berkhatan/bersunat/masuk jawi / potong "bird" pada 20 Nov 2011.. whaaa alli dah jadi Big boy.. solat dah leh kat saf depan..heheheheh.. actually akak tak rancang pun nak sunatkan alli nih seawal 4 tahun.. maklumlah cakap pun pelat lagi.. pastu mana reti duduk diam.. since anak saudara akak yang umur 6 tahun nak berkhatan so sekali harung lah.. lagi pun alli pun nak jugak.. ntah dia tahu ke tak khatan tu apa...


Solat Maghrib berjemaah kaum keluarga sahaja
Mak akak bercadang nak buat tahlil dan kenduri doa selamat untuk kaum keluarga sahaja pada hari sebelum berkhatan tu.. sajer nak buat makan2.. dah lama tak buat acara tambah lemak nih.. family akak nih memang suka kalau acara makan2 nih... tengoklah badan dorang..badan akak slimmmmmm.. muhaahhaahahhhaa

Bagi Alli makan puas puas dulu..
Sambil tu malam ada ada acara sukan bola sepak semi final.. Harimau muda main.. so layan sekali lah reramai.. acara kutuk mengutuk pun lagi best kalau berjemaah nih.


Farish (baju merah) dan Boy (baju kelabu) dah berkhatan.. esok nak khatan Alli (baju cekelat) dan  Ashraf (baju biru)
Seperti biasa..alli memang seronok kalau ramai2.. setiap orang datang bagi duit macam hari raya dia kata.. excited giler dia nak sunat.. mama yang gabra nih.. buatnyer dia lari keliling padang sapa nak tanggung malu wehhh..

Pejabat UMNO N13 Kuang
Seawal 8 pagi kami dah berada di Kawasan N13 dewan UMNO kuang..maklumlah nak dapat giliran awal.. alli dapat giliran no 2 dan Ashraf no 1.. seramai 75 orang yang menyertai acara berkhatan beramai2 tajaan Umno.. Katanya kos berkhatan nih sebanyak RM150 dan ibu bapa membayar sebanyak RM50 selebihnya di taja oleh UMNO.. later on akak citer about the cost yek.. Berkhatan menggunakan Smart Klamp nih di jalankan oleh Rumah Khitan Sdn Bhd, Shah Alam..


Makan nasi lemak yang tak best dulu.. jangankan bebudak..akak sendiri tak habis makan.. tak sedap..
Masa nih Alli dan Ashraf masih happy sebab ali masih tak tahu apa tu sunat.. dia ingat main2 air naik lori jer..
Menyanyi lagu negaraku..
Alli can't even sing one words sebab dia tak pernah g sekolah dan tak pernah nyanyi lagu negaraku.. sudahnya dia just mubling ikut orang lain.. tapi tetaaaaap nak nyanyi..

Alli menjadi peserta paling muda iaitu 4 tahun menyertai acaraq berkhatan kali nih.. so dia di temu ramah oleh NTV 7 dan keluar dalam segmen berita pukul 1 pada hari tersebut.. wah banga jap yek......



masa nih alli dah mula rasa macam tak best sebab announcer or MC dok sibuk buat lawak bodoh lawak 18SX dan lawak yang bagi takut budak.. ada ke dia kata nak kena potong anu kuat2.. memang cuak lah alli.. terus dia dah moody.. akak rasa nak rampas jer microfon dari MC tu..suruk or buang jauh2 dalam lombong.. baghalllll.. tu lah kalau dah gila mic tok sah lah buat lawak yang sama berulang2 dan takutkan budak.. adehhhhh... 

kemudian bebudak semua di sumbat dalam lori ramai2 berarak ke sekeliling padang dengan paluan kompang..Alli suka lah sebab first time naik lori.. kalau bagi mama naik..free pun tak mo.. hahahah.. kesian lak dia.. akak follow kat tepi je lah...

masa nih Alli dah moody sebab kasut dia basah masa bomba siram air atas lori tadi.. anak akak nih memang pantang nenek moyang dia kasut dia basah.. rela tak pakai kasut kalau basah..selipar pun macam tu.. tak leh basah...

Dia tak mo bergambar dah.. semua orang besar besar kan.. terasa kecik sangat anak akak.. rasa nak cancell lak.. tapi bila lagi nak buat kan.. orang kata kalau kecik2 senang sikit nak jaga..
10a



masa tunggu giliran.. steady jer.. cayalah.. akak rasa macam nak lari jer sekarang nih..


ketika berkhatan..
Akak nak citer sikit procedure dia yek.. akak pernah masuk kat bilik doktor masa adik lelaki bongsu akak nak berkhatan a few years ago.. akak bawak dia ke clinik Dr samsuddin di sungai buloh.. masa tu kena dalam Rm100 kot pakai tara klamp... akak tengok doktor samsuddin masa bius dan tunggu sehingga bius dah terasa selama lebih kurang 10 minit.. bila adik akak dah ready dan tak rasa apa2 dah baru dia start the procedure.. tapi kali nih akak betul2 kesian tengok alli.. petugas yang sunat tu bius alli dekat tiga bahagian kemudian tanpa menunggu bius tu dah terasa ke belum tak sampai 30 saat dah masuk kan smart klamp tersebut.., akak wondering jugak bius tu dah rasa ke belum.. bila akak tanya dia kata kami cuma bius kulit sahaja tak bius batang tu.. so kulit dah terasa bius tu.. tapi akak tengok alli meraung kuat giler.. kesian sungguh.. tu lah kalau berkhatan ramai2 nih .. nak cepat jerrr.. tak pikir pasal budak tu.. kalau nak ikut kan akak memamg lebih dari mampu nak berkhatan di hospital dengan kos sendiri tapi akak ikutkan mak akak yang nak cucu dia berkhatan sekali ramai2 kat sini..


akak rasa adik lelaki akak dulu memang dia bius kulit jugak tapi dia tunggu lama sikit sampai tak terasa or dah ready..menyesal akak berkhatan ramai2 nih... dah lah masa bukak klamp tak proper langsung.. terus akak pergi bukak kat klinic dr samsuddin.. lantak lah dorang nak buat macam tu.. akak memang tak sokong dengan glove tak bertukar.. pakai hok sama semua sampai semua orang habis.. iskkkkk


2 jam lepas berkhatan
alli memang budak yang tahan sakit.. Ashraf memang asyik mengadu sakit memanjang dan menangis.. tapi Alli siap main Ipad tu.. Farish yang dah sunat masa umur 3 bulan memang rilek jer lah teman alli.. dia kata nasib baik dia dah sunat dulu..hahahaha


Note: Selepas 4 hari bersunat bird alli agak bengkak.. akak telefon rumah Khitan sdn bhd seperti nombor yang diberi.. telefon tu tak berangkat kemudian di matikan.. so akak bawak ke klinik pakar kanak2 dr hasmawati... seperti biasa alli agak trauma nak jumpa doktor.. doktor Hasmawati yang lemah lembut tu kata kalau budak2 nak berkhatan di nasihatkan umur 6 bulan ke bawah kalau dah besar seelok-eloknya setelah dia bersekolah rendah baru dia paham maksud berkhatan tu dan betul2 ready...Doktor Hasmawati bagi ubat antiboitic dan ubat sapu... harap2 alli sihat lah lepas nih..kesian kat dia tu...


Nanti akak sambung lagi yek

2 comments:

ieda said...

salam kenal dari akak

alhamdulillah anak dah selesai .. akak debar menanti anak lelaki akak lak .. tapi lambat layieee :)

Yus said...

Tu lah lega kak ieda, better buat kat clinic lah dari beramai2 nih. Anak tenang sikit. :-)