28 March 2011

MELAKA MEMANG MENARIK

Korang ada jalan2 pergi melaka tak lately? wah lama rupanya akak tak pergi melaka.. lepas hantar adik akak kat melaka tu akak bercuti sekali bersama family.. akak bawak MIL sekali sebab dia tak pernah pergi melaka.. we all stay satu hari kat Hotel Abadi Melaka.. hotel baru bukak tu kat tengah2 bandar melaka tau..

Posing kat kincir air.. hujan renyai lah pulak dari petang sampai ke malam

We all masuk dalam kapal nih.. ntah apa nama nyer.. fee dia RM5 ringgit dewasa dan dapat masuk ada dua museum kat situ.. tapi since hujan kami masuh kapal nih jer lah.. malas nak redah hujan nak pergi museum tentera laut kat situ.. padahal seberang jalan jer..

Macam2 replika dalam kapal nih.. tapi Alli takut.. masuk dalam kapal nih kena bukak kasut.. dia bagi plastik sekali simpan kasut tu bawak masuk dalam kapal.. takut lantai kayu kapal tu rosak kot..

Replika dalam kapal lagi
Lepas tu we all ronda2 naik beca.. akak malas nak naik beca.. so akak tunggu jer kat bagunan yang kaler merah tu jer.. satu round RM15 jer naik beca nih.. hari pun hujan renyai2 lebih baik akak tunggu kat tempat teduh.. biar Addy n maknyer naik beca.. Alli memang excited.. we all sewa sampai 5 beca dengan semua family akak..merempit tak hengat dorang nih..hehehe

Malam tu we all naik river cruise kat bandar melaka.. cantik betul view bandar melaka waktu malam nih.. baru akak tahu rumah2 tradisional sepanjang sungai semua penuh ngan lampu dan kayu yang cantik dan terjaga di tanggung oleh kerajaan negeri kos baik pulih dan letrik .. supaya sepanjang sungai nampak cantik kampung2 tersebut.. macam kat venice lak.. eh akak pernah pergi venice kah?
View tepi sungai..
Lepas tu semua berposing sakan kat sekitar bandar melaka di waktu malam.. memang seronok sebab lepas hujan..cuaca pun sejuk jer..jalan jugak kat Jonker street.. tapi raaaamai sangat orang..

Akak dan anak dan anak saudara akak sekali.. pastu dalam kul 8 malam we all dah lapar.. terus gerak g Alai ikan bakar.. akak tahu tempat famouse adalah kat Umbai tapi akak mintak pendapat kawan2 akak kat FB dorang kata cuba try makan kat Alai sebab tak ramai sangat pelancong macam kat Umbai dan makanan dia tak mahal macam umbai..

Kami makan kat Gerai Ala..Kasim.. makan seafood ngan nasi lemak.. sedappp.. sesuai lah dengan harga dia yang berbaloi
Ambil kerang rebus gak...Sotong masak pedas.. sotong goreng tepung, Ikan tiga rasa dan ikan bakar kosong..
Masa bayar semua berebut.. kekeke tapi bahagi sama rata.. ngan jumlah makan yang banyak dan air buah sampai 4 jug nasi lemak 20 bungkus dan segala seafood kena dalam RM150 sahaja.. memang berbaloi..

Selesai sudah.. perut dah kenyang.. masing2 balik ke hotel.. mak, makcik, adik lelaki dan cousin akak bermalam kat home stay.. akak jer balik hotel.. reason sebab akak nak stay dekat ngan bandar..
Esonyer akak check out kul 11 pagi.. family akak yang lain terus balik KL so akak jalan naik menara Taming sari.. charge dia RM10 dewasa.. syarat kena bawak IC yek.. kanak2 RM5.. tengok view bandar melaka dari udara..

Dalam menara Taming Sari . jangan risau dalam nih aircond kuat..sejuk jer..walaupun kat luar panas terik..
Addy happy belanja akak..maklumlah we all baru sambut 11th year anniversary 11 March 2011
Lepas tu akak nampak Duck Boat. boat nih boleh jalan kat Darat dan Laut.. Fee dia RM38 dewasa dan RM22 kanak2.. agak mahal kan.. tapi boat nih ada kat beberapa negara jer.. Singapore, Australia dan akak lupalah mana lagi.. tapi kira Malaysia pun ada 2 biji..

Kan dia masuk Laut kat selat Melaka.. dah jadi macam motor boat.. mula2 jer Alli tersangat excited.. rupanya dia mabuk laut..patutlah setiap kali akak naik boat ke pulau2 dia tidor.. memang dia pening...
Kan tgk alli dan tidor.. penat akak pangku dia tau.. berangin jer suasana kat laut nih tau.. best.. try lah sekali yek..

Muka budak pening..

Lepas tu MIL akak nak beli makanan orang melaka.. apa lagi belacan dan cencalok dan gula melaka lah.. akak pun beli gak.. beli jangan tak beli....


Pastu jalan2 sekejap kat bangunan bersejarah kat melaka dalam keadaan panas terik.. hiss panas salah..hujan salah.. apa lagi ko nak Yus? hehehe pastu dah tak ada apa yang menarik kami pun bertolak balik KL...
On the way balik singgah Ayer keroh.. Alli nak naik kete lembu.. Alli memang mengidam nak naik kete lembu nih.. mula2 gembira..pastu bau tahi lembu terus dia buat muka muncung..sepanjang jalan dia dok pekup hidung.. Owh bayaran dia RM 15 satu kereta untuk satu pusingan..

Kemudia Alli nampak kuda lah kat pusat ekustrian .. nak naik kuda lak.. tapi dia kecik lagi so Addy kena naik ngan dia sekali.. Addy kata tinggi sangat dia gayat.. tapi dah Alli nak jugak.. Alli suka main ngan anak kuda nih..cute jer..muat kot bawak masuk dalam kereta..kekekekekek

Gaya seorang ekustrian muda.. kawan akak ada register anak dia masuk kelas menunggang kuda nih.. akak ingat nak hantar Alli kat kelas equestrian gak lah.. nanti akak tanya kat mana dia hantar anak dia training yek.. mesti dia happy.. okeylah.. next destination lepas nih .. akak ke Utaraaaaaaa.. nantikan..

27 March 2011

TAHNIAH ALLI

Wah ingat tak akak pernah diapers off tuk Alli sampai dia nangis2 lah kena marah ngan akak sebab terlepas banyak kali.. kali ini akak nak announce kan perkemabngan Alli.. genap birthday dia yekg ke 3 tahun dia dah diapers off.. wahh akak bangga seolah2 akak menang cabutan bertuah uols.. mana kan tidak.. jimat akak RM80 sebulan nak beli Mummy Poko dia tu..

Sebenarnya tak snegaja pun dia leh diapers off nih.. mula2 dalam seminggu dia tak mo pakai pampers waktu siang.. tapi akak ala2 risau gak sebab Alli nih kes tidor diang memang lama.. dalam kul 2 petang dia tidor dan sampai kul 6 tu baru dia bangun.. takut dia terbabas kat atas katil tu.. setiap kali dia tidor akak akan pakaikan dia diapers tu.. tapi akak rasa dia tak kencing pun masa dia dah bangun.. so akak beranikan diri tak payah pakai diapers.. walaaaaa. dia tak pakai dah..

Dalam masa tu setiap 30 minit dia nak kencing sampailah pada bulan satu dia dah boleh jarak masa kencing dia.. which is selang 3 jam.. lega.. tak lah akak asyik nak bekejar ke bilik air sebab dia selalu bagi last minutes nyer warning.. lepas tu dalam bulan Feb ada satu malam akak lupa nak pakaikan dia diapers..kes nyer sebab akak lepas balik berjalan dalam kul 12 malam terus letak dia kat atas katil..esoknyer masa nak mandi baru akak sedar.. dia tak pakai diapers.. tapi tilam tak basah.. hoyehhhh dia dah berjaya.. so esok nyer akak try lagi.. yeaaaa berjaya.. tak kencing.. hahahahaha baguss.. malam ketiga.. fail uols.. dia kencing.. penat akak laki bini mengangkat tilam jemur.. ,malam ke empat terus akak pakaikan dia diapers.. tapi tak kencing lah pulak.. so malam kelima dan seterusnya sampai sekarang dah tak pakai diapers.. so Alli telah berjaya dari di belengu oleh diapers. lega poket akak..

sekarang akak boleh travel dengan senang hati tak perlu bawak beg besar2 sebab nak isi diapers.. semua dia cakap dah.. dengan syarat kalau kat tempat toys tu kalau dia dah pegang bird dia.. kena tanya nak kencing tak.. dia mesti cakap tak punya.. tapi kita cakap lepas kencing kita datang balik baru dia kata memang dia nak kencing.. hahahahaah tapi janji kena tepati.. so lepas dia kencing kat toilet bawak balik dia main kat toys department.. so hati akak pun senang.. Next step.. botol susu lak.. tapi alhamdulillah sekarang nih kalau jalan2 dia tak mo susu botol dah.. masa nak tidor jer dia nak pakai botol tu.. senang sikit kan...

23 March 2011

YANTY'S WED AT MELAKA-12-03-2011

selepas majlis di rumah akak kami mengahntar adik akak ke melaka pulak.. tapi kami tak berkumpul di rumah cuma berkumpul di RNR ayer keroh.. senang sebab masing2 bertolak dari rumah.. sampai kat RnR pindahkan beberapa barang dari kereta pengantin ke kereta akak yang kosong lagi.. memandangakan bukan selalu ke melaka so Mak akak sewa home stay katmelaka tapi akak tidor kat hotel di melaka iaitu Hotel Abadi.. nanti akak review yek..

Pengantin Lelaki yang tak sabar nak balik rumah kat Melaka

Heheheheh adik akak yang bakal tinggal di rumah MIL 4 hari.. survive kah dia? kekekek tak kan setiap kali time masak sakit kepala.. sakit perut.. kekekekek

Tetiba jer masa sampai kat sana akak pegang payung.. tujuan mula nya nak tahan panas kepala akak tapi tetiba akak tgk laki akak pun pegang payung jugak.. adehh tetiba jadi pengapit..kekekeke.. mana pengapit adik ku nih. HAzzzzzzz or Hazzzzzzz

Kan confident giler pegang payung laki aku..

sampai2 jer terus menuju ke meja makan.. tak dengar bunyi kompang.. papan tanda ke rumah pengantin pun tak ada..nasib baik akak ada GPS sebab akak terpisah dari rombongan kereta pengantin..semua pasal TnG akak yang tak cukup balance..

Memang tengah lapar pun tak sempat breakfast..semua gerai kat RnR penuh dan makanan habis.. memang pucuk di cita ulam mendatang lah..

Kene bersanding..kekekekek akak gelak besar muahahahahahahahaha

Akak nampak banyak telur masin.. heheheh setiap hari lah umah akak makan nasi berlauk kan telur masin..

Siappp time akak merenjis.. akak suka tau..kekekek konon tak mo bersanding tapi kena gak..

Addy pun amik peluang.. suka tau dia..

Pengantin pun happy

Dah pengapit pengantin nih yang sangat rajin dan loyal pun happy.. banyak dia tolong.. lepas nih dia kata nak jalan ke Johor bawak diri..terima kasih Haz....

22 March 2011

YANTY'S WED 06.03.2011- PART 2

Tibalah majlis makan2 kat dewan sri kundang tu.. tapi akak nak citer pasal catering nih lah.. dah dari malam tadi buat hal.. dia kata nak pasang khemah kat rumah tuk persinggahan pengantin lelaki tapi sampai kul 12 malam tak nampak2 batang hidung..suspend gak.. tepon pun tak berangkat.. janji nak pasang khemah tu dalam tengah hari..

Lagi satu pasal preparation meja dan hiasan kat dewan satu mende dia tak pasang lagi .. dia ingat orang kenduri main2 ker.. sampai my mom pergi ke kedai tapi kedai dia berkunci.. takut gak sebab kalau dia cabut or tak dapat siapkan macam mana nak beri makan pada tetamu.. dah tengah malam baru dia datang.. benci betul dah lah datang buat kerja tak siap.. dia kata dia sambung esok pagi.. sempatker? susah betul lah catering yang macam nih..

Sebab we all risau ialah minggu lepas adik ipar nyer majlis kahwin adik dia kat bahagian lelaki di damansara.. guna catering yang sama... punyalah teruk.. Lauk SATU BASI.. dah kurang lauk.. Nasi putih dia MENTAH.. so memang tak cukup makanan lah..

Tapi yang yang jadi kat family we all memang pastilah antara sebab korang tak payah hire catering nih.. cari yang lain.. Dorang punya kakitangan tak clear kan meja.. lembab.. maybe budak 15 or 16 tahun .. tak cukup orang.. smapai nak kene arah baru buat kerja.. lambat top up lauk.. sampai dah licin baru nak tambah.. tokey or supervisor dia sangat belagak.. sampai bapak mertua adik I terpaksa arah dan buat kerja2 penanggah nih.. sepatutnya dia tetamu kan.. owh lagi satu.. NASI TAK CUKUP. macam mana nih.. kami order food 1100 orang. jemputan dalam 900 jer.. tapi yang datang dalam lebih kurang 800 jer berdasarkan door gift.. setiap satu door gift kan utk satu tetamu.. tapi ada yang amik lebih.. so door gift pun tak habis macam mana di abudget masak nasi.. nak untung lebih lah nih.. pastu mengagau we all cari nasi kat kedai..dan balik rumah nak masak.. dia dah tahu nasi nak habis tak mo susuh pekerja dia kat kedai sana masak nasi lagi.. tapi akak rasa memang dia masak kurang..

Nama catering tu ialah IMPIAN EVENT tu lah kalau orang meniaga dia pun nak meniaga tapi tak mo belajar..okeylah cukup.. akak nak citer pasal majlis tu pulak

..........................................................................................

Majlis kahwin di dewan berjalan lancar walaupun agak kelam kabut sebab masa peak hour orang ramai serbu dan pengantin tak sampai lagi..masing2 nak tunggu pengantin jugak..

Adik lelaki akak sambut tetamu.. akak tugas simpan duit salam kaut..hehehehehe tapi akak kena buat kerj alain lah uols..

Pemberi door gift.. semua nih cousin akak

Akak jadi pelayan tetamu dari Pahang.. susah jadi orang galmer nih..kalah pengantin..

Akak jadi penangggah dengan kasut tumit 5 inch.. hampeh punya caterer.. budak2 dia main lepak kat belakang tu.. nak kena nih..

Pasangan nih duduk kat Main entrance.. akak laki bini kat back entrance kasi clear meja dan cawan yang tak cukup dan melambak kat atas meja.. uwaaaaa

Pengatin lapor sebab dia kata nasi dorang bubuh kat dia sikit macam 5 suap jer.. pastu letak nasi macam nak marah jer. akak rasa tokey dia tu..muda lagi.. tak ada pengalaman berniaga lagi tu kot..

Masa orang semua nak balik dah nih.. anak akak nak makan aiskrim tapi tak mo pegang.. terpaksa akak pegang.. abih kotor tangan akak..

Sesi beramah mesra pengantin dengan orang ramai..

Pengantin dengan Makteh.. orang kuat majlis gak nih

Pengantin bersama Kawan2 Mak

Malam tu Addy main teka2 hadiah. siap goncang2 bagai.. kekekekeke dia teruja rupanya nak bukak hadiah tu.. tapi pengantin dok berehat dalam bilik.. *wink* kekeke

Alli pun tolong Pok De baru dia bukak hadiah.. kekekeke

Ini hadiah Fav adik akak kot..kekekekke tapi ada selit wang ringgit.. okeylah.. malas nak citer panjang.. Akak sekeluarga nak minta ampun dan maaf kalau layanan kami kepada para hadirin kurang memuaskan.. semoga pasangan pengantin nih berbahagia hingga ke akhir hayat..