04 December 2011

HADIAH ALLI BERKHATAN...

okey akak nak sambung kisah Alli berkhatan nih... sebab dah janji masa dia nak bersunat nak bagi Transformers yang dia minat BumbleBee.. akak ingat nak tunggu dia baik sikit baru nak pergi beli.. tapi malam tu jugak dia nak.. lepas maghrib kami bertiga pun keluar ke Toy R Us Great Eastern Mall.. malangnya BumbleBee punya stock tak ada.. so kami gigih ke KLCC...



walaupun akak dan Addy memang agak penat ngan bersilat ngan Alli melayan macam putera raja Katak...gagahkan diri gak.. memang hangkut naik stroller lah.. memang akak masih ada simpan  stroller tuk Alli yang masa baby dan masa dah besar... bawak keluar balik stroller baby nih sebab dia boleh baring kat dalam tu.. siap bawak bantal busuk dia.. tapi sampai kat Mall dia suruh akak suruk dalam handbag.. tahu maluuuuuu..




Kat KLCC akak g parkson je sebab kat Toy R us memang BumbleBee tak ada dorang dah returned stock.. dalam kereta ngan kat rumah sikit2 ngadu sakit.. bawak kete pelahan2 jangan laju2 katanya.....tapi masa kat kedai Toys nih sihat wal afiat lak dia.. cuma kengkadang dia rasa tetiba sakit..maybe pedih kot..dia arah akak tolak dia sampai kat tempat yang dia berkenaan..memula kiri kanan dia pegang macam2 tapi akak suruh amik satu jer.. 200++ wehhh mana boleh amik dua.. botak lagi lah kepala akak nih...




Pilihan muktamad dia.. BumbleBee... dah tak ada pilihan lain dah.. gagah jugak dia nak pegang BumbleBee tu sendiri...kalau kat rumah nak berdiri pun tak larat.. tapi kat sini siap berdiri atas stroller nak tengok kat shelf yang kat atas takut ada toys yang lebih menarik.. drama kuat nihh..





Happy lah dia dapat BumbleBee idaman kalbu.. potong bird pun potong bird laaaa.. tapi yang jadi masalah.. selepas jadi robot dia nak tukar jadi kereta.. Addy buat lah sampai jadi kereta lepas tu dia bukak pulak jadi robot tapi nak tukar jadi kereta balik dia tak pandai.. so Papa dia lah layan sampai dia terlelap.. akak memang tak tahu apa2 pasal robot nih.. kalau pasal make up akak pandai lah.. btw.. kesian gak tengok dia tidor..selalu dia tidor peluk bantal tapi masa bersunat dia kena tidor telentang.. sekejap2 akak bangun tgk bird dia takut dia sakit masa tidor.. nampaknya akak yang tak cukup tidor dia lena jeee...



No comments: