09 December 2011

ITINERARY TO BEIJING

Berikutan posting akak berkenaan Vacation ke Beijing last week.. hari nih akak dah dapat itinerary ke Beijing.. ramai yang bertanya dan banyak email nak kena balas so akak publish itinerary nyer yek.. kalau berminat sila put a comment.. ;)


6 HARI 5 MALAM BEIJING MUSLIM TOUR

23 MAY 2012
HARI 01 : KUALA LUMPUR - TIANJIN - BEIJING
(MAKAN MALAM DI MUSLIM RESTAURANT

Berkumpul di LCCT, dua jam sebelum berlepas ke Tianjin dengan penerbangan Air Asia D72612: 0830 1435ptg. Penerbangan akan mengambil masa selama 6 jam. Setibanya di lapangan terbang Tianjin, anda akan disambut oleh egent kami. Anda akan dibawa ke Beijing. Tiba di Bejing, anda akan dibawa ke muslim restaurant untuk makan malam. Check-in di Hotel Huafu. ( area wangfujing )

24 MAY 2012
HARI 02 : SUMMER PALACE
(SARAPAN PAGI, MAKAN TENGAH HARI, MAKAN MALAM DI MUSLIM RESTAURAN)
Sarapan pagi direstaurant muslim, Lawatan bermula ke Summer Palace.(Istana musim Panas ). Ia terletak disebelah tasik. Selepas makan tengahari anda akan dibawa ke Masjid Haidian. Anda akan dibawa melawat ke Kilang Mutiara dan kilang teh. Makan malam di muslim restaurant.. Anda akan dibawa menonton pertunjukan Akrobatic

25 MAY 2012
HARI 03 : BEJING – FORBIDDEN CITY
(SARAPANPAGI, M. TGH, M. MLM MUSLIM RESTAURANT )

Selepas sarapan pagi di restoran muslim anda anan melawat Forbidden City dan Dataran Tian Men sebuah kota lama yang menempatkan generasi Maharaja Cina. Ia terdiri daripada 9,999 buah bilik. Kota ini juga merupakan pusat pemerintanan The Las Emperor of China. Banyak pengambaran filem telah dibuat dilokasi ini. Makan tengahari di restoran muslim dan solat jamak di masjid Nan Dau Ya. Membeli belah di Silk Store. Lawatan diteruskan ke Chinese Tradisional Medical Centre dan alami urutan refleksologi semasa mendengar taklimat tentang perubatan tersebut. Melawat Stadium Sarang Burung dan Kedai Jade. Makan malam di sediakan di restoran muslim

26 MAY 2012
HARI 04 : GREAT WALL
(SARAPANPAGI, M. TGH, M. MLM MUSLIM RESTAURANT )


Sarapan pagi di muslim restaurant. Lawatan bermula ke Tembok Besar Cina ( Great Wall) yang dibina kira-kira 2500 tahun dahulu dan panjangnya hampir 6000km. Ia adalah satu keajaipan di dunia. Dalam perjalanan anda akan berhenti melawat kilang Jade, Cristal, Cloissone dan Koyok. Makan malam di muslim restaurant.

27 MAY 2012
HARI 05 : BEJING – SHOPPING
(SARAPANPAGI, M. TGH, M. MLM MUSLIM RESTAURANT )


Selepas sarapan pagi, anda akan dibawa membeli-belah di Yashow Market. Selepas makan tengahari anda akan dibawa membeli-belah di Silk Market ( Boleh Bargain ) cth Kain Alas meja, Kasut, Kain Ela, Baju, Tshirt, Kasut dan Souvenir. Makan malam di muslim restaurant

28 MAY 2012
HARI 06 : BEJING – TIANJIN – KUALA LUMPUR
(SARAPANPAGI, M. TGH MUSLIM RESTAURANT )


Selepas sarapan pagi, anda akan meneruskan perjalanan ke Tianjin. Tiba di Tianjin anda akan dibawa ke Cultural Street. Makan tengahari di muslim restaurant. Anda akan dibawa ke airport Tianjin untuk penerbangan pulang ke Kuala Lumpur.

Harga Pakej termasuk:
Tiket kapalterbang Air Asia KUL/BJS/KUL * Air Asia *
5 Malam penginapan di hotel 3 bintang di Huafu Hotel, Beijing
(MAKANAN HALAL) ~ 5 X sarapan(S), 5 X makan tengahari dan 5 X makan malam
Lawatan seperti di dalam itinerary
Normal Visa fees ( 4 hari berkerja )
Tips untuk tour guide & driver
Beg Travel
Travel Insuran
Berat KG BJS/KUL 20KG

Harga Pakej: 

DEWASA RM1650.00
KANAK KANAK NO BED RM1350

KANAK KANAK EXTRA/BED RM1450






NOTE

**** Harga tertakluk pada perubahan harga tiket kapalterbang Air Asia

***** Itenerary tertakluk pada perubahan.










No comments: